Wednesday 30 April 2014

Set Senggugut/Pre Menstrual Shaklee

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption.You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.


Cara mengatasi sakit senggugut *Info : Kotex Malaysia*

Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan: Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.


Supplement yang dicadangkan :

1. B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.





Selain tiga supplement diatas, minyak ikan Shaklee ataupun Omega Guard juga membantu merawat simptom senggugut atau PMS dimana Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Rawat pedih ulu hati dan ketidakhadaman dengan ESP Shaklee



Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. 

Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:

  • Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
  • Sendawa
  • Rasa loya dan tiada selera makan
  • Rasa kembung atau penuh di bahagian perut

Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

PENYEBAB PEDIH ULU HATI :



Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).

FAKTOR DAN RISIKO :
  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat
  • Pengambilan alcohol dan kafein
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan
  • Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan
  • Diet rendah serat
  • Mengalami tekanan dan kemurungan
  • Berlebihan berat badan
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)
  • Mengandung
  • Merokok
  • Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)

Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:

  • Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
  • Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
  • Jangan berbaring selepas makan.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
  • Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
  • Tidak melebihi berat badan ideal.
  • Jangan merokok.
  • Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.

Sumber artikel: SINI

Bestnya bila berESP, selain meringankan sakit pedih ulu hati, banyak kebaikan lain dapat dari ESP nie. Panjang listing kebaikan soya Shaklee nie paling best mencantikkan kulit dan mengawal berat badan. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday 29 April 2014

Kawal Kadar Kolestrol Dengan Omega Guard (Minyak Ikan) Shaklee

Assalamualaikum.. kita semua tahu kolestrol sentiasa dikaitkan dengan pemakanan berminyak tapi sejauh mana pemahaman kita mengenai kolestrol. 

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain.

Namun demikian, kadar kolestrol yang tinggi dan berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutama pada sistem kardiovaskular tubuh seperti sakit jantung dan strok. 




Kajian terkini membuktikan empat produk berasaskan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

a) Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

b) Oat - bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya. Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

c) Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

d) Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus. Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.

sumber: http://www.bharian.com.my





Saya pernah terbaca mengenai kebaikan minyak omega dalam mengawal paras kolestrol seterusnya menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadikan supplement minyak ikan, Shaklee adalah pilihan terbaik kerana: 

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee di ekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB






Fish oil contains an abundance of essential omega-3 fatty acids (omega-3s) that have been shown to lower triglyceride (blood fat) levels, minimize inflammation and clotting, and increase HDL ("good") cholesterol. Research indicates that omega-3s may help reduce the risk and symptoms of a variety of disorders influenced by inflammation, including heart attack and stroke.


Apa kata pakar?

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday 28 April 2014

Manfaat & Kelebihan CoQ Health Plus Shaklee


1. Untuk kesihatan jantung
  • Rawatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri tersumbat).
  • Mengurangkan kekerapan ‘angina episode’ dan menguatkan otot jantung
  • Tekanan darah pada penyakit dengan tekanan darah tinggi

2. Untuk Kanser
Doktor telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi.

3. Penyakit gusi
CoQ10 juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofi otot dan penyakit gusi

4. Kesihatan mental
Kajian makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada CoQ10 tambahan.



5. Rawatan obesiti
Kaajian menunjukkan bahawa supplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan sindrom keletihan kronik.

6. Kesuburan
CoQ10 turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.

7. Untuk kulit yang cantik
CoQ10 membantu memperbaiki peredaran darah. Ini menjadikan sel kulit baru terhasil menjadikan kulit lebih berseri 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Set Jantung Sihat Shaklee (Rawatan & Pencegahan)


Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Fakta yang semua rakyat Malaysia tahu saya kira. Tapi sejauh mana anda 'alert' dengan rawatan bagi merawat dan mencegah sakit jantung

Set Jantung Sihat Shaklee menyediakan sumber semulajadi CoQ10 yang terdapat di dalam CoQHealth Plus dan dikombinasikan bersama supplement lain untuk perlindungan jantung dan salur darah yang menyeluruh.




  • CoQ10 semulajadi tubuh terdapat banyak di sel jantung dimana 10x lebih banyak berbanding organ lain. . Ianya membantu dalam penjanaan tenaga di dalam sel jantung yang sememanganya memerlukan banyak tenaga untuk bekerja.
  • Oleh sebab paras CoQ10 berkurangan apabila usia meningkat, paras CoQ10 perlu ditambah dari luar iaitu melalui pengambilan supplement.
  • CoQHealth Plus Shaklee merupakan sumber CoQ10 terbaik di pasaran.
  • Dengan mengambil sebiji kapsul CoQ yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan.


