Thursday 28 August 2014

Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 - Tips Jawab Exam Online SPA & Contoh Soalan

Terujaaaaaaaaaaaaa. Walau saya graduan IT dan masih bekerja di sebuah syarikat perisian, terujaaa kot nak ambil exam jawatan W41 ini. Sebab software company semua dah enhance untuk comply dengan GST. 

So selalu dah jugak join seminar GST dan pernah ke jabatan kastam untuk wakil presentation GST software (im not the presenter actually haha cuma diberi peluang ikut serta so banyak tak banyak dapat knowledge jugak dapat)

Tuan/Puan, 

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41 

Dengan hormatnya tuan/puan ditawarkan menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan PENGUASA KASTAM GRED W41. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut: 

PEPERIKSAAN: PENGUASA KASTAM GRED W41
NO. ANGKA GILIRAN:  XXXXXXXXX
PAUTAN: http://examonline56.spa.gov.my

TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENDARIHINGGA
06/09/2014PENGETAHUAN AMA9.00 AM9.40 AM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB9.55 AM10.40 AM
UJIAN PSIKOMETRIKC10.55 AM11.55 AM


TIPS SAYA UNTUK JAWAB ONLINE EXAM PENGUASA KASTAM GRED41 (I'M NERVOUS ACTUALLY HAHA)

Pra-persiapan (prepare awal sehari sebelum exam, sign in jer barang dah ready)

1. Banyakkan pembacaan dalam bidang kastam, isu semasa, senang citer buka buku Pengajian Am time form6 pun boleh. Or else beli buku apa tah nama kat book store pasal kenegaraan
2. Practice soalan penyelesaian masalah (maths), analisis data, gambar rajah yang tricky (paham kan hehe)
3.

Sebelum/semasa menjawab

1. Calculator - penting ya. Pengalaman exam SPA before ini mana boleh bawak kalkulator kan. Exam PTD dan PTM congak guna otak dan kepantasan jari haha. Sayang dua-dua exam not passed
2. Login sesiap awal-awal. Klik pautan exam hall masing-masing. Bukan apa saya paling takut server penuh a.k.a jam traffic la..then tak dapat login on time. Jenuh masak. Hope dijauhkan
3. Jangan gelabah/panik/kalut. Relax sebab buat kat rumah jer kan. Agak tak tahu jawapan tanya orang haha
4. Semak jawapan betul2 sebelum tekan butang hantar. Actually saya takde experience tapi rasa sistem online lebih kurang jer kan. Dah siap terus tekan butang Hantar.
5. Paling penting pastikan internet conection korang superb. Bayar bill unifi ke internet ke dulu to make sure internet takde masalah.
6. On lebih dari 1 laptop untuk standby takut connection lost ke (aduiii takutnya minta dijauhkan) dan paling penting untuk cari jawapan hahahaha
7. Standby adik2/family untuk tolong carikan jawapan in case duduk dengan family


Sedikit Info Deskripsi Tugas Kastam W41: 
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

GOOD LUCK !!!! DOAKAN SAYA JUGA KALIAN !!!! INSYAALLAH KITA SAMA-SAMA BERJAYA !!!


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx UPDATE xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Alhamdulillah exam went well. Well la sangat sebab petang lepas solat Zuhur baru dapat login dengan berjaya dan completed all section tanpa sebarang masalah. Tergerak hati nak give up after tried beribu kali (refresh skrin, login, logout, relogin but to no avail - I open two laptop for your info). lepas solat Zuhur panjatkan doa if ada rezeki aku nak jawab kastam, permudahkan lah Ya Allah. 

Check laptop konon last try, kalau tak boleh memang give up nak shut down. MasyaAllah, Allah makbulkan doa. Dapat jawab dan alhamdulillah now menanti panggilan temuduga

Wish us all the best !!!!!!!!


Wednesday 27 August 2014

Tips & Petua Kecilkan Pori Wajah

Pori-pori besar sangat. Terasa ke tidak? Hahah den terasaaaa... Naseb sejak ambil Shaklee makin okay.

Credit to: faizdickievp IG

Hari ini nak share tujuh(7) tips/petua tradisional untuk kecilkan pori-pori wajah yang sebesar bulan berkawah-kawah.

