Friday 31 January 2014

Sijil Halal Shaklee bagi Tahun 2014

"Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" [HR al-lmam Muslim]


Produk Shaklee telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA). Boleh rujuk di SINI untuk info lanjut tentang ISA.

“Halal certifiers in the USA are many, but very few are internationally recognized. Islamic Services of America (ISA) is unique in that it is recognized as a legitimate certifier for products and ingredients requiring Halal certification worldwide. 

To gain access to worldwide markets and ensure your company’s success, get your Halal certification from a source globally recognized in over 70 countries - I.S.A. I.S.A. has been recognized by LP POM-MUI, AIFDC-ICU, MUIS, Jakim and D.V.S. in Malaysia since their inceptions. Southeast Asia represents the world’s most stringently enforced Halal standards. Their continuous recognition demonstrates I.S.A.’s commitment to the highest Halal standards while simultaneously making the certification process as seamless as possible for businesses.

Sijil Halal bagi tahun 2014


Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Jom semak di web Halal

Semak di SINI. Saya sertakan printscreen yang saya semak sendiri diwebsite halal jakim





Maka tiada keraguan. Shaklee sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi. Yang penting Halalan Toyyiban!



18 Fakta Tentang Shaklee (SELAMAT SEMULAJADI BERKESAN)

PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu. Maka anda harus memilih supplement yang bersumberkan semulajadi, selamat dan berkesan. Jawapan ada pada SHAKLEE leboh 50 tahun dalam pasara




 Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral. Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”. Inilah sejarah bagaimana perkataan vitamin terhasil.

 Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.

 Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.

 Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayuran dan minima lemak dan gula.

 Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.

 Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.

 Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.

 Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.

 Shaklee menjalankan ujikaji klinikal sendiri terhadap produk-produk mereka. Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University) di mana kajian klinikal ini dijalankan ke atas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology.

 Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang-undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta-juta ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.

 Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua supplement semulajadi yang badan kita perlukan. Sebagai makanan, produk Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas, enzim dan juga pyhtochemicals (bahan kimia semulajadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti karotenoid, flavonoid)

 Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.

 Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana-mana makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan? 

 Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150 orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia.

 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee. Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.

 Setiap produk Shaklee mempunyai dokumen pengesahan.

 Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.

 Semua produk Shaklee dijamin berkualiti.

(Source from our Presidential Master Cery)





Thursday 30 January 2014

Testimoni Set Gout Shaklee

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. 

Baca SINI untuk ketahui lebih mendalam punca, gejala dan rawatan sakit gout. Pengambilan beberapa supplemen Shaklee berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.





Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat kami bantu. Namun demikian anda juga boleh memilih yang terbaik antara diatas. Budget mengikut pilihan anda. Jom lihat testimoni mereka yang berjaya mengatasi masalah gout. 




Lihat Set Gout Shaklee: SINI


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kenali Punca dan Gejala Penyakit Gout

Salam ceria. 

Penyakit gout mungkin tidak ramai yang ambil tahu kerana bukan semua mengalaminya kan. Pengalaman sendiri ada kawan sekerja yang mengalami penyakit ini memang boleh tahan. Sakit! Saya yang tengok pon tahu sakit apatah lagi beliau yang menanggungnya. Salah makan sikit siap! Merana nak ambil pain killer


Apakah Penyakit Gout?

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.


Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.





Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.


Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.





Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.


Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.

Rawatannya termasuklah:
  1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.

Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Sumber maklumat: SINI

Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?



Lihat Set Gout Shaklee: SINI Lihat testimoni Set Gout Shaklee : SINI




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



B-Complex: Manfaat & Kebaikan Mengambil B Complex Shaklee

Assalamualaikum Salam Ceria. Ramai pelanggan mencari Bcomplex untuk skin booster kerana ia membantu kearah kulit yang cantik, mood yang baik (anti stress), selain itu juga diambil oleh ibu hamil sebagai sumber folic acid dan ada juga yang mengambilnya untuk menambah selera makan. Jom berkenalan dengan vitamin B-Complex Shaklee ini. 

Tanda - tanda Kekurangan B Complex
  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi



Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

✔ B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

✔ Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

✔ Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 

✔ Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

✔ Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.




Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?

1) Menukarkan makanan kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Soal Jawab: Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee



Apakah AJHT?
 Satu formulasi yang menggabungkan bahan-bahan yang amat berkesan, bagi menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Klik SINI untuk lebih informasi mengenai AJHT

Siapakah yang memerlukan AJHT?
 Golongan dewasa (bukan sahaja warga emas) yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Juga kepada golongan muda yang mengamalkan gaya hidup lasak dan aktif.

Apakah ekstrak jagung?
 Esktrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina (gula amino dan merupakan blok utama bagi proteoglikan. Glukosamina ni, digunakan untuk membina tulang rawan (tulang lembut putih tu, macam selalu kita jumpa kt bahagian dada ayam), dan lender bagi melicinkan sendi. Juga, glukosamina mengandungi bahan yang dijumpai dalam tendon dan ligament.

Apakah Boswellia?
 Merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. AKBA (asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang merupakan bahan aktif utama Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Kenapa Boswellia istimewa?
 Kerana, ianya bukan sahaja mengandungi AKBA, malahan turut mengandungi unsur2 semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding AKBA sahaja.

Bolehkah ambil AJHT bersama Ostematrix?
 Boleh dan sangat baik juga jika turut digabungkan bersama Shaklee Collagen Powder dan Vivix.

Bagaimanakah cara pengambilan AJHT?
 Untuk hasil terbaik, ikut saranan 2 tablet sehari.

Mengapa ia bebas kondroitin?
 AJHT Shaklee tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak diserap dengan baik jika diambil secara oral (telan). Penyelidikan terbaru juga menunjukkan sulfat kondroitin boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil berasingan.

Mengapa AJHT mengandungi vitamin C?
 AJHT menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ianya merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan tisu2 penghubung yang lain dalam tubuh.

Mengapa AJHT mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
 AJHT menyumbang nilai harian 10% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan factor sampingan bagi enzim2 yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Adakah AJHT berasaskan sayur-sayuran?
 Ya.


Set Sendi Shaklee

Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


TIPS & CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Salam Khamis Salam Ceria!!

Makan vitamin tidak nampak kesan? Mahu tips berkesan pengambilan supplement agar berkesan? Jom semak tips dibawah.



1. Pengambilan air kosong dipandang remeh

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Sebab itu bila terlebih minuman manis, memang mudah GEMUK kerana tubuh lebih mudah membakar gula dari membakar lemak itu sendiri. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Tips pengambilan air: Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1L air. Maka jika anda berat 50kg perlu minum sekurang-kurangnya 2L air. 




2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa. 

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan nak pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.





3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat. (panduan umum makan vitamin klik SINI)

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin. (klik SINI untuk info, panduan umum makan vitamin klik SINI)

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.




✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ
3. HARGA TERLAJAK ISTIMEWA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...