  • Omega 3 di dalam OmegaGuard Shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit.
  • Ia juga membantu melancarkan peredaran darah di dalam jantung dan kawasan lain, lantas menghalang tekanan darah tinggi. 
  • Pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


Testimoni:











Apakah cara lain bagi menjaga kesihatan jantung agar sentiasa ditahap optimum?


Hanya 30 minit sehari berjalan kaki, boleh mengelakkan anda daripada diserang penyakit jantung dan strok; mengawal tekanan darah; mengurangkan kadar kolesterol dalam badan; menguatkan otot dan tulang yang juga mengelak osteoporosis; meningkatkan stamina serta membantu mengawal berat badan, tidur lena di samping menstabilkan mental dan fizikal tubuh.

Antara nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk mengamalkan tabiat berjalan kaki ialah, jika anda menggunakan pengangkutan awam, berhenti separuh jalan dan mula berjalan kaki hingga sampai ke tempat kerja, sekiranya menggunakan kenderaan sendiri, sentiasa amalkan berjalan 15 minit sebelum menaiki kereta serta lebih baik menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

Jantung yang sihat adalah kunci kepada kesihatan badan. Untuk mempunyai jantung yang sihat juga adalah penting bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit.

Justeru, adalah penting untuk mengekalkan fizikal dan tabiat pemakanan yang sihat bagi mengelak kegemukan selain tidak merokok. Jika tabiat yang baik ini diamalkan, pasti masyarakat mempunyai jantung yang sihat, jantung yang sihat menggambarkan masyarakat yang ceria.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday 27 April 2014

Sakit Jantung - Pembunuh No 1 Di Malaysia

5 August 2006. Perginya ayahanda tersayang akibat serangan jantung. Ketika itu saya berusia 18 tahun. Allahuakbar remuk hati seminggu saya ponteng sekolah Form6 ketika itu. Bertahun saya cuba tahan dari mengalirkan air mata setiap kali ada mulut-mulut yang bertanyakan arwah ayah tapi gagal. Tak pernah saya sesensitif begitu sekali. Alfatihah buat arwah ayahanda (1953-2006)

Saya kini aktif mencuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sementelah arwah nenek juga pergi kerana serangan jantung.



Tahukah anda, sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. 

Tanda sakit jantung

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan. 


Faktor serangan sakit jantung

a) Merokok - 3-6 kali lebih tinggi menghadapi serangan (perokok tegar berpotensi sangat tinggi) - kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

b) Tekanan perasaan - degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat.

c) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 

d) Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.



Cadangan pemakanan yang bersesuaian

a) Tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. 
b) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. 
c) Pengambilan supplement/vitamin yang membantu kesihatan jantung. (Omega Guard + CoqHealth Plus Shaklee - Set Jantung Shaklee)

Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya :-

a)  Membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok.
b) Mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. 
c) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan memakan makanan yang pedas 
d) Menolak tawaran rokok daripada orang lain. 
e) Ambil vitamin bersesuaian bagi mengurangkan ketagihan merokok. Set Berhenti Merokok Shaklee telah membantu ramai perokok diluar sana kurangkan ketagihan nikotin seterusnya berhenti merokok

Tingkatkan aktiviti senaman seperti berjoging, menghadirkan diri ke gimnasium dan sebagainya. Ini kerana aktiviti bersenam mampu mengurangkan risiko sakit jantung. 

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah:

a) Senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. 
b) Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. 
c) Mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. 
d) Lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. 
e) Pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. 
f)  Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.


p/s: Sebahagian info diperolehi dan diolah dari SINI. Semoga bermanfaat 


Cara penggunaan & Testimoni Basic-H Shaklee

Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. 

Berbeza dengan Basic-H Shaklee. Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda






Pelbagai Testimoni Basic-H












* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Basic H Shaklee - Pencuci Serbaguna Ajaib

Shaklee Basic-H ni merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Sekarang pun dah hampir pertengahan 2014. 


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa




Sebagai bahan pencuci :

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


Kegunaan semasa kecemasan


BIL

KEGUNAAN

CARA


1.

Menghapuskan kutu di atas kepala 

Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2.

Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3.

Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4.

Demam panas (sebelum berjumpa doctor)

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5.

Sakit gigi

Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6.

Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7.

Ulser dan mulut berbau

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8.

Penyubur tanaman dan penggembur tanah

Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9.

Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Perbezaan Shaklee

a) Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
b) Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
c) Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Testimoni: Jemput klik SINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...