Showing posts with label Vitamin E Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E Shaklee. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Pil/Vitamin Dengkur Anda: Ditegur suami kerana dengkur: Wanita Tidur Berdengkur

Salam,

Boleh saya katakan hampir kebanyakan regular customer saya adalah mereka yang mencari supplement kurangkan dengkur. Tak terkecuali wanita tau. Setelah ditegur suami, beliau nak cepat-cepat cari alternatif untuk kurangkan dengkur. Siapa tak takut suami lariii oiii. 


Before kahwin memang boleh terima, 
Dah lepas kahwin sakit telinga la.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebut saja tentang berdengkur, kita akan membayangkan simpton ini membabitkan kaum lelaki sahaja 

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu di sebalik ribuan lelaki, wanita juga berdengkur ketika tidur. Bagi kebanyakan wanita, berdengkur tanpa disedari ketika tidur adalah sesuatu yang memalukan tambahan pula apabila ditegur oleh suami atau rakan sebilik.

Disebabkan teguran, rasa malu dan berdengkur boleh mengganggu ketenteraman dalam bilik tidur, kaum hawa akan berusaha sedaya upaya menjalani pembedahan bagi menghindarinya.

Malah bilangan mereka mengikut nisbah 3:2 atau setiap tiga lelaki, dua wanita datang ke hospital untuk merawat penyakit berdengkur membuktikan bahawa wanita turut mengalami simpton ini.

Ketua Jabatan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani ketika mengulas perkara ini berkata, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini.



Menurut beliau, selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Berdengkur terjadi disebabkan saluran pernafasan tersumbat dan ia berkait rapat dengan hidung, lelangit dan anak tekak.

Katanya lagi, perkara ini sering berlaku kepada mereka yang suka tidur terlentang hingga mengakibatkan otot-otot pada lelangit dan lidah mengalami kerehatan penuh hingga mengecil serta menyumbatkan injap saluran pernafasan.

Seterusnya, apabila mereka menarik nafas, angin yang masuk dalam ruang sempit akan menyebabkan berlakunya dengkur.

Tambah beliau lagi, biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur.

Katanya, walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnoea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

Beliau yang mengkelaskan berdengkur kepada tiga peringkat:-

  1. Berdengkur peringkat pertama ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
  2. Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
  3. Ketiga, berdengkur yang serius diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil sleep apnoea.

Jelasnya lagi, kebanyakan wanita tergolong dalam kelas pertama dan kedua dan mereka jarang sekali mengalami dengkuran yang serius.


Menurut beliau, mereka yang mengalami keletihan juga boleh mengakibatkan berdengkur.

Golongan ini katanya, dikelaskan dalam berdengkur ringan kerana hanya berdengkur sekali sekala dan bukannya setiap malam. Disebabkan terlalu letih di siang hari, jelasnya, mereka akan berdengkur apabila otot-otot di bahagian leher kepala dan mulut mengalami kerehatan yang berlebihan.

Ini juga berlaku kepada individu yang suka meminum minuman keras.

Setiap kali beliau menemui pesakit, pertanyaan yang akan diajukan sama ada mereka mengalami mengantuk yang berlebihan pada waktu siang.

Ini kerana katanya, gejala mengantuk itu menandakan pesakit mengalami sindrom sleep apneoa.

Katanya lagi, para pesakit boleh mengesan sendiri simpton ini apabila mereka sering tertidur tatkala memandu, menaiki bas atau membaca.

''Selain itu, berdengkur boleh dikesan ketika mereka yang menjalani pemeriksaan fizikal mendapati anak tekak dilelangit lebih panjang daripada biasa sehingga mencecah lidah,'' katanya lagi.

Selain itu ujar beliau, ia boleh dikesan apabila anak tekak itu bengkak dan merah.

Menurut beliau, rawatan akan dilakukan untuk membuka ruang pernafasan yang telah tersumbat dengan pembedahan.

Cara lain atasi berdengkur:
  • Dr. Abdullah Sani menasihati mereka yang berdengkur supaya tidak tidur terlentang tetapi tidur mengiring.
  • Kaedah lama pula dengan cara menjahitkan poket di belakang baju atau seluar dan masukkan bola tenis ke dalam poket yang telah dijahit.
  • Cara ini boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika tidur khususnya kepada mereka yang suka tidur terlentang dan mengelakkan berdengkur.
  • Sebagai mengakhiri perbualannya beliau memberitahu, dengan membeli bantal yang direka khas seperti contour pillow boleh menghindarkan masalah berdengkur. Bagaimanapun katanya, doktor tidak dapat memastikan sama ada ia boleh dihindarkan sepenuhnya ataupun tidak.