1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Masker dari putih telur / coklat / madu / oat boleh dijadikan contoh panduan

8. Konsisten pengambilan Vitamin E (petua saya tambah sendiri hehe)

Pilihan saya semestinya Shaklee. Lengkap dengan Selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan berkesan. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Vitamin E






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday 20 August 2014

Prosante Shaklee - Rangkaian Penjagaan Rambut Shaklee

Rambut adalah mahkota wanita. Kalau rambut berbau busuk, ada masalah like berkudis (ada ya bukan tiada), kelemumur, rambut gugur (common problem kan) dan lain-lain, kita wajib ikhtiar. Kenapa saya cakap wajib?

Sebab saya orangnya suka belai rambut sendiri, jaga rambut walau bertudung. So janganlah sebab kita bertudung ambil remeh ya bab penjagaan rambut. Nanti jadi Kak Limah pula. Ada pernah saya jumpa jenis rambut berbau walau bertudung. Hmmm bau rambut sampai terhidu pada tudung kurang manis kan bila kawan duduk rapat dengan kita. Amboii panjang saya berceloteh. Nak introduce set penjagaan rambut Shaklee sebenarnya. 

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan







Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadiLightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 

Long Lasting Finishing Spray 
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

Nourishing Scalp Treatment 
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
  • ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Perlu pilih dan pakai semua diatas ke? Tidak ya. Bergantung pada permasalahan rambut anda. 

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:

1.Revitalizing Shampoo 
2.Lightweight Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 

(note : set ni boleh digunakan secara harian)


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:

1.Purifying Shampoo 
2.Replenishing Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 

(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)


Mengapa rangkaian penjagaan rambut Shaklee terbaik

ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
  • Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
  • Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.




Tuesday 19 August 2014

Set Jeragat Shaklee & Testimoni

Jeragat: Penyebab kulit tidak cantik dan nampak kusam! Betul? Rimas kan dengan jeragat walau hanya setompok dua. Kalau bertompok dua belah pipi anda harus bertindak dari sekarang sebelum anda dilihat tua sebelum usia.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik dan beberapa permasalahan lain.




Antara supplement Shaklee yang dicadangkan bagi merawat masalah jeragat adalah Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, ESP dan Carotomax. Namun demikian anda tidak perlu mengambil semua. Anda boleh consult saya untuk ketahui lebih lanjut set yang bersesuaian dengan masalah jeragat anda. 


Vitamin C

[✔] Meningkatkan sistem imun
[✔] Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
[✔] Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Penting untuk kolagen dan tisu penghubung


Vitamin E


[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
[✔] Memudarkan parut jerawat
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Mengurangkan bintik penuaan


Energizing Soy Protein (ESP)

[✔] Mempertingkatkan pemulihan luka
[✔] Mengurangkan parut
[✔] Mencerahkan dan mencantikkan kulit
[✔] Membaiki dan membina semula sel-sel baru


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat


Carotomax

[✔] Anti-oksidan yang kuat dan tinggi sumber beta carotena
[✔] Memulihkan tisu kulit yang telah rosak akibat jerawat
[✔] Mengawal penghasilan sebum yang berlebihan
[✔] Melegakan kekeringan kulit dan gatal



Set Basic Jeragat Most Popular



Testimoni Set Jeragat Shaklee

\









* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Petua & Tips Tradisional Kurangkan Kesan Jeragat

Fakta: Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik dan beberapa permasalahan lain.

Jeragat adalah masalah kulit yang sering juga menghantui ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat).

Biasanya berwarna perang/coklat muda dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.




Apa Penyebab Masalah Jeragat Berlaku?
- pendedahan secara berlebihan kulit terhadap cahaya matahari
- masalah genetik
- ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. 

Walaupun jeragat ini boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh, namun kebiasaannya ia akan menyerang pada sekitar kawasan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Faktor lain punca jeragat adalah pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, salahguna produk penjagaan kulit (yang mengandungi bahan terlarang) dan masalah kesihatan (hati tidak boleh menyahtoksin) pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.


Kaedah Semulajadi Mengatasi Masalah Jeragat

Memang ada rawatan kosmetik yang khas untuk membuang jeragat, tetapi ianya boleh menjadi sangat mahal hingga mencecah kos ribuan ringgit. Anda boleh menyingkirkannya dengan mudah dengan mencuba beberapa rawatan semulajadi berikut di rumah.



1. Jus Lemon

Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.

Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari. 

Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air. Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.


2. Krim Yogurt 

Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Sapukan sedikit krim masam pada kulit yang terjejas dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Selepas membilasnya dengan air, perlahan-lahan lap dengan tisu lembut atau tuala. Kemudian letakkan pelembap. Petua ini tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit atau kekeringan. Ulang sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga jeragat hilang dan pudar. 

Secara alternatif, anda boleh basuh dan bilas kulit yang terjejas dengan yoghurt setiap hari.




