Friday 26 February 2016

Pengalaman & Tips Minum Air Gula Supaya Tidak Muntah (Ujian MGTT)

Assalam,

Sebelum pengalaman pertama #journeyfirsttimemomtobe ini lupus dari ingatan meh nak recap semula pengalaman pertama minum air gula semalam di KK Paya Jaras. 

Seperti semua sedia maklum, lepas first checkup normally nurse memang akan bagi date minum air gula. Macam saya first checkup di KK dan buka buku was on 18/02/2016 that time dah  12w++. Before that dah checkup and scan kat clinic swasta and scan that time 5-7weeks ++

So after checkup hari tu, nurse bagi date minum air gula on 25/02/2016. Tak tahu la siapa golongan terkecuali minum air gula but apa yang saya dengar if anda hamil selepas usia 25 tahun memang kena wajib minum air gula. Macam kes saya hah betul la tuh dah lepas 25 tahun haha plus family history ibu memang ada kencing manis. Lagi la nurse suruh minum air gula.


Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Apa tujuannya?

Ujian ‘minum air gula’ ini secara lebih tepatnya MOGTT (modified oral glucose tolerance test).

Ujian ini merupakan salah satu ujian makmal penunjuk diabetes untuk mengesan penyakit kencing manis, jika dalam hal ibu hamil – mengesan diabetes kehamilan, yang juga disebut gestational diabetes mellitus (GDM)

Kenapa ujian MOGTT ini dilakukan kini? Kenapa mak-mak kita dahulu tidak perlu melakukannya?

Ujian mengesan kemungkinan diabetes mellitus ini dilakukan ke atas ibu hamil sejajar dengan peningkatan statistik penyakit kencing manis dan faktor risikonya yakni obesiti, yang semakin meningkat dengan mendadak di Malaysia.


Bagaimana MOGTT ini dilakukan?
  • Ibu hamil perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian. Macam saya start 10malam memang tak makan/minum apa sampai la masa minum air gula (hatta air kosong pun tak minum)
  • Sampel darah akan diambil untuk diuji paras gula/glukosa sebelum minum air gula
  • Ibu hamil perlu minum air gula (75gm glukosa dilarutkan dalam 250ml air) dan perlu diminum dalam masa tidak melebihi 15 minit
  • Dalam tempoh ini, tiada makan dan minum dibenarkan
  • Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi

Bacaan normal air gula
  • Ujian darah yang pertama : 3.0 mmol/L hingga 5.5 mmol/L
  • Selepas 2 jam minum air gula : kurang daripada 7.8 mmol/L

Sedap ke air gula nie?

Nama pun air gula kan. Memang manis tapi tak sempat bayangkan ianya coklat/kek pun. Sebab nak telan cepat habis. Tapi pada saya rasanya boleh telan lagi. Sebab telan 2x teguk terus. Ikutkan boleh habiskan terus tapi curi nafas sat hehehe

Mindset saya before minum air gula ni ianya sangat pekat likat melekat2 semua. Tapi bila minum dalam keadaan suam tu okay plak. Before minum tuh 3x saya baca ayat dibawah




Ok itulah serba sedikit pengalaman saya minum air gula pada usia 28 tahun dan baby pertama hehe

#sayanganakibu

Monday 1 February 2016

Tamar Cocoa Alhadad: Damansara Damai / Sungai Buloh / Kota Damansara / Kepong / Sri Damansara


Tamar(kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0%manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit. 

Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

(Riwayat Imam Bukhari). 





Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao. Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.

Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E. Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.

Dianggarkan 100 gram coklat susu juga menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi,47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

Senergi antara Tamar dan Cocoa menjadikan dua sumber ini bertambah khasiat. 



Memperkenalkan "TAMAR COCOA"




  • TAMAR COCOA sesuai dengan lapisan umur bermula umur 2 tahun dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang anda sedang alami malah menjadi minuman kesihatan rutin harian anda.
  • Masalah kesihatan seperti Stress, Anemia, Jantung, Kulit, Tekanan Darah, Sembelit dan Sebagainya
  • TAMAR COCOA juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu yang sedang menyusukan anak.
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.
  • Kaya dengan khasiat protien serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (Stress).
  • Koko melambatkan proses penuaan




Note: Sebarang penghantaran adalah secara POSLAJU sahaja. COD ditangguhkan atas kekangan kerja dan berada luar daerah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...