Oleh: HAFIDAH IBRAHIM (SINI)

Pilihan customer saya adalah seperti dibawah

Minyak Kelapa Dara Treenea - best seller

Vitamin E Shaklee

Saturday, 27 December 2014

Tips Cantik Untuk Suami: Rawat Kulit Bermasalah Menjadi Licin Dan Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. 

Sekiranya anda sudah pun mendirikan rumah tangga, diminta anda masih berterusan mengekalkan kecantikan dizaman anak dara. Bukan untuk orang lain tapi untuk mata suami anda

Tidaklah berkelawar 24 jam, dengan muka berminyak sambut suami pulang dari kerja. Bercantiklah sentiasa dihadapan suami. Pasti suami lebih sayangggg. 

Tips Tambahan: Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Cantik Mempesona

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan kombinasi vitamin penjagaan untuk kulit cantik, saya ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan kita menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting istiqomah dalam amalan walaupun sedikit. 

Kaedah Pertama:
  • Amalan ini dilaksanakan selepas waktu solat Isya’
  • Tuang segelas air
  • Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
  • Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
  • Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

Kaedah Kedua:
  • Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.
  • Ya Badiyah sebanyak sekali
  • Ya Nur sebanyak sekali
  • Ya Hadi sebanyak sekali
  • Ya Allah sebanyak 3 kali
  • Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

Kaedah Ketiga:
  • Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini: 
  • Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
  • Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

tips credited to celikvitamin.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kombinasi Set Kecantikan Shaklee. My personal review, saya sangat-sangat berpuas hati dengan Set Kecantikan ini, masalah jerawat hilang (hanya sesekali muncul ketika mahu datang bulan), parut jerawat semakin pudar dan berkurang dan kulit kelihatan lebih bermaya. Tidak lagi kusam seperti dahulu. Seram saya bayangkan dengan kusam, jerawat timbul-timbul dan parut hitam. Thanks Shaklee. Alhamdulillah. 

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada kombinasi 3 vitamin cantik dan hebat untuk kulit anda kekal cantik dan gebu. Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin cantik iaitu ESP, GLA Complex dan Collagen Powder. Ingat ya semakin meningkat usia kita tidak terkecuali dari jeragat. Alhamdulillah setakat ini set ESP + GLA + Collagen Powder memang gandingan mantap untuk masalah jeragat


1. Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.

2. Vitamin E Shaklee 



  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Membaiki Parut – Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki bengkak dan ulser kulit. 

3. B-Complex



  • Anti stress - stress meningkatkan penuaan
  • Membentuk sel darah merah - Sel darah yang mempunyai oksigen yang cukup membantu memberikan kulit yang kemerahan 

Supplement tambahan (optional) tapi untuk hasil memuaskan anda boleh add on. Buntu nak pilih gandingan yang bersesuaian anda boleh hubungi saya terus ya 





*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saturday, 13 December 2014

Promo December 2014 Shaklee

Salam penutup 2014. December pun dah nak melabuhkan tirai. YES sana sini. Shaklee tidak terkecuali buat promo besar-besaran juga

Yang pasti saya sebagai pencinta SET KECANTIKAN SHAKLEE harus grab Vitamin C + Vitamin E + Collagen Powder Shaklee sementara harga promo. Lagipun expired date lambat lagi (penghujung 2015)

Okay item yang promo as stated below. Harga memang dah best price Shaklee tawarkan. Tapi jika anda inginkan lebihhhhhh diskaun walau beli sebotol beserta full consultation dan guideline dari saya, boleh terus PM/Whatsapp 013-734 2887

Suka saya nak bagitau yang harga retail bagi Vitamin C = RM92.50 untuk 180 biji dan Vitamin E = RM149 untuk 120 biji. 

So anda dah jimat banyakk if beli 2 botol. Anda juga boleh berkongsi dengan rakan atau keluarga. Tapi macam saya bagitau jika anda inginkan lebihhhh diskaun walau beli hanya sebotol boleh terus hubungi saya ya.






"RM0.00 Shaklee: Due to Product Registration guideline change, Collagen will be unavailable for sale after Dec'14 pending re-registration which takes 9-12mths. Hence Shaklee is offering a special Buy 3 Free 1 promo now to support our valued distributors with sufficient products till product registration is achieved."

Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Shakler Collagen Powder akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari 2015.

Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 DEC 2014 SAHAJA untuk membeli produk ini.

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1.

Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan DIHENTIKAN bermula Januari 2015

-------------------------------
SHAKLEE COLLAGEN POWDER (15 Sachet/box)

Harga Pasaran : RM298 
Harga penjimatan hebat walau beli sekotak bolehh terus hubungi saya. Namun jika anda ambil Buy 3 Free 1 anda entitle untuk dapat berikut

- Free membership Shaklee (boleh beli dengan harga ahli)
- Free sekotak Collagen Powder Shaklee
- Free cash rebate





Wednesday, 27 August 2014

Tips & Petua Kecilkan Pori Wajah

Pori-pori besar sangat. Terasa ke tidak? Hahah den terasaaaa... Naseb sejak ambil Shaklee makin okay.

