Sunday, 2 March 2014

Set Rambut Gugur Shaklee: Merawat Keguguran Rambut Teruk Selepas Hamil

 


"Ya Allah teruk sangat la rambut gugur after deliver nie"
"Baby dah start main buih kat mulut. Aiyarkk habis la botak lagi rambut mama"

"Serum pun tak jalan nie still gugur teruk jugak"


Keguguran rambut adalah sesuatu yang menggangu kesihatan kepala kita, dan bagi saya ia amat merisaukan saya. Mungkin faktor bertukar syampu menjadi penyebab keguguran rambut. Entry kali ini saya ingin menyentuh tentang keguguran rambut yang teruk selepas hamil.

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Keguguran rambut ini juga terbahagi kepada dua iaitu keguguran normal dan tidak normal. Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

9 Perkara Mengenai Keguguran Rambut: 

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.




Bagaimana mengatasi masalah ini?

a) Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
b) Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
c) Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
d) Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.



Set budget keguguran rambut: Saya cadangkan anda ambil ESP + Zinc. Kedua supplement ini sangat-sangat membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut. Sekiranya anda mempunyai extra budget full set dan rangkaian hair care Prosante adalah jawapan kepada penyelesaian rambut gugur anda.

Testimoni:






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...