Showing posts with label tips hilangkan dengkur. Show all posts
Showing posts with label tips hilangkan dengkur. Show all posts

Wednesday, 10 August 2016

Punca Dengkur : Minyak Kelapa Dara Treenea Boleh Membantu

via FB Dr Zubaidi Hj Ahmad : SEBAB BERDENGKUR

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat kesan minum alkohol atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.

Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.

Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar juga mudah berdengkur.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan juga mudah tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam sehingga mengakibatkan dengkuran.

Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.



                                **************************************************





Kaitan VCO dan dengkur. Bagaimana VCO MEMBANTU merawat dengkur?

♥ Dengan amalkan memakan VCOA Treenea ia boleh menghilangkan bunyi dengkuran ketika tidur.

♥ Ini kerana VCO bertindak menghasilkan sel-sel baru & bukan sahaja bertindak pada kulit malah turut mengembalikan keanjalan & elastik pada saluran pernafasan & anak tekak. 

♥ Apabila otot2 di belakang mulut kembali anjal & elastik maka saluran pernafasan kembali luas & memudahkan aliran keluar masuk udara ketika tidur.

♥ Secara tak langsung membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong seterusnya mengurangkan dengkur!

♥♥♥ VCOA Treenea juga menyembuhkan masalah sinus, mengurangkan berat badan berlebihan yang juga menjadi faktor utama tidur berdengkur



RM40 (SM) RM43 (SS) - 60biji
RM75 (SM) RM78 (SS) - 120biji

RM40 (SM) RM43 (SS) - Jenis cecair perisa original 180ml
RM45 (SM) RM48 (SS) - Jenis cecair perisa nenas 180ml




Hubungi admin: 013-734 2887 secara SMS/Whatsapp untuk tempahan

Monday, 2 February 2015

Pil/Vitamin Dengkur Anda: Ditegur suami kerana dengkur: Wanita Tidur Berdengkur

Salam,

Boleh saya katakan hampir kebanyakan regular customer saya adalah mereka yang mencari supplement kurangkan dengkur. Tak terkecuali wanita tau. Setelah ditegur suami, beliau nak cepat-cepat cari alternatif untuk kurangkan dengkur. Siapa tak takut suami lariii oiii. 


Before kahwin memang boleh terima, 
Dah lepas kahwin sakit telinga la.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebut saja tentang berdengkur, kita akan membayangkan simpton ini membabitkan kaum lelaki sahaja 

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu di sebalik ribuan lelaki, wanita juga berdengkur ketika tidur. Bagi kebanyakan wanita, berdengkur tanpa disedari ketika tidur adalah sesuatu yang memalukan tambahan pula apabila ditegur oleh suami atau rakan sebilik.

Disebabkan teguran, rasa malu dan berdengkur boleh mengganggu ketenteraman dalam bilik tidur, kaum hawa akan berusaha sedaya upaya menjalani pembedahan bagi menghindarinya.

Malah bilangan mereka mengikut nisbah 3:2 atau setiap tiga lelaki, dua wanita datang ke hospital untuk merawat penyakit berdengkur membuktikan bahawa wanita turut mengalami simpton ini.

Ketua Jabatan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani ketika mengulas perkara ini berkata, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini.



Menurut beliau, selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Berdengkur terjadi disebabkan saluran pernafasan tersumbat dan ia berkait rapat dengan hidung, lelangit dan anak tekak.

Katanya lagi, perkara ini sering berlaku kepada mereka yang suka tidur terlentang hingga mengakibatkan otot-otot pada lelangit dan lidah mengalami kerehatan penuh hingga mengecil serta menyumbatkan injap saluran pernafasan.

Seterusnya, apabila mereka menarik nafas, angin yang masuk dalam ruang sempit akan menyebabkan berlakunya dengkur.

Tambah beliau lagi, biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur.

Katanya, walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnoea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

Beliau yang mengkelaskan berdengkur kepada tiga peringkat:-

  1. Berdengkur peringkat pertama ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
  2. Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
  3. Ketiga, berdengkur yang serius diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil sleep apnoea.

