Saturday 27 December 2014

Tips Cantik Untuk Suami: Rawat Kulit Bermasalah Menjadi Licin Dan Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. 

Sekiranya anda sudah pun mendirikan rumah tangga, diminta anda masih berterusan mengekalkan kecantikan dizaman anak dara. Bukan untuk orang lain tapi untuk mata suami anda

Tidaklah berkelawar 24 jam, dengan muka berminyak sambut suami pulang dari kerja. Bercantiklah sentiasa dihadapan suami. Pasti suami lebih sayangggg. 

Tips Tambahan: Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Cantik Mempesona

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan kombinasi vitamin penjagaan untuk kulit cantik, saya ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan kita menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting istiqomah dalam amalan walaupun sedikit. 

Kaedah Pertama:
  • Amalan ini dilaksanakan selepas waktu solat Isya’
  • Tuang segelas air
  • Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
  • Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
  • Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

Kaedah Kedua:
  • Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.
  • Ya Badiyah sebanyak sekali
  • Ya Nur sebanyak sekali
  • Ya Hadi sebanyak sekali
  • Ya Allah sebanyak 3 kali
  • Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

Kaedah Ketiga:
  • Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini: 
  • Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
  • Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

tips credited to celikvitamin.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kombinasi Set Kecantikan Shaklee. My personal review, saya sangat-sangat berpuas hati dengan Set Kecantikan ini, masalah jerawat hilang (hanya sesekali muncul ketika mahu datang bulan), parut jerawat semakin pudar dan berkurang dan kulit kelihatan lebih bermaya. Tidak lagi kusam seperti dahulu. Seram saya bayangkan dengan kusam, jerawat timbul-timbul dan parut hitam. Thanks Shaklee. Alhamdulillah. 

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada kombinasi 3 vitamin cantik dan hebat untuk kulit anda kekal cantik dan gebu. Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin cantik iaitu ESP, GLA Complex dan Collagen Powder. Ingat ya semakin meningkat usia kita tidak terkecuali dari jeragat. Alhamdulillah setakat ini set ESP + GLA + Collagen Powder memang gandingan mantap untuk masalah jeragat


1. Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.

2. Vitamin E Shaklee 



  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Membaiki Parut – Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki bengkak dan ulser kulit. 

3. B-Complex



  • Anti stress - stress meningkatkan penuaan
  • Membentuk sel darah merah - Sel darah yang mempunyai oksigen yang cukup membantu memberikan kulit yang kemerahan 

Supplement tambahan (optional) tapi untuk hasil memuaskan anda boleh add on. Buntu nak pilih gandingan yang bersesuaian anda boleh hubungi saya terus ya 





*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Vitamin Dengkur Anda: Tips Kurangkan Dengkuran Suami Anda Dengan Vitamin Shaklee

Salam 27 December 2014. Semoga Allah mempermudahkan semua mangsa banjir di Pantai Timur. #prayforpantaitimur

Jika anda merupakan pasangan yang baru berkahwin, anda pastinya terkejut dengan pasangan anda yang tidur berdengkur. Malahan ada pasangan yang terganggu tidurnya diwaktu malam kerana bunyi bising dengkur pasangan terutamanya sang suami sendiri. Sebagai isteri anda perlu membantu untuk kurangkan dengkuran suami. Berikut saya kongsikan tips bagi mengurangkan dengkuran suami. 




1) Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2) Turunkan berat badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3) Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

4) Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Tips kredit kepada http://vitamineshoppe.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun jika semua tips di atas telah dicuba tetapi masalah berdengkur belum berjaya diatasi, cuba amalkan pengambilan Vitamin E, B complex dan Ostematrix (tablet kalsium) dari Shaklee. Kesemua vitamin ini Vitamin terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kecantikan, kesihatan jantung, awet muda dan ia juga mampu membantu kurangkan dengkuran suami.

Jom kita lihat apa kelebihan & fungsi utama vitamin E.
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Melancarkan perjalanan darah



VITAMIN E UNTUK DENGKUR

VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien

Harga sebotol Vitamin E -- RM149 (120 biji). Anda boleh terus SMS/WA saya di 013-7342887 untuk harga super duper istimewa beserta consultation + panduan cara makan yang betul


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday 25 December 2014

LEMAK IKAN BAIK UNTUK JANTUNG YANG SIHAT


Assalamualaikum.. Anda penggemar ikan? Jika tidak, persepsi anda pasti berubah selepas membaca artikel ini.

Harini nak berkongsi mengenai kebaikan minyak ikan. Atau lebih jelas lemak ikan. Bukanlah bermaksud "lemak" maka ianya tidak bagus dan tidak boleh diambil ya. Jom...artikel ni saya creditkan kepada empunya dibahagian bawah sekali ya.



