Showing posts with label Advanced Joint Health Tablet. Show all posts
Showing posts with label Advanced Joint Health Tablet. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

Sakit Lutut Hilang Dengan Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Salam semua,

Ramadhan lagi beberapa hari nak menemui kita. Dah prepare yang terbaik untuk mak ayah agar mereka juga dapat menjalankan ibadah terawih dengan baik?

Semestinya ada ibu ayah kita mengadu sakit lutut tak boleh berdiri lama hatta didalam solat kan. Apa tugas kita sebagai anak bila dengar keluhan ibuayah tersayang?

Jom hadiahkan ibu ayah Advanced Joint Health Tablet Shaklee




10 kebaikan utama Advanced Joint Health Tablet Shaklee

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday, 30 January 2014

Testimoni Set Gout Shaklee

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. 

Baca SINI untuk ketahui lebih mendalam punca, gejala dan rawatan sakit gout. Pengambilan beberapa supplemen Shaklee berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.





Nampak banyak? Namun inilah yang paling asas dapat kami bantu. Namun demikian anda juga boleh memilih yang terbaik antara diatas. Budget mengikut pilihan anda. Jom lihat testimoni mereka yang berjaya mengatasi masalah gout. 




Lihat Set Gout Shaklee: SINI


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kenali Punca dan Gejala Penyakit Gout

Salam ceria. 

Penyakit gout mungkin tidak ramai yang ambil tahu kerana bukan semua mengalaminya kan. Pengalaman sendiri ada kawan sekerja yang mengalami penyakit ini memang boleh tahan. Sakit! Saya yang tengok pon tahu sakit apatah lagi beliau yang menanggungnya. Salah makan sikit siap! Merana nak ambil pain killer


Apakah Penyakit Gout?

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.


Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.





Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.


Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.





Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.


Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.

Rawatan Gout
Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.

Rawatannya termasuklah:
  1. Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  2. Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  3. Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.

Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Sumber maklumat: SINI

Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?



Lihat Set Gout Shaklee: SINI Lihat testimoni Set Gout Shaklee : SINI




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Soal Jawab: Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee



Apakah AJHT?
 Satu formulasi yang menggabungkan bahan-bahan yang amat berkesan, bagi menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Klik SINI untuk lebih informasi mengenai AJHT

Siapakah yang memerlukan AJHT?
 Golongan dewasa (bukan sahaja warga emas) yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Juga kepada golongan muda yang mengamalkan gaya hidup lasak dan aktif.

Apakah ekstrak jagung?
 Esktrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina (gula amino dan merupakan blok utama bagi proteoglikan. Glukosamina ni, digunakan untuk membina tulang rawan (tulang lembut putih tu, macam selalu kita jumpa kt bahagian dada ayam), dan lender bagi melicinkan sendi. Juga, glukosamina mengandungi bahan yang dijumpai dalam tendon dan ligament.

Apakah Boswellia?
 Merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. AKBA (asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang merupakan bahan aktif utama Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Kenapa Boswellia istimewa?
 Kerana, ianya bukan sahaja mengandungi AKBA, malahan turut mengandungi unsur2 semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding AKBA sahaja.

Bolehkah ambil AJHT bersama Ostematrix?
 Boleh dan sangat baik juga jika turut digabungkan bersama Shaklee Collagen Powder dan Vivix.

Bagaimanakah cara pengambilan AJHT?
 Untuk hasil terbaik, ikut saranan 2 tablet sehari.

Mengapa ia bebas kondroitin?
 AJHT Shaklee tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak diserap dengan baik jika diambil secara oral (telan). Penyelidikan terbaru juga menunjukkan sulfat kondroitin boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil berasingan.

Mengapa AJHT mengandungi vitamin C?
 AJHT menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ianya merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan tisu2 penghubung yang lain dalam tubuh.

Mengapa AJHT mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
 AJHT menyumbang nilai harian 10% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan factor sampingan bagi enzim2 yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Adakah AJHT berasaskan sayur-sayuran?
 Ya.


Set Sendi Shaklee

Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, 29 January 2014

Set Gout: Atasi Sakit Gout dengan Supplement Shaklee

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:-

1. Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
2. Stress dan tekanan perasaan
3. Pengambilan protein yang berlebihan
4. Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Baca SINI untuk ketahui lebih mendalam punca, gejala dan rawatan yang sesuai untuk pesakit gout. 




Penyakit gout akan bertambah teruk jika pesakit memakin makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan daging. Disebabkan itu adalah penting bagi penghidap penyakit gout untuk mengetahui punya dan sedaya upaya mengelak daripada memakan makanan tersebut .

