Friday 20 September 2013

Lecithin Shaklee (Kebaikan dan Testimoni Hebat)

Terkenal dengan jolokan PEMECAH LEMAK dikalangan penggemarnya dan ianya juga sesuai untuk ibu menyusu. 

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak atau secara ringkasnya ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Juga mengawal kolestrol

Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, Soybean/Soya...dan tahukah anda Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean!

Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin. 






Kebaikan Lecithin Shaklee


  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat. 
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita. 
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria. 
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur. 
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation. 
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut). 
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita. 
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS 
  • Bebas kolestrol 

Eksperimen Lecithin Shaklee dalam membakar lemak.



Mari kita intai mereka yang berpuas hati dengan pengambilan supplement Lecithin ini ...

Testimoni Lecithin:-









FULL SET SLIMMING SHAKLEE: Klik SINI


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday 1 September 2013

Set Kecantikan Shaklee - Kulit Sihat Bebas Cela

Saya pengguna Set Kulit Shaklee. Puas hati alhamdulillah. Sebelum mula ambil Set Kulit, kulit saya jenis banyak parut jerawat dan sangat kusam. Nak pulak zaman Uni join PALAPES (if anda kurang tahu, ia adalah latihan askar) memang muka rentung. Ok now saya explain satu-satu item set kulit yang sedang saya ambil now :)

Kulit kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.


Set D: Vitamin E, B Complex dan Vitamin C





Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:


✔✔ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
✔✔ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
✔✔ Menjaga kelembapan kulit
✔✔ Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

✔✔ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
✔✔ Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
✔✔ Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

✔✔ Sebagai pelembap
✔✔ Mencegah pigmentasi
✔✔ Melambatkan tanda penuaan
✔✔ Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

✔✔ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
✔✔ Mencegah penuaan
✔✔ Menjadikan kulit lebih kenyal
✔✔ Mencerahkan kulit
✔✔ Menjaga kulit dari sinaran UV
✔✔ Mengurangkan parut jerawat
✔✔ Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
✔✔ Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
✔✔ Menjadikan wajah lebih berseri

- VITA C tahan 3 bulan
- VITA E tahan 4 bulan
- B COMP tahan 4 bulan



Testimoni Set Kecantikan Shaklee: 















* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Set Kesuburan Shaklee (Membantu Tingkatkan Kesuburan)

Semua pasangan suami isteri sudah tentu menharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga yang dibina. Bak kata orang, anak merupakan satu anugerah dari Allah, penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang pasangan suami isteri. Alhamdulillah, puteri saya lahir sebulan selepas anniversary pertama kami.♥ Namun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak semua pasangan dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Kegagalan mendapatkan zuriat kadang kala turut menjadi punca keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2011/01/masalah-kesuburan-pasangan-suami-isteri.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
Semua pasangan suami isteri sudah tentu menharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga yang dibina. Bak kata orang, anak merupakan satu anugerah dari Allah, penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang pasangan suami isteri. Alhamdulillah, puteri saya lahir sebulan selepas anniversary pertama kami.♥ Namun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak semua pasangan dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Kegagalan mendapatkan zuriat kadang kala turut menjadi punca keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2011/01/masalah-kesuburan-pasangan-suami-isteri.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
Semua pasangan suami isteri sudah tentu menharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga yang dibina. Bak kata orang, anak merupakan satu anugerah dari Allah, penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang pasangan suami isteri. Alhamdulillah, puteri saya lahir sebulan selepas anniversary pertama kami.♥ Namun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak semua pasangan dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Kegagalan mendapatkan zuriat kadang kala turut menjadi punca keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2011/01/masalah-kesuburan-pasangan-suami-isteri.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
Semua pasangan suami isteri sudah tentu menharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga yang dibina. Bak kata orang, anak merupakan satu anugerah dari Allah, penyeri rumahtangga dan pengikat kasih sayang pasangan suami isteri. Alhamdulillah, puteri saya lahir sebulan selepas anniversary pertama kami.♥ Namun, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tidak semua pasangan dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Kegagalan mendapatkan zuriat kadang kala turut menjadi punca keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2011/01/masalah-kesuburan-pasangan-suami-isteri.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
Semua pasangan semua isteri yang sudah berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Benarlah orang kata, anak adalah anugerah Allah, harta yang tidak ternilai, sebagai pengikat kasih sayang suami isteri.

Namun kita hanya merancang. Ada yang rezekinya murah, mudah hamil selepas beberapa bulan berumah tangga. Tidak kurang juga yang diuji, walau sudah lama mendirikan rumah tangga namun belum menampakkan tanda kehamilan. Bersabarlah. Jika anda telah berusaha baik secara tradisional mahupun moden, berdoalah berdoalah. 



Kini, ramai pasangan yang mengalami masalah ini sanggup berbelanja tinggi bagi merawat masalah kesuburan ini. Baik suami mahupun isteri. Sebaik-baik perancang adalah Allah.

Sebelum anda mengambil keputusan menjalani rawatan kesuburan yang pasti menelan kos yang tinggi, mari kita mempertingkatkan kesihatan kita terlebih dahulu dengan pengambilan makanan tambahan. Mari lihat apa kata pakar.



Diantara 11 tips mudah hamil adalah : Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Sumber: SINI





Vitamin asas (suami & isteri)

[+] Vitamin C
[+] Vitamin B-Complex
[+] Vita-Lea (Multivitamin)


Cadangan vitamin kesuburan (suami)


[+] Zinc Complex
[+] Vitamin E


Cadangan vitamin kesuburan (isteri)


[+] Alfafa Complex
[+] GLA Complex
[+] Energizing Soy Protein (ESP)


Jom kita amati bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan bagi suami dan isteri. 

✔✔ Vita Lea 

Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

✔✔ B Complex 

Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). Ianya lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 ( 40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

✔✔ Vitamin C 

Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.


✔✔ Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu mengatasi masalah keputihan , masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau ketika datang haid(makan alfalfa bersama kalsium) , dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) . Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa juga membantu dalam masalah PCOS. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.


✔✔ GLA Complex 

Evening Primrose Oil terbaik. Penting untuk isteri terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur dan bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari, ang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur (waktu ovulasi)Selain itu, Gamma Linolenic Acid (GLA) berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.. 

✔✔ ESP

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

✔✔ Zinc Complex 

Ini khas untuk suami. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA ( Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

✔✔ Vitamin E 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA&DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Bagi meningkatkan kualiti sperma. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Testimoni set kesuburan Shaklee:-






 



 


Diatas adalah cadangan vitamin-vitamin yang dicadangkan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Tidak lain hanya membantu anda untuk meningkatkan peluang hamil (bagi isteri) dan meningkatkan tahap kesihatan bagi kedua pasangan suami dan isteri.

Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, Allah swt yang menentukan segalanya.  Apa yang penting janganlah berputus asa untuk berusaha dan berdoa kepada Allah swt untuk dikurniakan cahaya mata yang sihat.  Insyaa Allah rezeki pasti ada untuk orang yang berusaha. Amin.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




11 Tip Untuk Tingkatkan Kehamilan

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. 


Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

 
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.







1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari. 

 Sumber dipetik dari: AlamHamil


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...