MAKAN IKAN - JANTUNG SIHAT

Makanan laut adalah makanan yang baik dalam Islam dan ianya sangat istimewa kerana semua makanan laut adalah halal, sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud :

Rasulullah SAW bersabda tentang laut,"Airnya mensucikan dan halal bangkainya."

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa-ie,Ibnu Majah, dan Abu Dawud)

Jelas disini terbukti bagaimana benarnya sabda Nabi Muhammad SAW yang mempunyai rahsia dan hikmah yang akhirnya terbukti secara saintifik.

Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah dan paras kolesterol yang lebih rendah berbanding masyarakat biasa di Bandar di USA dan Eropah. Sedangkan, diet pemakanan masyarakat Eskimo ini amat tinggi dengan lemak dan minyak, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Makanan orang Eskimo adalah makanan laut terutamanya ikan.




Kajian juga menunjukkan penduduk Jepun yang merupakan ‘pemakan’ ikan yang terbesar didunia mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding masyarakat di USA. Pemerhatian yang serupa bagi masyarakat di Mediterranean yang banyak makan ikan dan makanan laut. Kesimpulan dari kajian tersebut menunjukkan bahawa ikan dan kebanyakan makanan laut adalah kaya dengan asid lemak omega 3.

Fenomena ini menjadi suatu ‘ironi’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3. Oleh kerana itu sekarang amat biasa kita melihat pelbagai iklan dan jenama produk yang mempunyai kandungan omega 3 yag dikaitkan dengan kesihatan jantung. Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu dan minyak masak yang anda beli di pasaran.


Asid lemak omega 3 ini adalah contoh lemak sihat yang boleh membantu mencegah penyakit jantung. Selalunya kita terlalu takut dengan istilah ‘lemak’ hingga kita menyangka semua lemak adalah tidak sihat dan boleh meningkat paras kolesterol kita. Sebenarnya, lemak ikan adalah lemak yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan trigliserida serta manaikkan paras kolesterol baik HDL. Banyak kajian telah membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak ‘Omega 3’ yang telah terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Kajian sains menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 yang amat tinggi. Asid lemak omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan keradangan pada dinding saluran darah dalam tubuh manusia. Oleh kerana itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian dari cara pemakanan yang sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol, mengawal tekanan darah dan mencegah sakit jantung.


Bukti kajian sains tentang ikan dan kesihatan jantung

Pada 8 September 2004, FDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di USA telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Pihak FDA juga menyarankan pemakanan ikan dengan lebih kerap kerana kandungan omega 3 dalam ikan mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. 

FDA juga telah membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah. Saranan FDA ini adalah kerana bukti kukuh hasil dari pelbagai kajian telah dijalankan menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung.

Diantara laporan tentang kelebihan omega 3 ini diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 1997, pengkaji mendapati dengan pengambilan omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25%-30%.

Satu kajian di Amerika Syarikat yang mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.



Dalam satu lagi kajian di USA yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung.



Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di USA iaitu American Journal of Clinical Nutrition danJournal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.

Omega 3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang sebagai contohnya minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapat keperluan Omega 3 harian.

Makan lah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain. Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen omega 3 juga membantu mendapatkan sumber omega 3 untuk menurunkan paras kolesterol.


Fakta mengenai kajian sains dan faedah kesihatan omega 3 ini telah saya tulis dengan lebih mendalam didalam buku saya bertajuk “ Omega 3: Fahami faedahnya kepada kesihatan anda” dan boleh juga membaca tulisan saya dengan layari blog : doknorm.co.nr

Berapa banyak ikan yang perlu dimakan?

Pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya.

Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan yang baik adalah makan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. Cara terbaik ialah makan ikan yang kita suka. Makan ikan yang lebih kecil saiznya juga adalah baik kerana mengurangkan risiko pencemaran logam raksa (mercury) dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan terutamanya ikan yang lebih besar seperti ikan tuna dan ikan jerung.



American Heart Association (AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.




Jika anda tidak suka ikan maka anda boleh mengambil makanan lain yang kaya dengan omega 3 seperti minyak flaxseed, minyak kanola, kacang walnut, telur diperkaya omega 3 dan suplemen omega 3 yang berada dipasaran sekarang. Untuk cara yang lebih mudah ambillah suplemen Omega 3 yang terdapat dalam pasaran sekarang. Makanlah Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung anda.