Pesakit Gout amat memmerlukan air yang optimum di dalam badan. Air berfungsi untuk menyikirkan asid urik dari badan.Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan. 

Pengambilan beberapa supplemen Shaklee berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.



ALFALFA: untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan, membantu mengawal keseimbangan asid / alkali di dalam badan. Ia  tinggi kandungan protein dan mengandungi lapan enzim pencernaan. Ia juga membantu dalam mengatasi bengkak, sakit sendi, bengkak buku lali dan kaki. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

OMEGA:Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

PERFORMANCE DRINK: bagi memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET: memberi keselesaan kepada sendi. 


Lihat testimoni Set Gout Shaklee : SINI



Berminat untuk mencuba produk diatas? Full consultation and harga istimewa PM saya ya.


anda boleh:

✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ

Sunday, 26 January 2014

Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Assalamualaikum....biasa dengar ibu ayah kita mengeluh sakit sendi, sakit lutut, dan sebagainya? Anda silap jika mengatakan bahawa hanya warga berusia saja mengalami sakit sendi. 

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan:
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

"Fakulti Kesihatan Umum di Universiti Michigan menyatakan orang yang terlalu banyak berlutut atau berdiri setiap hari lebih mudah mendapat serangan radang sendi atau sakit lutut"

Hasil kajian yang disiarkan dalam American Journal of Industrial Medicine menunjukkan risiko radang sendi bergantung pada pekerjaan. Sebanyak hampir 30 peratus wanita bekerja sambil berdiri dan 21 peratus lelaki mempunyai pekerjaan yang memaksa mereka berlutut lebih daripada 14 jam bekerja. Golongan ini menghadapi risiko tiga kali lebih besar untuk mendapat radang sendi.

Menurut Dr Nizar, pengambilan suplemen antioksidan dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan memperlahankan proses penuaan.





Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.




1. Meningkatkan Keselesaan Sendi 

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya (lebih 5,000 tahun ~ merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis). Bahan aktif utama extrak Boswellia ialah Asid Boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulan rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. 
Kajian klinikal mendapati ekstrak boswelia dalam Advanced Joint Health Tablet berkesan dalam masa 5 hari pengambilan dan ia lebih berkesan berbanding jenama terkemuka Osteo Bi-Flex®1 dalam kategori yang sama.

2. Bertindak Sebagai Kusyen

Ekstrak Jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir (bendalir sinovial) bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, penggerakkan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara Tisu Penyambung yang Sihat


Zink, tembaga, mangan dan vitamin c membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan kompenan tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.





Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)



Berminat untuk mencuba produk diatas? Full consultation and harga istimewa PM saya ya.


anda boleh:

✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ

Saturday, 25 January 2014

Set Sendi Shaklee ( Set Ibubapa Paling Popular )

Entry kali ini akan menerangkan lebih mendalam mengenai Set Sendi dan juga dikenali antara Set Ibubapa yang popular ini dimana ia membantu mereka yang mengalami masalah sakit sendi. 

Itulah dia Set Sendi Shaklee dimana ia terdiri dari gabungan vitamin hebat Ostematrix, Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet.



Set Sendi Shaklee ini memperuntukkan 3 kaedah penting dalam memberikan kesihatan sendi dan tulang yang optimum

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara 
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Boswellia: tumbuhan herba yang tumbuh subur di India. Ia dilihat mampu memberikan banyak kebaikan kepada sendi kerana bahan ini bertindak sebagai ejen anti inflamasi dengan kehadiran asid boswellic.


Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 



Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.



Antara testimoni:- 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sakit sendi: Kenali Mendalam Mengenai Sendi Tidak Sihat

Assalamualaikum. Salam ceria Sabtu :)

Entry kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda set ibubapa popular Shaklee iaitu Set Sendi Shaklee






Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 
** Ketegangan
** Lenguh
** Bengkak 
** Kesakitan 
** Berkeriut atau bunyi klik bising


Apakah itu Osteoartritis?

Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.

Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.
Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.

Sendi-Sendi Yang Terlibat
  • Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga.
  • Tulang belakang.
  • Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.

Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  • Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  • Obesiti (kegemukan).
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi.




Sendi yang tidak sihat:

1. Rheumatoid arthritis (RA) 

•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 

•Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .

2. Osteoarthritis (OA) 

•Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 

•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

3. Seliuh

•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 

•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.


4. Tendinitis

•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. 

•Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Cara untuk melegakan kesakitan sendi:

## Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa & merosakkan organ-organ dalaman

## Pembedahan - mahal & pergerakan terhad

## Pengmbilan supplemen 




Set Sendi Shaklee



Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...