3. Madu 

Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit. Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.

Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu. 

Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat. 

Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.



4. Betik 

Jus betik adalah satu lagi ramuan berkesan untuk menghilangkan jeragat. Betik mengandungi papain, sejenis enzim yang boleh membantu menghilangkan jeragat.

Sapukan jus betik segar ke atas jeragat menggunakan bola kapas dan urut perlahan-lahan kawasan tersebut. Selepas 10 minit, bilas kulit dengan air sejuk. Ulang petua ini sekali setiap hari untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.



5. Bawang

Bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat kerana kandungan sulfur yang bersifat ‘exfoliative’. Untuk hasil terbaik, gunakan bawang merah.

Potong satu bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jeragat dua kali sehari. Teruskan sehingga jeragat pudar. 

Satu lagi pilihan adalah untuk memarut satu bawang merah, ekstrak jusnya dan sapukan jus pada kulit yang terjejas dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, tambah satu sudu teh cuka. Ulangi petua ini setiap hari untuk satu atau dua minggu. 




6. Dadih

Dadih juga mengandungi sifat peluntur yang boleh membantu menghilangkan jeragat. Di samping itu, ia akan menjadikan kulit anda licin dan lembut.

Hanya sapukan dadih ke atas kawasan jeragat dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Ulang dua kali setiap hari untuk beberapa minggu. 

Satu lagi pilihan adalah untuk membuat sebatian likat dengan mencampurkan serbuk oat dan dadih. Sapukan sebatian ini di kawasan yang terjejas dan biarkan selama kira-kira 30 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk. Ulangi sehari sekali sehingga anda mendapat hasil yang positif. 

Secara alternatif, campurkan satu sudu makan dadih dengan satu sudu teh jus lemon. Sapukan pada kulit anda dan biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.


Semoga membantu. Pilihan saya pastinya supplement Shaklee. Banteras jeragat dari dalaman untuk kulit sihat bebas jeragat, 

Friday 15 August 2014

Zinc Shaklee Untuk Kesihatan Lelaki

Salam Jumaat. Moga dipermudahkan segala urusan hari ini dan diberkati. InsyaAllah

Pagi ini ieyka nak share mengenai khazanah penting buat kaum lelaki. Kalau perempuan mahkotanya adalah rambut. Lelaki juga ada khazanah mereka dan ini sangat2 penting ya. Tahukah anda apakah khazanah golongan adam?

Zinc adalah suatu khazanah lelaki!!

Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi (kekurangan) yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja ke umur tua.

Sejauh mana pentingnya Zink untuk kelelakian seorang lelaki? credit

Sperm cell

Quantity, quality and motility are all important for sperm health and fertility. A single ejaculation should contain 39 million sperm, says MayoClinic.com. It is also important that sperm have a normal structure and shape. Sperm that have crooked heads or double tails are less likely to fertilize an egg. Sperm must also be able to move properly to be able to reach the egg.


Zinc and Sperm Health

In an Australian study published in the “Asian Journal of Andrology” in 2009, researchers investigated the effect of zinc on 458 subfertile men. The authors found that zinc levels in the body were directly associated with sperm countand are important for the development of sperm cells, a process calledspermatogenesis. The team also found that zinc deficiency leads togonadal dysfunction and decreased testicular weight and can deplete levels of testosterone.




Boosts Sperm Quality

Zinc levels might determine sperm quality in men. Abasalt Colagar led a team of researchers from the University of Mazandaran in Iran who examined the relationship between zinc levels and sperm quality in fertile and subfertile men. They discovered that fertile men had significantly higher zinc levels and better sperm quality compared to subfertile men, Colagar reported in the February 2009 issue of the journal “Nutrition Research.” Read more:here


Mungkin ramai yang tidak peka dengan kepentingan zinc terhadap kesihatan sperma dan kesuburan. Tapi sekarang dah tahu kan? Jadi bagaimana nak mendapatkan zinc yang mencukupi? Tubuh kita tidak mempunyai sistem penyimpanan untuk zinc jadi kita harus mendapatkannya dari sumber luaran seperti makanan/ makanan tambahan.




Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian)


Note: A human body needs in very small quantity of about 15mg of Zinc intake on a daily basis. So Shaklee dah formulakan yang terbaik mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian badan kita.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Wednesday 13 August 2014

Kisah benar: Wanita, Suplemen dan Kecantikan

Anti supplement??? Itu lah diri saya suatu ketika dahulu.