Credit to:

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MScAARMMA,FAGE

Konsultan Anti Aging, Aesthetik & Regenerative Medicine

KLINIK EUZELLE
100, JALAN MAAROF, BANGSAR,
KUALA LUMPUR

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINYAK IKAN PILIHAN SAYA - OMEGA GUARD SHAKLEE



Kelebihan Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Tuesday 23 December 2014

Idea Warna Tema Perkahwinan 2015 - Khas Untuk Bakal Pengantin / Tunang

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2015. Jika anda telah merancang ingin menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan, saya ingin berkongsi sedikit tips. Opsss saya pun belum berkahwin at this moment tapi sharing sama-sama ya. InsyaAllah semoga 2015 berjalan lancar amin. 

So selain penjagaan kesihatan secara dalaman especially kita perempuan, bagi saya melalui pembacaan, untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita yang inginkan cahaya mata dengan cepat, anda disarankan ambil Bcomplex 6 bulan sebelum berkahwin secara konsisten. Betulkan jika ada tersilap. Bcomplex Shaklee terdapat 8 jenis vitamin B termasuklah Asid Folik. 

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. 

Bagaimana jika anda ada masalah period tidak teratur? Cadangan saya segeralah ambil GLA Complex. Alhamdulillah customer yang ada masalah period tidak teratur kini kembali teratur. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan.

Selain itu, ESP juga membantu dalam penyediaan rahim yang subur, Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Pastikan anda memilih SID yang dapat bantu anda guide cara makan produk yang betul. Jangan fikir murah tapi lepas order anda dibiarkan tanpa guide yang betul. Anda tahu anda boleh percayakan saya :)

Okay jom tengok warna-warna 2015 yang boleh dijadikan panduan sebagai warna pilihan tema perkahwinan/pertunangan anda.






watermelon-pink-white-and-yellow-spring-summer-wedding-color-ideas
blossom-pink-and-navy-blue-wedding-color-palette-2015-ideas

caramel-brown-wedding-color-idea-for-spring-summer-rustic-themed-weddings-2015

celestail-blue-and-pink-spring-summer-wedding-color-combo-for-2015

leaf-green-wedding-color-inspiration-and-decor-for-spring-summer-wedding-2015-

orchid-tint-purple-wedding-color-ideas-and-bridesmaid-dresses-trends-spring-wedding-2015

pastel-soft-lemon-spring-summer-wedidng-color-trends-2015

pearl-color-pink-wedding-color-decor-for-spring-summer-wedding-2015

pistachio-mint-green-and-pink-spring-summer-wedding-color-palette-2015

vibrant-turquoise-blue-wedding-color-idea-and-decor-for-spring-summer-wedding-2015


Saturday 13 December 2014

Promo December 2014 Shaklee

Salam penutup 2014. December pun dah nak melabuhkan tirai. YES sana sini. Shaklee tidak terkecuali buat promo besar-besaran juga

Yang pasti saya sebagai pencinta SET KECANTIKAN SHAKLEE harus grab Vitamin C + Vitamin E + Collagen Powder Shaklee sementara harga promo. Lagipun expired date lambat lagi (penghujung 2015)

Okay item yang promo as stated below. Harga memang dah best price Shaklee tawarkan. Tapi jika anda inginkan lebihhhhhh diskaun walau beli sebotol beserta full consultation dan guideline dari saya, boleh terus PM/Whatsapp 013-734 2887

Suka saya nak bagitau yang harga retail bagi Vitamin C = RM92.50 untuk 180 biji dan Vitamin E = RM149 untuk 120 biji. 

So anda dah jimat banyakk if beli 2 botol. Anda juga boleh berkongsi dengan rakan atau keluarga. Tapi macam saya bagitau jika anda inginkan lebihhhh diskaun walau beli hanya sebotol boleh terus hubungi saya ya.






"RM0.00 Shaklee: Due to Product Registration guideline change, Collagen will be unavailable for sale after Dec'14 pending re-registration which takes 9-12mths. Hence Shaklee is offering a special Buy 3 Free 1 promo now to support our valued distributors with sufficient products till product registration is achieved."

Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Shakler Collagen Powder akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari 2015.

Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 DEC 2014 SAHAJA untuk membeli produk ini.

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1.

Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan DIHENTIKAN bermula Januari 2015

-------------------------------
SHAKLEE COLLAGEN POWDER (15 Sachet/box)

Harga Pasaran : RM298 
Harga penjimatan hebat walau beli sekotak bolehh terus hubungi saya. Namun jika anda ambil Buy 3 Free 1 anda entitle untuk dapat berikut

- Free membership Shaklee (boleh beli dengan harga ahli)
- Free sekotak Collagen Powder Shaklee
- Free cash rebate





Tuesday 2 December 2014

Pil Dengkur Anda: Minyak Kelapa Dara Membantu Menghilangkan Masalah Dengkur

Hah siapa tidur berdengkur ??? orang selalu kata orang yang tidur berdengkur nie dia selalunya orang yang letih sangat means tak cukup rehat..betul ke ?? dan ia juga dikaitkan dengan masalah pernafasan..nanti kita cerita macam mana..


