Showing posts with label Set Wanita Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Wanita Shaklee. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

Kisah benar: Wanita, Suplemen dan Kecantikan

Anti supplement??? Itu lah diri saya suatu ketika dahulu.

Bila mana saya selalu tengok kawan saya setiap hari makan supplement. Biasalah masa sambung master dulu bergaul dengan ramai kawan2 yg lebih berumur dan masa dulu dalam kelas i'm the youngest yang sambung master dulu.

Tapi ada sorang kawan ni nampak mudaaaa je compare dengan umur dia. Memang orang tak percaya. Actually dia dh 40s almost nak masuk 50s, masa saya belajar dulu la sekarang dh 50 la kot lama dah tak jumpa kawan ni.

Tapi energy dia tak menunjukkan dia seorang yang reaching the age of 50s. Memangla nampak wrinkle tu tapi still memang kalau teka umur korang mesti salah teka punyelah. Saya agak close dengan dia since we are in the same class. Selalu hari-hari nampak dia makan supplement.

Masa tu saya tak tahu pon kepentingan supplement ni. Memang anti giler. Sebab bagi saya supplement tu adalah ubat, bila ubat saya assume ade chemical and bila.ade chemical saya assume memang boleh rosakkan ginjal. Kolot sungguh time tu!

Bila saya luahkan ape yang saya rasa pasal supplement kat dia. Sebab bagi saya..kita dah makan kot..makan sayur..makan buah..tapi bila saya membebel-bebel tu dia hanya tersenyum je.. then lepas tu barulah dia bersuara.. dia tanya..

You makan sayur-sayuran yang fresh ke yang goreng?
Saya cakap takde maknenye lah kalau yang tak digoreng kan?

You makan cukup x nutrisi yg dicadangkan untuk setiap hari mengikut keperluan badan?
Saya jawab..for sure la tak kan. Tapi makan la jugak daripada tak makan langsung.

Dia cakap, ape yang kita makan sebenarnya belum mencukupi apa yang badan kita perlukan setiap hari. Sebab tu badan kita cepat penat dan lemah. Asal balik keje mesti terbongkang..otak dah tak boleh nak fikir dengan baik dah sebab badan dah lemah dan otak pun lemah nak berfikir..

No wonder la dia memang genius, seriously babe. Semua benda dia tahu bila masa dia membaca pun saya tak tahu. Ingatan pun kuat, dah tua-tua pon ingatan kuat lagi. Kalah org muda dan dia memang seorang yang fokus.

Katenye bila badan sihat, otak akan lebih cergas..dan akan lebih fokus. Sebab tu bila bagi anak3 makan Mealshake mereka boleh fokus dalam kelas sebab badan dan otak mereka ready untuk terima sebarang input.

Dan yang penting, kawan saya ini pengguna Shaklee tegaaaaarr dari zaman dia awal 30an lagi. Dan dia pon active sports tau even dah tua-tua ni. Jangan tak percaya.. percayalah!

Sejak dari tu saya cuba Shaklee. Memang lain sangat before dan after makan supplement. Kalau tak makan supplement memang rasa ade benda tak kena dengan badan.

Lagi satu katenya, orang perempuan lagilah sangat-sangat wajib ambik supplement. Sebab bila dah berkahwin dan ada anak, nak bagi anak tu sihat, mak kena makan makanan yang berzat tinggi. Bukan makanan yang dah tercemar dengan hasil goreng-gorengan yang zat dia dah mati. Kalau tak makan supplement.. tuggulah..masuk anak ke 3 ke 4.. gigi tu sebatang sebatang luruh.. nak tayang depan laki dengan gigi rongak?

Hahaha.. berani???? Sekarang tak rasa la.. nak gigi rongak dulu ke atau nak prevent gigi dari rongak? Kajian dah banyak dah orang buat ini.. kalau tak percaya jugak.. den takleh kata apa la.


Sumber: dari blog PM Cery, (juga dipetik dari FB anak buah beliau, Nani)



Disalin dari group.

Tuesday, 6 May 2014

Kegatalan Pada Bahagian Faraj - Rawat dengan Supplement Shaklee

Kegatalan pada faraj sehingga memaksa anda menggaru dengan kuat? Kesannya kawasan terlibat menjadi pedih terutama sekali ketika membuang air. Adakah anda pernah mengalami situasi ini. Nasihat saya jangan sesekali ambil remeh hal berkaitan alat sulit ini. Mencegah lebih baik dari merawat kan. 



Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.


a) Infeksi

Kegatalan faraj juga disebabkan infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).


b) Kudis buta

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.



Rawatan


Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.

Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Hanya dengan cara meniadakan penyebab gatal-gatalnya, keluhan yang biasa mengganggu tidur malam itu, boleh diredakan. Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen.

Sumber artikel: SINI


Tips dan panduan untuk mengelakkan masalah berulang atau terjadi (sumber: SINI)
  • Elakkan guna sabun/feminine wash. Ini boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan ia boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj hingga menyebabkan rasa gatal 
  • Elakkan guna tissue yang wangi pada faraj (yang biasa digunakan untuk mengelap)
  • Amalkan mencuci faraj dari depan ke belakang, iaitu dari lubang kencing ke bawah, bukan bawah/belakang ke atas/depan. Ini untuk mengelakkan terkena lubang dubur (yang ada bakteria) ke dalam lubang kencing/faraj
  • Tukar pakaian dalam dan lain-lain secepatnya apabila lembab. Pastikan pakaian dalam anda adalah kering. Pakaian terutama seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah gatal
  • Pastikan kawasan faraj kering dan bersih sentiasa - seluar dalam sering ditukar setiap hari, guna jenis cotton atau hypoallergenic
  • Kurangkan berat badan jika berat berlebihan


Shaklee juga menawarkan cadangan supplement yang membantu mengatasi masalah kegatalan pada faraj yang disebabkan oleh masalah keputihan yang melampau. Berikut ialah cadangan supplement dan bagaimana supplement berikut membantu mengawal masalah keputihan.


a) GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


b) Alfalfa Complex (recommended)
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

c) ESP (Optional)

ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baiksemua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan, fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...