Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts

Wednesday, 30 April 2014

Rawat pedih ulu hati dan ketidakhadaman dengan ESP Shaklee



Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. 

Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:

  • Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
  • Sendawa
  • Rasa loya dan tiada selera makan
  • Rasa kembung atau penuh di bahagian perut

Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

PENYEBAB PEDIH ULU HATI :



Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).

FAKTOR DAN RISIKO :
  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat
  • Pengambilan alcohol dan kafein
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan
  • Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan
  • Diet rendah serat
  • Mengalami tekanan dan kemurungan
  • Berlebihan berat badan
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)
  • Mengandung
  • Merokok
  • Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)

Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:

  • Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
  • Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
  • Jangan berbaring selepas makan.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
  • Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
  • Tidak melebihi berat badan ideal.
  • Jangan merokok.
  • Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.

Sumber artikel: SINI

Bestnya bila berESP, selain meringankan sakit pedih ulu hati, banyak kebaikan lain dapat dari ESP nie. Panjang listing kebaikan soya Shaklee nie paling best mencantikkan kulit dan mengawal berat badan. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday, 4 February 2014

Testimoni Peppermint Ginger Plus: Morning Sickness, Mabuk Perjalanan & Angin Dalam Badan

Salam ceria,

Saya masih bercuti pada hari ini. Alahai lama pulak boss beri cuti sempena CNY dan Hari Wilayah. Anyway mahu berkongsi testimoni hebat Peppermint Ginger Plus

Sebelum itu mari berkenalan dahulu dengan Peppermint Ginger Plus yang hebat ini. 

Diperbuat daripada kombinasi 4 jenis herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikalnya, ia sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Diperbuat daripada gabungan 4 bahan utama iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis.



TESTIMONI






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Peppermint Ginger Plus Shaklee: Atasi gastrik, morning sickness, angin banyak dalam badan

Salam ceria. 

Masalah utama pada ibu hamil pada peringkat awal kehamilan adalah morning sickness yang teruk. Bahkan sehingga ada yang MC berminggu kerana tidak larat untuk ke tempat kerja. Ada juga yang mengalami gastrik yang teruk sehingga terpaksa menelan painkiller yang pastinya memberi kesan jangka panjang. Tidak kurang juga yang mempunyai masalah mabuk laut/mabuk perjalanan dan juga angin yang banyak dalam badan. 




Apakah perbezaan Peppermint-Ginger Plus Shaklee dengan pil-pil alahan lain di pasaran?


Peppermint-Ginger Plus Shaklee diperbuat daripada kombinasi 4 jenis herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikalnya, ia sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Diperbuat daripada gabungan 4 bahan utama iaitu daun pudina, halia, adas dan cekur manis.






Manfaat Utama Bahan-bahan Yang Terdapat Dalam Peppermint-Ginger Plus


  • Pudina : melegakan otot perut, ia mempunyai elemen penenang. membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul akibat kemeoterapi. Pudina merangsang peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
  • Halia : masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih dari 2ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak.
  • Pokok Adas (Fennal) : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan perut dan juga melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis (Anise) : digunakan oleh orang-orang Mesir purba untuk melegakan pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Aturan cadangan pengambilan 
  1. membantu penghadaman - 3 biji selepas makan
  2. mencuci usus dan perut - larutkan 3 biji Peppermint-Ginger Plus dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam dan diminum
  3. merawat sakit/masalah gastrik, nausea, batuk - 3-5biji delarutkan dalam air panas menjadi teh herba 
  4. kelegaan tekak, batuk dan sendawa - hisap 2 biji





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...