Definisi Dengkur:

Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka/leher & mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.

Dengkuran bukan saja menjejaskan kualiti tidur seseorang dimana tubuh kite kekurangan oksigen dan ia menunjukkan tanda pernafasan terganggu time tidur (tersumbat).


Punca utama dengkur (sumber SINI)

Masalah tonsil, masalah adenoid, masalah hidung seperti alahan, tulang bengkok, resdung, kanser hidung dan tekak serta masalah tulang muka kecil.

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menambahkan masalah dengkuran pada orang yang sememangnya berdengkur, iaitu kegemukan dan mempunyai leher yang besar, pengambilan alkohol, mengambil ubat tidur, usia yang melebihi 45 tahun, mempunyai dagu kecil atau mempunyai lidah yang besar.

Bahaya ke kalau biarkan dengkur tanpa rawatan (sumber SINI)

Masalah dengkuran yang tidak dirawat boleh menimbulkan pelbagai kesan buruk atau penyakit-penyakit kronik lain. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dengkuran yang teruk boleh menyebabkan masalah darah tinggi, lemah jantung, degupan jantung tidak normal (arrhythmia) yang kadangkala boleh menyebabkan kematian semasa tidur dan angin ahmar.

Dalam dengkuran yang teruk, paras oksigen di dalam badan menjadi berkurangan. Jika ini berpanjangan, ia akan menyebabkan badan melepaskan bahan-bahan kimia yang akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah ini akan menyebabkan jantung bekerja lebih keras dan dalam jangka masa panjang menyebabkan masalah jantung pula. Oksigen yang tidak mencukupi juga menyebabkan sel darah merah menjadi bertambah (polycytaemia) yang boleh meningkatkan risiko strok

Mereka yang menghadapi masalah dengkur tidak sepatutnya berputus asa dan membiarkan sahaja masalah ini tanpa dirawat. Dengkur boleh dirawat bergantung kepada puncanya. Pesakit perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak. Doktor akan menyiasat dan mencari punca dengkuran.

Di antara rawatan yang diberikan ialah membuang tonsil atau adenoid jika didapati bermasalah, merawat masalah hidung dan resdung jika ada, rawatan diathermy, laser atau radiofrequency bagi membuang tisu berlebihan di dalam tekak. Pesakit yang berkemampuan boleh membeli dan menggunakan mesin CPAP (continous positif airway pressure) dan menggunakannya setiap malam semasa tidur,'' jelasnya.


Petua Hilangkan dengkur ?

1. segera berjumpa doktor jika terdapat masalah hidung dan tonsil

2. mengurangkan berat badan, elakkan daripada mengambil alkohol terutama di waktu malam, 

3. jangan diamalkan mengambil ubat tidur kecuali terpaksa dan 

4. tidur mengiring walaupun cara ini biasanya kurang efektif.


Kaitan VCO dan dengkur. Bagaimana VCO MEMBANTU merawat dengkur?

♥ Dengan amalkan memakan VCOA Treenea ia boleh menghilangkan bunyi dengkuran ketika tidur.

♥ Ini kerana VCO bertindak menghasilkan sel-sel baru & bukan sahaja bertindak pada kulit malah turut mengembalikan keanjalan & elastik pada saluran pernafasan & anak tekak. 

♥ Apabila otot2 di belakang mulut kembali anjal & elastik maka saluran pernafasan kembali luas & memudahkan aliran keluar masuk udara ketika tidur.

♥ Secara tak langsung membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong seterusnya mengurangkan dengkur!

♥♥♥ VCOA Treenea juga menyembuhkan masalah sinus, mengurangkan berat badan berlebihan yang juga menjadi faktor utama tidur berdengkur 


Credit to Suriani (Dealer Sarikei)

VCOA Treenea melegakan pernafasan, mencairkan kahak lalu membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong = kurang masalah berdengkur = tidur berkualiti



Harga:
  1. VCO Softgel (40 biji)   - RM40(SM) RM43(SS)
  2. VCO Softgel (120 biji) - RM75(SM) RM78(SS) 
  3. VCO Liquid (180ml)    - RM40(SM) RM43(SS) -- perisa asli 
  4. VCO Liquid (180ml)    - RM45(SM) RM48(SS) -- perisa nenas


Add postage RM6 (SM) / RM9 (SS) untuk tempahan 1-2 kotak


Ingin membuat tempahan dan pesanan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...