Credit to: faizdickievp IG

Hari ini nak share tujuh(7) tips/petua tradisional untuk kecilkan pori-pori wajah yang sebesar bulan berkawah-kawah.

1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Masker dari putih telur / coklat / madu / oat boleh dijadikan contoh panduan

8. Konsisten pengambilan Vitamin E (petua saya tambah sendiri hehe)

Pilihan saya semestinya Shaklee. Lengkap dengan Selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan berkesan. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Vitamin E






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday, 19 August 2014

Set Jeragat Shaklee & Testimoni

Jeragat: Penyebab kulit tidak cantik dan nampak kusam! Betul? Rimas kan dengan jeragat walau hanya setompok dua. Kalau bertompok dua belah pipi anda harus bertindak dari sekarang sebelum anda dilihat tua sebelum usia.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik dan beberapa permasalahan lain.




Antara supplement Shaklee yang dicadangkan bagi merawat masalah jeragat adalah Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, ESP dan Carotomax. Namun demikian anda tidak perlu mengambil semua. Anda boleh consult saya untuk ketahui lebih lanjut set yang bersesuaian dengan masalah jeragat anda. 


Vitamin C

[✔] Meningkatkan sistem imun
[✔] Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
[✔] Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Penting untuk kolagen dan tisu penghubung


Vitamin E


[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
[✔] Memudarkan parut jerawat
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Mengurangkan bintik penuaan


Energizing Soy Protein (ESP)

[✔] Mempertingkatkan pemulihan luka
[✔] Mengurangkan parut
[✔] Mencerahkan dan mencantikkan kulit
[✔] Membaiki dan membina semula sel-sel baru


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat


Carotomax

[✔] Anti-oksidan yang kuat dan tinggi sumber beta carotena
[✔] Memulihkan tisu kulit yang telah rosak akibat jerawat
[✔] Mengawal penghasilan sebum yang berlebihan
[✔] Melegakan kekeringan kulit dan gatal



Set Basic Jeragat Most Popular



Testimoni Set Jeragat Shaklee

\









* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Saturday, 7 June 2014

Set Vitamin Cinta Shaklee: Tingkatkan Kemesraan Dalam Hubungan Suami Isteri

Hubungan suami isteri yang bahagia dan penuh rasa cinta dan kasih sayang menjadi faktor kerukunan rumah tangga yang dibina. Namun masih ada antara kita yang setelah beberapa tahun berkahwin hubungan intim bukan lagi menjadi "priority" malah semakin hambar. 

Hangatkan kembali kemesraan anda bersama pasangan dengan Set Vitamin Cinta Shaklee. Pasti kehangatan rasa cinta yang disemai sewaktu awal perkahwinan dapat dikecapi semula. 



Siapa golongan yang dicadangkan mengambil Set Vitamin Cinta Shaklee ini ?
  • Hubungan suami isteri hambar/dingin
  • Miss-V tidak lagi ketat (longgar)
  • Kurang/tiada nafsu
  • Masalah kewanitaan yang mengganggu (faraj berbau, keputihan melampau)
  • Kurang libido

Set Vitamin Cinta terdiri daripada Vitamin E dan Alfafa Complex. Mari kita lihat satu persatu peranan keduanya dalam meningkatkan hubungan suami isteri

a) Vitamin E (with Selenium & Grape Seed)





  • Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone.
  • Ia memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum. 
  • Vitamin E membantu pasangan yang mempunyai masalah dingin terhadap hubungan intim kerana vitamin E boleh meningkatkan 'sexual desire' dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.
  • Vitamin E juga meningkatkan LIBIDO dan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan. 
  • Vitamin E juga membantu meningkatkan tahap testosteron dalam badan anda. Tanpa testosteron yang cukup dalam badan anda, stamina seksual anda dan keinginan seksual boleh berkurangan.





b) Alfafa Complex Shaklee
  • Alfalfa pula bertindak lebih hebat dari kacip fatimah. ianya memberi kuasa grip yang boleh membantu pasangan suami isteri menikmati hubungan cinta dengan lebih mengasyikkan. 
  • Alfalfa membantu isteri yang mengalami masalah kering ketika bersama, merawat masalah keputihan dan miss V berbau yang pastinya boleh mengganggu keselesaan ketika bersama.








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday, 3 June 2014

Vitamin E Shaklee: Vitamin Cinta Yang Membantu Hubungan Suami Isteri

"Hubungan seksual hambar antara punca keretakan rumah tangga"

Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri, isteri berasa bosan kerana suami cepat klimaks setiap kali bersama, ketiadaan zuriat, suami mati pucuk, isteri tidak pernah atau jarang mencapai orgasm, juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga. 