Jelasnya lagi, kebanyakan wanita tergolong dalam kelas pertama dan kedua dan mereka jarang sekali mengalami dengkuran yang serius.


Menurut beliau, mereka yang mengalami keletihan juga boleh mengakibatkan berdengkur.

Golongan ini katanya, dikelaskan dalam berdengkur ringan kerana hanya berdengkur sekali sekala dan bukannya setiap malam. Disebabkan terlalu letih di siang hari, jelasnya, mereka akan berdengkur apabila otot-otot di bahagian leher kepala dan mulut mengalami kerehatan yang berlebihan.

Ini juga berlaku kepada individu yang suka meminum minuman keras.

Setiap kali beliau menemui pesakit, pertanyaan yang akan diajukan sama ada mereka mengalami mengantuk yang berlebihan pada waktu siang.

Ini kerana katanya, gejala mengantuk itu menandakan pesakit mengalami sindrom sleep apneoa.

Katanya lagi, para pesakit boleh mengesan sendiri simpton ini apabila mereka sering tertidur tatkala memandu, menaiki bas atau membaca.

''Selain itu, berdengkur boleh dikesan ketika mereka yang menjalani pemeriksaan fizikal mendapati anak tekak dilelangit lebih panjang daripada biasa sehingga mencecah lidah,'' katanya lagi.

Selain itu ujar beliau, ia boleh dikesan apabila anak tekak itu bengkak dan merah.

Menurut beliau, rawatan akan dilakukan untuk membuka ruang pernafasan yang telah tersumbat dengan pembedahan.

Cara lain atasi berdengkur:
  • Dr. Abdullah Sani menasihati mereka yang berdengkur supaya tidak tidur terlentang tetapi tidur mengiring.
  • Kaedah lama pula dengan cara menjahitkan poket di belakang baju atau seluar dan masukkan bola tenis ke dalam poket yang telah dijahit.
  • Cara ini boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika tidur khususnya kepada mereka yang suka tidur terlentang dan mengelakkan berdengkur.
  • Sebagai mengakhiri perbualannya beliau memberitahu, dengan membeli bantal yang direka khas seperti contour pillow boleh menghindarkan masalah berdengkur. Bagaimanapun katanya, doktor tidak dapat memastikan sama ada ia boleh dihindarkan sepenuhnya ataupun tidak.

Oleh: HAFIDAH IBRAHIM (SINI)

Pilihan customer saya adalah seperti dibawah

Minyak Kelapa Dara Treenea - best seller

Vitamin E Shaklee

Saturday, 27 December 2014

Vitamin Dengkur Anda: Tips Kurangkan Dengkuran Suami Anda Dengan Vitamin Shaklee

Salam 27 December 2014. Semoga Allah mempermudahkan semua mangsa banjir di Pantai Timur. #prayforpantaitimur

Jika anda merupakan pasangan yang baru berkahwin, anda pastinya terkejut dengan pasangan anda yang tidur berdengkur. Malahan ada pasangan yang terganggu tidurnya diwaktu malam kerana bunyi bising dengkur pasangan terutamanya sang suami sendiri. Sebagai isteri anda perlu membantu untuk kurangkan dengkuran suami. Berikut saya kongsikan tips bagi mengurangkan dengkuran suami. 




1) Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2) Turunkan berat badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3) Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

4) Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Tips kredit kepada http://vitamineshoppe.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun jika semua tips di atas telah dicuba tetapi masalah berdengkur belum berjaya diatasi, cuba amalkan pengambilan Vitamin E, B complex dan Ostematrix (tablet kalsium) dari Shaklee. Kesemua vitamin ini Vitamin terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kecantikan, kesihatan jantung, awet muda dan ia juga mampu membantu kurangkan dengkuran suami.

Jom kita lihat apa kelebihan & fungsi utama vitamin E.
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Melancarkan perjalanan darah



VITAMIN E UNTUK DENGKUR

VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien

Harga sebotol Vitamin E -- RM149 (120 biji). Anda boleh terus SMS/WA saya di 013-7342887 untuk harga super duper istimewa beserta consultation + panduan cara makan yang betul


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...