Bila mana saya selalu tengok kawan saya setiap hari makan supplement. Biasalah masa sambung master dulu bergaul dengan ramai kawan2 yg lebih berumur dan masa dulu dalam kelas i'm the youngest yang sambung master dulu.

Tapi ada sorang kawan ni nampak mudaaaa je compare dengan umur dia. Memang orang tak percaya. Actually dia dh 40s almost nak masuk 50s, masa saya belajar dulu la sekarang dh 50 la kot lama dah tak jumpa kawan ni.

Tapi energy dia tak menunjukkan dia seorang yang reaching the age of 50s. Memangla nampak wrinkle tu tapi still memang kalau teka umur korang mesti salah teka punyelah. Saya agak close dengan dia since we are in the same class. Selalu hari-hari nampak dia makan supplement.

Masa tu saya tak tahu pon kepentingan supplement ni. Memang anti giler. Sebab bagi saya supplement tu adalah ubat, bila ubat saya assume ade chemical and bila.ade chemical saya assume memang boleh rosakkan ginjal. Kolot sungguh time tu!

Bila saya luahkan ape yang saya rasa pasal supplement kat dia. Sebab bagi saya..kita dah makan kot..makan sayur..makan buah..tapi bila saya membebel-bebel tu dia hanya tersenyum je.. then lepas tu barulah dia bersuara.. dia tanya..

You makan sayur-sayuran yang fresh ke yang goreng?
Saya cakap takde maknenye lah kalau yang tak digoreng kan?

You makan cukup x nutrisi yg dicadangkan untuk setiap hari mengikut keperluan badan?
Saya jawab..for sure la tak kan. Tapi makan la jugak daripada tak makan langsung.

Dia cakap, ape yang kita makan sebenarnya belum mencukupi apa yang badan kita perlukan setiap hari. Sebab tu badan kita cepat penat dan lemah. Asal balik keje mesti terbongkang..otak dah tak boleh nak fikir dengan baik dah sebab badan dah lemah dan otak pun lemah nak berfikir..

No wonder la dia memang genius, seriously babe. Semua benda dia tahu bila masa dia membaca pun saya tak tahu. Ingatan pun kuat, dah tua-tua pon ingatan kuat lagi. Kalah org muda dan dia memang seorang yang fokus.

Katenye bila badan sihat, otak akan lebih cergas..dan akan lebih fokus. Sebab tu bila bagi anak3 makan Mealshake mereka boleh fokus dalam kelas sebab badan dan otak mereka ready untuk terima sebarang input.

Dan yang penting, kawan saya ini pengguna Shaklee tegaaaaarr dari zaman dia awal 30an lagi. Dan dia pon active sports tau even dah tua-tua ni. Jangan tak percaya.. percayalah!

Sejak dari tu saya cuba Shaklee. Memang lain sangat before dan after makan supplement. Kalau tak makan supplement memang rasa ade benda tak kena dengan badan.

Lagi satu katenya, orang perempuan lagilah sangat-sangat wajib ambik supplement. Sebab bila dah berkahwin dan ada anak, nak bagi anak tu sihat, mak kena makan makanan yang berzat tinggi. Bukan makanan yang dah tercemar dengan hasil goreng-gorengan yang zat dia dah mati. Kalau tak makan supplement.. tuggulah..masuk anak ke 3 ke 4.. gigi tu sebatang sebatang luruh.. nak tayang depan laki dengan gigi rongak?

Hahaha.. berani???? Sekarang tak rasa la.. nak gigi rongak dulu ke atau nak prevent gigi dari rongak? Kajian dah banyak dah orang buat ini.. kalau tak percaya jugak.. den takleh kata apa la.


Sumber: dari blog PM Cery, (juga dipetik dari FB anak buah beliau, Nani)



Disalin dari group.

Zinc Complex Shaklee

Salam 17 Syawal 1435H dan tidak terlambat rasanya jika ieyka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Buat semua pelanggan setia dan bakal pelanggan serta pembaca blog picisan ini, mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam berbicara, menulis mengguris hati sekiranya ada. :)

Hari ini ieyka nak perkenalkan satu supplement yang sangat murah which is sehari jika ambil sebiji kos cuma RM0.28 sen sahaja. Berbaloi sangat2 dan teramat mampu milik untuk bantu masalah seperti JERAWAT BATU BERNANAH, RAMBUT GUGUR, SEMBUHKAN LUKA (BERSALIN, PEMBEDAHAN DLL), TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI dll

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian)

Jom berkenalan dengan Zinc

Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus. Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

Dan paling ramai tidak tahu or maybe terlepas pandang, Zinc sangat baik dan penting untuk kesihatan sperma dan kesuburan kaum lelaki. Perlu diingatkan, badan kita tidak menghasilkan zinc maka kita perlu dapatkan sumber zinc dari pemakanan harian atau makanan tambahan (food supplement)

Note: A human body needs in very small quantity of about 15mg of Zinc intake on a daily basis.


