Showing posts with label Vitamin B-Complex. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B-Complex. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Set Mengandung Shaklee - Nutrien & Vitamin Penting Bagi Ibu Hamil

Ibu hamil pasti tercari-cari supplement yang bersesuaian untuk diambil sepanjang kehamilan. Nasihat saya jika anda sedang mengambil supplement kecantikan bercollagen dan sebagainya yang berlambak dipasaran konon bersesuaian dengan ibu hamil. FIKIR SEMULA.


Point Utama:

a) Multivitamin - penting untuk kesihatan ibu dan membina darah merah bagi mencegah kurang darah
b) Kalsium - untuk membina tulang bayi dan memastikan keperluan kalsium ibu dan bayi mencukupi.
c) Folic Acid - membina sel-sel janin
d) Fish Oil - sumber omega 3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi berkembang





OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard - Fish Oil) - 1 biji sehari (diambil pada trisemester 2&3)

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin Shaklee) -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.




Buntu supplement mana yang patut diambil. Set asas juga disediakan. Boleh consult dengan saya mengkiut bajet dan keperluan anda. 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday, 14 January 2014

Set Weight Gain Shaklee: Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Assalamualaikum 14 January 2014. Alhamdulillah hari ini tarikh 12 RabiulAwal Nabi Muhammad S.A.W kita dilahirkan. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad kita.

Berbalik kepada tajuk entry diatas, saya pasti ramai mengalami masalah kekurangan berat badan. Bukan semua orang sibuk nak tambahkan berat badan. Okay mari saya bawa anda kenal lebih mendalam mengenai set tambah berat badan Shaklee.

Kurus kering | Skeleton bergerak | Macam lidi: adalah panggilan biasa bagi si bertubuh kurus kering


Di Shaklee, ada 3 jenis suplemen yang dapat menaikkan berat badan secara sihat dan semulajadi iaitu dengan Vita-Lea , MealShakes dan B- Complex

BAGAIMANA SET WEIGHT GAIN SHAKLEE INI MEMBANTU ? 

1. VITA-LEA : 

❀ Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
❀ Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya 
❀ Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita) 
❀ Memberi tenaga agar tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. 


2. MEAL SHAKES : 

❀ Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
❀ Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dgn protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll 
❀ Kaya kalsium, fiber dan protein. 
❀ Membantu menambah selera makan 
❀ Membantu memberi badan rasa bertenaga. 
❀ Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan 
❀ Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT) 
❀ Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit 
❀ Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa 

3. B COMPLEX : 

❀ Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. 
❀ Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan 
❀ Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular 
❀ Mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 







Untuk menambah berat badan, kita juga perlu mengambil lemak sihat. Lemak sihat boleh didapati daripada beberapa jenis ikan seperti salmon, sardin, herring, tenggiri dan tuna, yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Lemak ikan juga bagus untuk membantu pertumbuhan, perkembangan fungsi otak, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kita boleh memilih Omega Guard Shaklee untuk mendapatkan lemak sihat secara instant.

Lihat testimoni set tambah berat badan: SINI
Lihat cadangan jadual pemakanan Set Weight Gain: SINI




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Saturday, 11 January 2014

Kepentingan Asid Folik Sepanjang Kehamilan & Merancang Hamil

"Teringat kata-kata kakak saya semalam, kerana keinginan untuk dapatkan cahaya mata selepas beberapa minggu berkahwin, beliau amalkan Asid Folik. Sebulan selepasnya, dapat khabar gembira dan hari ini anak buah kesayangan saya genap sebulan satu hari. Alhamdulillah auntie ieyka love baby Zhafran so mucho!" ok jom baca manfaat asid folik untuk hamil dan ketika awal kehamilan


Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen yang ada  FOLIC ASID?
Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

Vitamin B-Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.




Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)? 
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saturday, 4 January 2014

Vitamin B-Complex Shaklee

Perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
  • Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
  • Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
  • B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
  • Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
  • Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
  • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
  • Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.
Khasiat utama vitamin B-Complex
1. Menukar makanan kepada tenaga
  • Membantu penghadaman
  • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut
5. Baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
6. Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9. Detoksifikasi
  • meredakan alahan
Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
  • mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
  • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
  • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
  • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN
  • B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan

Set Lengkap Kecantikan Shaklee & Testimoni : Klik SINI

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...