Showing posts with label Milk Booster Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Milk Booster Shaklee. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Breastfeeding Mom: Tips Diet & Pemakanan Semasa Menyusu Badan


Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 



Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 


Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 




Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 


Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 


Cadangan supplement zat besi



Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. 


Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 


Info artikel: SINI





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, 17 January 2014

Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

Assalamualaikum, kali ini nak share tentang kebaikan protein dan sedikit pengenalan mengenai ESP Shaklee

Protein adalah asas kehidupan sel-sel tubuh kita. 25% daripada tubuh kita terdiri daripada protein - kuku, rambut, kulit dan otot. Oleh itu, secara tidak langsung, protein juga adalah 'makanan' kepada sel-sel tubuh kita. Tubuh kita memerlukan protein yang cukup dan juga berkualiti demi membantu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak, mengganti sel-sel yang lama dan membina sel-sel baru yang sihat. Sel-sel tubuh yang sihat pula penting demi membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam tubuh kita.





Risiko kekurangan protein
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.




Kelebihan Energizing Soy Protein 
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...