Friday 27 July 2018

Masih SID yang aktif ID: 1070787

Lama blog bersawang tapi business masih diteruskan seperti biasa.

Untuk post kali ini, Ieyka nak beritahu semula yang Ieyka adalah Shaklee Independent Distributor yang sangat aktif dan komited untuk bantu korang dapat consultation terbaik untuk kecantikan dan kesihatan.

Dalam sibuk dengan kerja hakiki, Ieyka adalah seorang SID yang aktif dan sah berdaftar di bawah empire Master Zura

Kalau korang nak dapatkan sebarang rangkaian produk shaklee atau skincare Youth, jangan malu/segan untuk contact Ieyka. Yang dekat dengan branch Shaklee, anda boleh guna ID Ieyka untuk purchase produk Shaklee. Nanti snap proof dan whatsapp Ieyka untuk panduan cara makan (consultation)

Antara yang paling famousss sekali yang selalu orang order, antaranya:

❤Set Kecantikan Aura Seri
❤Set Hamil
❤Set Penyusuan
❤Set Pantang
❤Set Detoks (turun berat badan)

Dan macam-macam lagi


Atau whatsapp je, 📲013-734 2887

Nak lagi senang, klik je link ni 👇🏻
www.wasap.my/60137342887



Demam akibat tonsil pada kanak-kanak

Anak sulung Ieyka sekarang dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Masih teringat lagi masa dia bawah setahun pernah 2x dia kena demam tonsil

Yang peliknya siang elok je dia bermain berlari sana sini. Malam tiba-tiba start panas. Tengah malam lagi suhu naik kan. Dan yang paling runsing tak nak makan dan susu sangat. Nasib tak reject terus lagi Mama susah hati

Dan macam biasa kami tuju klinik untuk jumpa doc la. Tak berani pepandai bagi ubat demam bagai heeehee

Sah TONSIL BENGKAK. Tekak merah. Aduh anak, sian awak. So doc bekalkan antibiotiks dan ubat demam la mcm biasa. 


Rawatan Sakit Tonsil Kanak-kanak Secara Semulajadi

Nasihat Ieyka, jangan bertangguh berjumpa doc kalau anak demam especially memang ada history tonsil. Biasa doc akan periksa dan berikan ubat yg bersesuaian dgn sakit tonsil anak. 

Macam anak Ieyka doc bekalkan ubat demam (Paracetamol), ubat sakit tekak, ubat antibiotik. 

Di antara rawatan sakit tonsil secara semulajadi tanpa ubat ialah:


  • Banyakkan minum air suam, ataupun lemon suam.
  • Berikan ais krim atau soft cream perisa Vanilla untuk bantu meredakan bengkak tonsil.
  • Kumur dengan air garam suam, bagi mematikan kuman di kawasan yang terkena jangkitan. Hati-hati jangan sampai tertelan air garam tersebut.
  • Berikan vitamin untuk meningkatkan antibodi anak.


Sekiranya sakit tonsil berulang-ulang dan membawa mudarat, doktor pakar ENT mungkin akan menyarankan Tonsillectomy (tonsil dibuang sepenuhnya).

Antara supplemen Shaklee yang most recommended untuk bantu tingkatkan sistem pertahanan badan sikecil lawan jangkitan kuman pada tonsil yg bengkak adalah


NutriFeron, MealShakes & Chewable Vitamin C


NutriFeron : Immune booster untuk aktifkan Interferon (sistem pertahanan badan) di dalam badan. Sistem imun yang kuat, bantu melawan jangkitan kuman pada tonsil.

Meal Shakes : Multivitamin dan multimineral lengkap dengan protein, untuk tampung keperluan nutrisi hariannya. Sangat digalakkan pengambilan Meal Shakes ini, terutama jika anak tak mahu dan tiada selera makan.

Chewable Vitamin C : untuk kuatkan antibodi, dan legakan tekak. Boleh gantikan dengan buah oren kerana sekarang out of stock di seluruh Msia






Thursday 26 July 2018

VITAMIN C MURAH DAN BERKUALITI. RECOMMENDED

Salam,

Antara supplement yang menjadi rutin harian saya sejak anak dara sehingga menjadi ibu sekarang adalah VITAMIN C

Sebelum mengambil keputusan untuk menambah vitamin C dalam diet seharian saya, saya kaji dulu mengenai kriteria vitamin C terbaik untuk badan kita

Tahulah saya, vitamin C yang bagus haruslah terkandung BIOFLAVANOID (boleh tengok pada ingredient) dan bersifat sustain release. Dimana ia dilepaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh dalam masa 5-7 jam. Jadi badan kita mendapat khasiat vitamin C secara berterusan

Jadi vitamin C manakah yg menepati kriteria diatas. Maka saya bertemu dengan Shaklee VITAMIN C SUSTAIN RELEASE




Dalam buku Five Basic by Dr Bruce Miller salah satu panduan memilih Vitamin C ialah:
  • Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids"

Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C.


Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
1. anti-radang
2. anti-alergi
3. anti-virus
4. anti-kanser


Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. mempunyai kesan antibakteriai
3. menggalakkan peredaran darah
4. merangsang pengeluaran hempedu
5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. merawat dan mencegah katarak
7. bertindak sebagai antihistamin
8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. mengurangkan gejala herpes mulut


Dan kenapa saya memilih Shaklee berbanding jenama lain di pasaran selain harganya yang sangat mampu milik?



Sebotol vitamin C Shaklee berharga RM92 sebotol dan ada 180 biji tahan selama 6 bulan penggunaan





Sunday 1 July 2018

Dr Hamid Arshat: Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu

Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu.

Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.

Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Di antaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber: Dr Hamid Arshat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...