SIAPA PERLUKAN?
  • Lelaki dan Wanita (bayi hingga dewasa)
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur. Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit

KEBAIKAN ZINC COMPLEX
  • Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  • Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  • Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  • Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  • Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  • Kelesuan kronik
  • Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  • Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  • Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  • Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  • Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  • Rabun malam

KESAN KEKURANGAN ZINC
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur,
  • cirit-birit ,
  • mata dan kulit luka dan
  • hilang selera makan.
  • Kehilangan berat badan,
  • masalah dengan penyembuhan luka,
  • keupayaan untuk rasa makanan, dan
  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku

Testimonial Zinc Shaklee




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Monday 11 August 2014

GLA Complex Shaklee - Kecantikan Untuk Wanita 3 Generasi



Wanita muda 20an - Setiap hari adalah hari menggembirakan 

  • Mengembalikan kitar haid yang normal
  • Melegakan sakit ketika datang haid
  • Mengekalkan kulit yang sihat & mengurangkan jerawat

Wanita 30 - 40an - Penyelesaian kecantikan yang menyeluruh 

  • Mengurangkan ekzema
  • Memperbaiki kulit tumit kaki yang merekah
  • Melegakan kulit kepala yang gatal
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak
  • Menguatkan kuku yang rapuh & mengelupas


Wanita 50an ke atas - Menerima perubahan usia dengan baik 
  • Mengurangkan simptom putus haid seperti panas badan, perubahan mood, kekeringan faraj & masalah tidur
  • Melegakan sakit sendi
  • Memperbaiki kulit yang kering
  • Mengurangkan garisan halus & kedutan untuk kulit tampak lebih muda 






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Monday 4 August 2014

Cara Buat Masker ESP Shaklee & Tips Kulit Gebu Dengan ESP


Untuk tips kulit cantik berseri (disini bermaksud tidak kusam, sekata tanpa jeragat/tompok parut jerawat) maka jom amalkan ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder). Rasa mild soya (vanilla flavour) yang sedap sesuai untuk seisi keluarga. Saya dah cuba dan saya suka rasa plain soya itu :) Tapi ada bermacam resipi boleh buat dengan ESP. Boleh tengok SINI untuk pelbagai resipi ESP. Cubalah.

Ok now nak guide cara untuk buat masker with ESP Shaklee. Sangat mudah. Hanya gunakan dua item sahaja. Memang betul mudah. 

Bahan untuk Masker ESP 

1. Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee.
2. Yogurt Asli - Plain lebih baik dari yang ada buah2 campuran ya?

Cara buat masker

1. Ambil 2 sudu besar yogurt asli dan letakkan dalam mangkuk 
2. Masukkan satu sudu besar ESP kedalam mangkuk dan gaulkan bersama yogurt hingga sebati 
3. Sampukan campuran ke kulit muka sehingga rata. 
4. Biarkan kering selama setengah jam. 
5. Bilas muka dengan air bersih. 
6. Ulang setiap hari/selang sehari untuk hasil yang lebih cepat.







Tips Kulit Cantik 1 - Sumber Terbaik Antioksidan
Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit.


Tips Kulit Cantik 2 - Isoflavon Semulajadi

Berfungsi sebagai anti-radang (ruam, kulit menggelupas dll), merangsang pembentukan collagen dalam tubuh dan juga melindungi kerosakan sel oleh radikal bebas. 


Tips Kulit Cantik 3 - Soya bukan GMO

ESP Shaklee adalah soya bukan-GMO dan dihasilkan di bawah Identiti Perservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dariproses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Tips Kulit Cantik 4 - Ditanam Secara Organik

Kulit anda terpelihara dari dirosakkan racun perosak yang terkandung dalam bijian soya bukan-GMO. Tidak memberikan kesan sampingan berbahaya yang tersembunyi kepada tubuh anda.


Tips Kulit Cantik 5 - Dengan Susu Soya Shaklee

Masker ESP Shaklee menghalang kulit kendur, meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit


Tips Kulit Cantik 6 - Menghalang Enzim-enzim Yang Menurunkan Kadar Protein 
Kekurangan protien menjadikan kulit tidak sihat - kusam, kering dan menggelupas



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...