Saturday 17 May 2014

Tiroid: Jenis, Punca, Gejala & Rawatan, Cadangan Pemakanan

TIROID boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi jika ia menyerang pada ibu hamil. Ini kerana risiko terhadap bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Kelenjar tiroid terbahagi dua. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.




Dua Jenis Tiroid

a) Aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.

b) Aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. 

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.



Punca:
  • kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
  • kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran
  • goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid
  • radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid
  • genetik
  • Autoimmune Graves Disease

Gejala/Simptom Hipertiriodisme
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar/berdebar/
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata / penglihatan terjejas
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • tubuh badan lemah & osteoporosis
  • selera makan bertambah

Gejala/Simptom Hipothiroidisme:
  • kaki bengkak
  • kurang tenaga / badan rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan (boleh akibatkan masalah jantung jika tidak dirawat)
  • kemurungan / malas/kuat tidur
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering / rambut gugur/ sembelit
  • beguk / suara serak
  • nafsu seks turun

Rawatan pesakit tiroid:

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.


Cadangan supplement Shaklee

Apakah supplement Shaklee yang menjadi pilihan untuk pesakit tiroid ini???
  •  HIPERTIROIDISME (TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA)
= VIVIX
= ESP
  • HIPOTIROIDISME  (TIDAK BOLEH AMBIL ESP)
= VITALEA
= VIT E COMPLEX
= OMEGA GUARD
= B COMPLEX





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


1 comment:

  1. sekarang mama saya konsisten vivix, omega & bcomplex.. kalau dia tidak minum vivix dalam sehari dia pandai semput.. kalau tda ambil omega jantung dia berdenyut sangat laju.. syukur ada ikhtiar dengan produk Shaklee :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...