Showing posts with label Set Berhenti Rokok Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berhenti Rokok Shaklee. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Buntu cara terbaik untuk menghilangkan ketagihan merokok anda atau pasangan anda? Alhamdulillah ramai yang berikhtiar dengan VIVIX Shaklee menunjukkan respons positif apabila rokok yang dihisap terasa PAHIT BAK HEMPEDU

Jom berkenalan dengan supplement terbaik dari Shaklee. Sedikit pengenalan mengenai VIVIX

VIVIX ialah produk Shaklee berbentuk cecair yang mengandungi ribuan antioxidant di dalamnya. Vivix mengandungi campuran unik botanik Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Vivix Shaklee mengandungi 2 bahan anti penuaan terunggul di dunia iaitu Resveratol dan Polifenol



Rokok mengandungi nikotin. Nikotin merupakan salah satu bahan toksik di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan. Nikotin adalah salah satu radikal bebas yang boleh merosakkan DNA di dalam badan. 

Setiap sel kita mengandungi DNA. DNA merupakan bahan asas menentukan sel-sel terbentuk dengan sihat. Jika DNA dan rosak, maka sel-sel pun rosak. Akibatnya, akan berlaku mutasi DNA. Sel-sel yang mengandungi DNA mutasi akan membentuk kanser atau penyakit-penyakit lain.

Bagaimana Vivix Shaklee memulihkan DNA seorang perokok tegar?

Secara ringkasnya, Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, Vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu perokok tegar berhenti merokok?

Dengan pengambilan Vivix Shaklee selama 2 minggu secara berterusan, InshaAllah boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya. Vivix Shaklee akan menyebabkan anda secara automatik tidak mahu merokok lagi sebab setiap kali anda merokok, rokok tersebut akan rasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri akan menolak rokok secara automatik. Bukan itu sahaja, dengan pengambilan Vivix Shaklee, anda bukan sahaja boleh berhenti merokok, bahkan anda juga akan bertambah berseri dan nampak muda. Kenapa? Sebab Vivix Shaklee merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. Menarik kan???









Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Friday, 2 May 2014

DTX Complex Shaklee -Tonik/Supplement Untuk Hati Yang Sihat

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata "Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita." Sirosis dan kegagalan fungsi hati adalah antara penyakit berkaitan hati.



Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.



Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya*.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)



Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit
Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday, 27 April 2014

Sakit Jantung - Pembunuh No 1 Di Malaysia

5 August 2006. Perginya ayahanda tersayang akibat serangan jantung. Ketika itu saya berusia 18 tahun. Allahuakbar remuk hati seminggu saya ponteng sekolah Form6 ketika itu. Bertahun saya cuba tahan dari mengalirkan air mata setiap kali ada mulut-mulut yang bertanyakan arwah ayah tapi gagal. Tak pernah saya sesensitif begitu sekali. Alfatihah buat arwah ayahanda (1953-2006)

Saya kini aktif mencuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sementelah arwah nenek juga pergi kerana serangan jantung.



Tahukah anda, sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. 

Tanda sakit jantung

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan. 


Faktor serangan sakit jantung

a) Merokok - 3-6 kali lebih tinggi menghadapi serangan (perokok tegar berpotensi sangat tinggi) - kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

b) Tekanan perasaan - degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat.

c) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 

d) Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.



Cadangan pemakanan yang bersesuaian

a) Tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. 
b) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. 
c) Pengambilan supplement/vitamin yang membantu kesihatan jantung. (Omega Guard + CoqHealth Plus Shaklee - Set Jantung Shaklee)

Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya :-

a)  Membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok.
b) Mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. 
c) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan memakan makanan yang pedas 
d) Menolak tawaran rokok daripada orang lain. 
e) Ambil vitamin bersesuaian bagi mengurangkan ketagihan merokok. Set Berhenti Merokok Shaklee telah membantu ramai perokok diluar sana kurangkan ketagihan nikotin seterusnya berhenti merokok

Tingkatkan aktiviti senaman seperti berjoging, menghadirkan diri ke gimnasium dan sebagainya. Ini kerana aktiviti bersenam mampu mengurangkan risiko sakit jantung. 

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah:

a) Senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. 
b) Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. 
c) Mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. 
d) Lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. 
e) Pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. 
f)  Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.


p/s: Sebahagian info diperolehi dan diolah dari SINI. Semoga bermanfaat 


Sunday, 24 November 2013

Vitamin Buat Si Perokok Tegar ( Set Berhenti Merokok Shaklee)

Assalamualaikum... terpanggil nak berkongsi tentang rokok dan merokok. cuba kita audit adakah orang terdekat kita dekat dengan roko dengan erti kata lain penghisap rokok. Teringat kata-kata seorang rakan sekuliah dahulu "hisap rokok boleh hilang stress..lagi-lagi stress kerja" hurmmm saya pasti kebanyakan yang menghisap rokok mempunyai alasan yang sama. 

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.








Ada yang nak sangat berhenti tapi menyatakan bahawa ianya SUSAH & PAYAH. Sabarlah, perlahan-lahan. Terlalu drastik takut anda hanya mampu bertahan sekejap sahaja tanpa rokok. Berubahlah demi kesihatan yang lebih baik. Perokok sekunder juga terjejas kesihatan kerana anda.

Kesan Jangka Panjang Bagi Si Perokok:
- Barah ( contoh: paru-paru, payudara, mulut, tekak dan usus)
- Penyakit jantung
- Angin ahmar/ strok
- Penyakit berkaitan paru-pari ( contoh bronkitis, lelah dsb)
- Penyakit mulut dan gusi
- Ulser (perut, peptic)
- Osteoporosis
- Kemandulan
- Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
- Mati pucuk

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak




Di Shaklee kami mempunyai beberapa supplement cadangan sesuai untuk anda yang ingin berhenti merokok secara sihat dan kekal. Anda tidak perlu mengambil semua supplement cadangan dibawah. Pilihlah mengikut kesesuaian anda. Untuk mengetahui set yang sesuai untuk anda boleh terus hubungi saya dan saya akan consult mengikut keperluan dan budget anda.

Berikut antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

Antara testimoni pengguna Vivix dari si perokok tegar



 
Berikut adalah hasil perkongsian Rakan Shaklee Golden Lounge. Credit to Mama Fisha.

Salam warga SGL semua.. Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...

Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...