Sunday, 27 April 2014

Set Mighty 3 Gems Shaklee

Assalamualaikum......

Kali ini nak bercerita pasal Set Mighty 3 Gems Shaklee ini. Selalunya set ini sangat popular menjelang ramadhan. Best kan walaupun berpuasa badan bertenaga, tak mudah letih dan sebagainya. Alternatif buat mereka yang tidak gemar bersahur berat. Sajian mengenyangkan bersama Mighty 3 Gems

Secara asasnya, tiga produk asas tersebut adalah Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Fungsi ketiga-tiga supplement ini adalah untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari dan memastikan bendalir badan pada tahap memuaskan walaupun anda berpuasa/ bekerja berat (seperti di tapak pembinaan etc)





Energizing Soy Protein

- Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
- Membekalkan tenaga,
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat



Performance Drink (Orange Flavour)


- Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu berpuasa. 


French Vanilla Mealshakes

- Diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik mampu memberikan tenaga yang berpanjangan di bulan puasa.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Golongan perlukan Mighty 3 Gems Shaklee

- Ibu mengandung 
- Ibu yang menyusukan anak
- Individu yang berkerja berat (buruh @ sepenuhnya menggunakan tenaga)
- Warga tua
- Kanak-kanak (terutama yang baru belajar berpuasa)
- Remaja / Pelajar
- Lelaki & Perempuan yang mementingkan kesihatan


Testimoni









Sudahkah anda membuat persediaan untuk menghadapi Ramadhan lagi 2 bulan ini? Terutama ibu hamil yang sedang sarat mengandung. Pasti anda menginginkan pengalaman puasa tanpa longlai yang teruk dan tidak bermaya. Buat ibu menyusu juga, anda pasti menginginkan pengeluaran susu tetap tidak terjejas walaupun anda berpuasa. Berpuasa sambil menyusukan anak juga mencabar. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Thursday, 24 April 2014

Sharing Info & Pengalaman: Herba/Pokok Daun Belalai Gajah

sumber: Google


Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Sumber artikel: SINI


Pengalaman saya 


April 2014, saya dijangkiti sakit mata which is lebih kepada ketumbit tapi mata sakit kemerahan. Mata saya jadi bengkak dan ketumbit lama pula semakin mengeras. Sebenarnya dah lama perasan ketumbit pada mata kiri (since last year 2013) tapi saya buat-buat busy kerana malas ingin berjumpa doctor. Hasilnya ketumbit mengeras (benjolan pada bawah mata kiri). Kemuncak semasa pulang kampung ibu, mata tiba-tiba sakit. Haru betul. Dekat dua minggu selepas itu baru jumpa doctor itupun dibawa oleh Lady Boss. 2 kali session jumpa doctor tapi still ketumbit tidak mengecil cuma mata tidak la berasa sakit. 

Solution? Lady Boss buatkan jus belalai gajah + epal hijau. Terharu okay sampai office hulurkan jus epal + belalai gajah ini. Kenapa saya terharu sebab boss saya Chinese dan dia pergi buat juice ini dirumah salah seorang HR Officer company kerana takut saya was-was nak minum. Esoknya sanggup pula berhujan demi nak petikkan daun belalai gajah ini dirumah that HR Officer. Actually my Lady Boss pun pengamal tegar juice belalai gajah + carrot + apple + beet root dan apa tah lagi campurannya. Rumah dia pun ada pokok Belalai Gajah ini juga.

Pahit bagi saya tapi telan saja. Maybe first time makan so pahit la kan. Sekarang sedang dalam proses berBelalai Gajah lagi. Hope ketumbit makin kecil dan surut. Tapi yang saya tahu, Belalai Gajah sangat bagus especially bagi merawat kanser. 


Sumber Google: Beginilah keadaan mata saya sekarang



Tuesday, 22 April 2014

Tanda Awal Bersalin ( Panduan Buat Ibu Muda Pertama Kali Bersalin)

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.
Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat 'tour' disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.


Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 
a) Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

b) Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

c) Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

d) Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

e) Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
sumber: SINI


Monday, 21 April 2014

Review: Egg Peel Off Mask by Mistine (BELI 5 PERCUMA 1) - MURAHHHH !!!!!


Beli 1 - RM25 FREE POSLAJU (SEMENANJUNG)
Beli 5 PERCUMA 1 - RM90 FREE POSLAJU (SEMENANJUNG)

(SABAH SARAWAK ADD RM5 POSLAJU)


Weight : 85g

Decription :

Mistine Egg White Whitening Peel Off Mask helps tighten pores, firmer and smoothen skin as well as reduce acne, acne scars, redness and less breakouts. After applying this mask, face will be become tighten, amazing whitened, poreless, tighten, good oil balancing, supple and in good texture.

Advantages :
- Peel off mask
- Helps to whiten skin
- Tighten pores
- Reduce acne, acne scars, redness and less breakouts


How to use :
Apply an amount of the peel off mask onto clean face and leave on for 20 minutes and then peel off. Recommend use 1-3 times per week.


Ingredients :
Water, Alchol denat., Polyvinyl alcohol, Propylene glycol, Methylparaben, Albumen, PEG-150. Polysorbate 20, Xanthan gum, Mica, Fragrance, Titanium dioxide, Hydrolyzed collagen, Hydrolyzed elastin, Citric acid, Sodium benzoate, Propylparaben.


Testimonials :











Berminat?

Beli 1 - RM25 FREE POSLAJU (SEMENANJUNG)

Beli 5 PERCUMA 1 - RM90 FREE POSLAJU (SEMENANJUNG)

(SABAH SARAWAK ADD RM5 POSLAJU)



PM/Whatsapp 013-734 2887

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...