Showing posts with label Tips banyakkan susu ibu semasa puasa. Show all posts
Showing posts with label Tips banyakkan susu ibu semasa puasa. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

Journey to Breastfeeding: Menyusu Anak Menurut Perspektif Islam



Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan penyambung zuriat keturunan. Bagi ibu hamil saat si kecil menendang perut ibu adalah pengalaman terindah dalam hidup. Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan, mana-mana ibu pasti berkata “Tiada rasa sakit sehebat sakit melahirkan anak”.

Saat lahirnya si kecil dan diletak dalam dakapan ibu, automatik hilang semua rasa sakit tadi. Yang ada hanya air mata kegembiraan apabila melihat wajah si comel. Dan bermulalah tugas paling murni buat si ibu iaitu menyusukan anak.

Penyusuan susu ibu ini ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam diri seorang wanita.

Secara azalinya, seorang bayi mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan (jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran. Dari sudut rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu dalam dunia asing yang serba baru baginya.

Maka sebab itulah, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:


“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anak ni. Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T buat ibu-ibu yang menunaikan kewajipan untuk menyusukan anak. Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid di mana ustaz itu memberitahu seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.

Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda

“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.

Begitulah pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif Islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu-ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ibu semasa buat check-up anak dan mereka terkejut saya masih fully breastfeed baby. Mereka dah lama stop sebab katanya leceh bila dah bekerja. Nak kena pump la. Jadi senang bagi formula je. Itu terpulanglah pendapat ibu masing-masing kan. Bukan hak saya untuk menilai orang. Tapi sabda Rasulullah di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa wajibnya ibu untuk berusaha menyusukan anak selagi mampu.
 
Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akan akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu kali pertama menyusukan anak kan. Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betul tak mommies?

Set Menyusu Shaklee: Set Basic dan Set Lengkap: Klik SINI


Saturday, 21 June 2014

Testimoni Performance Drink: Berpuasa Tanpa Menggangu Penyusuan



Antara testimoni yang mengamalkan Performance Drink semasa berpuasa:

"Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang" ~Mommy Lyna

"Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga" ~genki Momma

"Saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun" ~PM Cery




"Rupanya penat berpuasa masa breastfeed baby adalah lapan kali penat puasa time pregnant ok.saya pun cuak juga before puasa, takut2 kalau bekalan susu merudum takut letih sangat2 ke jadi saya pun membeli Performance Drink dari kak laila..saya start minum masa hari kedua yang saya tak puasa tu la sebab saya rasa masa tu saya dehydrate kot tu yang pening2 mane taknye, lepas berbuka pukul 8 malam terus tidur sampai sahur,memang tak sempat nak minum air banyak2 alhamdulillah sejak tu saya rasa ok, dah tak berapa letih yang penting bertenaga sepanjang hari, boleh meeting sana sini, jalan sana sini tak macam first day puasa, pucat lesi, pening, nak tumbang la. hoh lembik macam sotong" ~dicopy dari blog zaza (mom of syaura, baby dia baru 5 mons ++, so fully breasfeed)

"Alhamdulillah lain rasanya, lebih bertenaga selepas minum Performance Drink. Saya minum waktu sahur & berbuka. Beginilah berniaga, selalu terdedah tengah panas. Tak lah rasa kering sgt tekak & kepala pun tak pening. Alhamdulillah. Semua keluarga minum Performance Drink. Saya juga cadangkan pada kawan2" ~Puan Saadiah (berniaga dibulan Ramadhan) 

"Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka. Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih ah. Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue" (dicopy dari blog Kunaz (mom of Irfan 3 mons - fully breastfeed baby)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...