Melayani hubungan seks seorang suami adalah bukti ketaatan isteri. Firman Allah yang bermaksud: 

“Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai.” (Surah al-Baqarah, ayat 223) 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi kamu melakukan jima’ (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. Lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawab Baginda: Bagaimana pendapatmu jika dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala.” (Hadis riwayat Muslim)




Kenapa Shaklee ada Set Vitamin Cinta? Set Vitamin Cinta terdiri daripada Vitamin E + Alfafa

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam "Archives of Andrology" edisi Mac-April 2003 menunjukkan lelaki yang mengambil Vitamin E dapat:
  • meningkatkan motiliti sperma
  • meningkatkan kiraan sperma. (Vitamin E ialah Anti-oksidan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel termasuk sperma)
  • meningkatkan libido seseorang lelaki dengan membantu meningkatkan paras hormon testosteron. Tanpa hormon ini, seseorang lelaki akan cenderung untuk menjadi 'dingin'
  • meningkatkan saluran darah dan oksigen ke bahagian sulit lelaki dan wanita. So secara tidak langsung meningkatkan kehangantan hubungan suami isteri ketika bersama. 

Selain itu, untuk wanita pula, Vitamin E dapat :
  • membantu melembapkan tisu vagina dan bertindak sebagai 'pelincir' bagi wanita
  • membantu wanita menghasilkan prostaglandin yang menurunkan kadar hormon prolactin. Prolactin meningkat ketika ovulation dan menyumbang kepada simptom PMS. Amat penting sebenarnya untuk mengekalkan kadar prolactin yang seimbang untuk sistem reproduktif wanita, dan prostaglandin lah yang membantu seimbangkan hormon prolactin ini.






Panduan memilih Vitamin E:

Ambillah vitamin E yang asli, periksa label pada botol d-alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Saturday, 17 May 2014

Set Tiroid Shaklee & Testimoni

Assalamualaikum.

Jika sebelum ini saya bercerita panjang mengenai tiroid merangkumi jenis, punca, rawatan dan gejala pesakit tiroid, sekarang saya ingin bercerita tentang supplement Shaklee yang boleh diambil pesakit tiroid.

Okay untuk memahami lebih lanjut mengenai jenis tiroid boleh refer SINI ..Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan untuk pesakit tiroid ini???


HIPERTIROIDISME (TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA)

a) VIVIX

  • Paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung.
  • Melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia
  • Membantu meningkatkan tenaga dalam sel
  • Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun



b) ESP

  • Mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen
  • Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
  • Berguna untuk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
  • Boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)




HIPOTIROIDISME  (TIDAK BOLEH AMBIL ESP)

a) VITALEA (multivitamin)
  • Multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink 
  • Sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme) 
  • Vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif) 
  • Vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid 
  • Zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin) 




b) VIT E COMPLEX
  • Kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi 
  • Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan) 
  • Vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah) 




c) OMEGA GUARD



d) B COMPLEX



d) OSTEMATRIX (TABLET CALCIUM)



Testimoni




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Thursday, 2 January 2014

Atasi masalah muka berlubang dengan VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum 1 Jan 2014. Entry pertama di tahun baru :)

Terpanggil saya untuk berkongsi masalah muka berlubang ini kerana bukan seorang dua yang mengalami masalah ini. Umum mengetahui wanita/lelaki yang mengalami masalah muka berlubang atau big open pores nie berpunca dari masalah jerawat. Orang cakap sebatu dah nampak muka berlubang kalau yang mengalami masalah berlubang yang teruk.

Kebanyakannya berpunca dari masalah jerawat yang serius. Saya juga tidak terkecuali namun semakin menampakkan perubahan positif sangat selepas mengamalkan set skincare Chahaya Beauty Aura dan amalan supplement kecantikan Shaklee dan tidak lupa Minyak Kelapa Dara Treenea

Bagaimana masalah muka berlubang terjadi?

1. Jerawat yang timbul berulang-ulang ditempat yang sama
2. Jerawat batu dimana apabila jerawat tersebut kecut ia menolak epidermis kulit kedalam
3. Mengutil jerawat/blackhead yang sudah keras lalu meninggalkan kesan berlubang pada wajah

Rawatan yang sesuai?

1. Laser (mahal dan mungkin berisiko)
2. Kaedah tradisional (lemon, tomato, ais dll)
3. Pengambilan supplement yang bersesuaian (Vitamin E sangat bagus merawat masalah kulit berlubang)

Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



Testimoni Vitamin E merawat masalah kulit muka berlubang



Tips sebelum tidur selain makan Vitamin E (masker vitamin E)

1. Ambil satu softgel Vitamin E
2. Cucuk vitamin E dengan dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara rata. Urut perlahan-lahan agar Vitamin E menyerap kedalam kulit
3. Bangun pagi anda akan rasa kulit lebih bermaya, berseri.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...