Tuesday 30 September 2014

Busaba Heavenly Thai @ Bangsar Shopping Centre (BSC)

Assalam,

Melayan kegilaan tekak boss yang always looking for Thai food, boleh naik jemu haha sebab everytime keluar site dengan dia mesti cari Thai Food

Boss: Nurul, you want Thai food or western for lunch? If Thai we go to Ayutthaya if western we go Victoria Station
Me: Thai la *dalam hati nak makan western tapi dia suka sangat Thai food*

So time haritu kami pergi Sri Ayutthaya. Walaweyhhh kesedapan ayam pandan dia teringat sampai hari ini. By the way entry ini nak cerita pasal Busaba Thai la hehe. Lets proceed. 

Kebetulan, saya ada kerja di Menara Mercu dekat dengan KL Sentral, so lunch time boss ajak pergi Banana Leaf yang quite famous kat Bangsar. Saya ini fikir halal ke tak saja. Finally boss bawak pergi Thai Food lagi *hehe*

So ke Busaba Heavenly Thai la kami, actually boleh dikatakan ini lah kali pertama saya jejak kan kaki ke BSC haha padahal semenjak lahir kat Selangor. 

Saya ambil pengajaran lepas taknak dah order banyak2 sebab boss suka order banyak lepas itu menangis nak habiskan. So saya pilih 3 jenis menu sahaja + dessert.

Mango Juice

Prawn Tomyam, Chicken Pandan, Kerabu Mangga

Menu diatas sedap alhamdulillah. Menepati citarasa cuma chicken pandan sedap lagi kat Sri Ayutthaya kot. Tomyam terbaik dan kerabu mangga paling WIN. Sedapp sebab ada serdak2 like ayam goreng macamtuh. 

So for dessert, boss go for water chesnut ....besar betul dalam buah kelapa siap ada hirisan isi kelapa. Recommended. 



and me pulut mangga... kuah santan tuh sedap cuma mangga tak berapa fresh kot. 




Note: Restoran ini serve arak as well so tiada logo HALAL. Masa di receptionist pun the young lady dah well explain and she is Muslim too. So insyaAllah halalan toyibban.

Sebab memang ramai melayu muslim makan sini masa hari jumaat saya pergi tu.


Macam mana nak ke sini? Ada hari yang penuh ya so better make a call for reservation. 

F15,1st Floor. Bangsar Shopping Centre (BSC) 285, Jalan Maarof. Bukit Bandar Raya. 59000 Kuala Lumpur
Tel : +603 - 2093 7708
Fax : +603 - 2093 7710

Operating Hours:
Sunday - Thurday : 12.00pm - 10.00pm
Friday & Saturday : 12.00pm - 11.00pm


Sunday 28 September 2014

Tempat Makan Best Di Ipoh - Pakeeza Restaurant

Assalam buat readers sekalian,

Anda tercari-cari restoran HALAL, SEDAP dan INGIN MENCUBA KELAINAN, saya suggestkan anda pergi ke Pakeeza Restaurant. They all serve INDIAN cuisine or lebih kepada Pakistan cuisine kot?

Tapi masyaAllah memang mula-mula anda masuk, restoran ini memang boleh tahan cantik deko nya, dan kalau anda nak tahu, lagu Hindustan berkumandang 24 jam dimainkan di TV. Barulah feeling kat India kan hehe

Rating food memang sedap 4.5/5. At first nervous juga takut tak dapat terima dek tekak Melayu ini tapi atas cadangan client kami, kami try la. Worth to try darling. Tapi ikut tekak memasing la ya. 

Oh yaa, owner restaurant ini pun peramah, datang ke meja pelanggan bertanya itu ini, dan dia juga beritahu ada satu lagi restaurant kepunyaan beliau di Greentown, Ipoh which is Ipoh Nasi Ayam Hainan. Dah try juga hari ke3 kami di Ipoh and okay la..like usual nasi ayam hainan, 

Okay bawah ini menu yang saya pilih untuk makan berdua. Boss memang bagi kebebasan memilih pada saya jika kami keluar makan bersama. Untung lagi sebab orang belanja hahahaha. Kita tinggal pilih dan makan saja kan. Time outstation gini memang save poket tau sebab semua boss bayar hehe




♧ Plain briyani
♧ Mutton kerahi (palinggggggggg sedaaaapppppp)
♧ Aloo gobi masala (atas recommend waiter dan sedapp)
♧ Garlic with cheese nan
♧ Tandoori chicken
♧ Kashmiri Tea (pahit sedikit tapi sedap - ada almond flake)

So pastikan JJCM anda di Ipoh termasuk Pakeeza Restaurant okay. Ini bukanlah entry or review berbayar ya tapi review saya sendiri selepas makan direstoran ini.


Macam mana nak datang ke sini?

Pakeeza Restaurant
15-17, Jln Dato Seri Ahmad Said (Green Lane), 30450 Ipoh. 

Specifically, it is situated in Greenhill area, opposite Regal's Lodge hotel on the other side of the road. Tel : 15-17 Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia


Sunday 14 September 2014

Punca Rahim Bengkak: Cyst & Fibroid

Assalam, jika anda perasan kecoh seketika dunia FB lantaran dakwaan seorang wanita, Pn Mary bahawa setelah mengambil GLA Complex (tak sampai dua bulan), beliau menderita rahim bengkak. Persoalannya benarkah dakwaan Pn Mary itu? Baca sehingga habis perkongsian dari seorang doktor dibawah ini.

Dari blog Dr Malinda,

Di sini saya kongsikan dengan lebih banyak gambar ilustrasi yang dapat memberi info lebih jelas kepada anda semua.

Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalau anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)







Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.



Ok,

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 

(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]



Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.

Antara 4 Faktor Utama adalah :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.



2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.



3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.




4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.




Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan.



Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst. 

Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.



Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 

Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.




Antara Nutrition Supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
  1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
  2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
  3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
  4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
  5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati
  6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
  7. Green tea - powerful antioxidant

GLA Complex Shaklee boleh ke?
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Be careful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.



Ok,

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Sedikit testimoni GLA Complex bagi pesakit yang ada Cyst dan PCOS









* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Monday 8 September 2014

Set Penyusuan Asas Shaklee : Basic & Budget Friendly

Assalam. Bulan Sept yang bahagia :)

Okay kalau before ini saya kupas mengenai Set 3M (Making More Milk) link SINI, ada juga customer bertanya samada Set 3M ini ada yang basic sahaja tak. Atau erti kata lain Set Budget? Adaaa....So jangan risau tentang budget, walau budget limit, InsyaAllah walau supplement basic pasti hasilnya mengujakan. 

Apa kandungan dalam Set Penyusuan Basic ini? Klik untuk link
Gabungan 3 vitamin asas iaitu Vitalea, B-complex dan Vitamin C akan membekalkan badan ibu dengan segala nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan dan tenaga ibu. Bila badan ibu lengkap dengan khasiat, sihat dan bertenaga InsyaAllah susu juga akan lancar dan bertambah banyak. Alfalfa pula bertindak sebagai milk-booster bantu mempercepatkan proses penghasilan susu badan.

Kesan utama pengambilan Set Penyusuan Basic (syaratnya makan ikut panduan yang betul, pumping 2-3jam sekali dan minum air kosong at least 3L):
  • bantu hasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak serta penuh dengan khasiat. 
  • baby cepat kenyang (susu lebih pekat)
  • ibu lebih bertenaga walau kurang rehat
Tapi dengan pengambilan Set Penyusuan Basic ini bukan sahaja penyusuan lancar, ibu sendiri akan dapat banyak bonus2 lain antaranya: 
  • B-complex dan Vitamin C memulihkan kecantikan kulit dan menaikkan seri wajah (muka nampak lebih berseri) 
  • Vitamin C bantu pulihkan parut kesan jerawat dan jeragat 
  • Kombinasi kesemua vitamin memberi kesihatan dan tenaga badan secara menyeluruh serta meningkatkan tahap imunisasi badan 
  • Alfalfa mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai perapat mengeratkan lagi keintiman suami isteri. Dikenali sebagai Kacip Fatimah "moden"
  • B-complex memberi tenaga kepada badan serta mengawal stress di mana stress adalah antara punca utama susu merudum 
  • Vitamin C memberi perlindungan dari penyakit (tingkatkan imunisasi)


Testimoni Set Penyusuan 1:

set penyusuan

Testimoni Set Penyusuan 2:

set penyusuan

Testimoni Set Penyusuan 3:

set penyusuan

Berminat mahu mencuba Set Penyusuan Basic? Hubungi saya segera. Full consultation dan guideline akan diberikan khas buat anda.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sunday 7 September 2014

Journey to Breastfeeding: Menyusu Anak Menurut Perspektif Islam



Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan penyambung zuriat keturunan. Bagi ibu hamil saat si kecil menendang perut ibu adalah pengalaman terindah dalam hidup. Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan, mana-mana ibu pasti berkata “Tiada rasa sakit sehebat sakit melahirkan anak”.

Saat lahirnya si kecil dan diletak dalam dakapan ibu, automatik hilang semua rasa sakit tadi. Yang ada hanya air mata kegembiraan apabila melihat wajah si comel. Dan bermulalah tugas paling murni buat si ibu iaitu menyusukan anak.

Penyusuan susu ibu ini ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam diri seorang wanita.

Secara azalinya, seorang bayi mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan (jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran. Dari sudut rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu dalam dunia asing yang serba baru baginya.

Maka sebab itulah, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:


“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anak ni. Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T buat ibu-ibu yang menunaikan kewajipan untuk menyusukan anak. Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid di mana ustaz itu memberitahu seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.

Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda

“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.

Begitulah pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif Islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu-ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ibu semasa buat check-up anak dan mereka terkejut saya masih fully breastfeed baby. Mereka dah lama stop sebab katanya leceh bila dah bekerja. Nak kena pump la. Jadi senang bagi formula je. Itu terpulanglah pendapat ibu masing-masing kan. Bukan hak saya untuk menilai orang. Tapi sabda Rasulullah di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa wajibnya ibu untuk berusaha menyusukan anak selagi mampu.
 
Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akan akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu kali pertama menyusukan anak kan. Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betul tak mommies?

Set Menyusu Shaklee: Set Basic dan Set Lengkap: Klik SINI


Wednesday 3 September 2014

Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Promo Sept'14 - Mealshake (Beli 3 Percuma 1)


Memandangkan bulan ini adalah promo Mealshake dari Shaklee, ramai lah yang menaikkan promo Mealshake Shaklee ni. Haaa lepas tu tak kurang jugalah sebilangan orang mula mempersoalkan status Mealshake Shaklee ni terutama isu selamat atau tidak untuk diambil oleh kanak-kanak.

Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.

Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?




Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.

Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?



3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu,serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.

Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.










Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake Shaklee tidak selamat ni ya.. pada saya terpulang pada ibu sendiri. Saya memang berikan anak saya Mealshake Shaklee sejak usianya setahun dan sebab itu saya berani cadangkan kepada ibu-ibu semua. Dan jangan lupa bulan ini Special Promo untuk Mealshake.. harga gerenti terbaik.. Berminat? Hubungi saya…


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...