Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Friday, 2 May 2014

DTX Complex Shaklee -Tonik/Supplement Untuk Hati Yang Sihat

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata "Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita." Sirosis dan kegagalan fungsi hati adalah antara penyakit berkaitan hati.



Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.



Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya*.

Gabungan unik bahan botani dalam Shaklee DTX Complex menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:

Perbezaan DTX Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)



Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)
Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit
Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday, 24 November 2013

Vitamin Buat Si Perokok Tegar ( Set Berhenti Merokok Shaklee)

Assalamualaikum... terpanggil nak berkongsi tentang rokok dan merokok. cuba kita audit adakah orang terdekat kita dekat dengan roko dengan erti kata lain penghisap rokok. Teringat kata-kata seorang rakan sekuliah dahulu "hisap rokok boleh hilang stress..lagi-lagi stress kerja" hurmmm saya pasti kebanyakan yang menghisap rokok mempunyai alasan yang sama. 

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.








Ada yang nak sangat berhenti tapi menyatakan bahawa ianya SUSAH & PAYAH. Sabarlah, perlahan-lahan. Terlalu drastik takut anda hanya mampu bertahan sekejap sahaja tanpa rokok. Berubahlah demi kesihatan yang lebih baik. Perokok sekunder juga terjejas kesihatan kerana anda.

Kesan Jangka Panjang Bagi Si Perokok:
- Barah ( contoh: paru-paru, payudara, mulut, tekak dan usus)
- Penyakit jantung
- Angin ahmar/ strok
- Penyakit berkaitan paru-pari ( contoh bronkitis, lelah dsb)
- Penyakit mulut dan gusi
- Ulser (perut, peptic)
- Osteoporosis
- Kemandulan
- Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
- Mati pucuk

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
Melahirkan bayi yang kurang berat badan 

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan 
- Lebih terdedah kepada kanser 
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah 
- Mendapat jangkitan paru-paru 
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak




Di Shaklee kami mempunyai beberapa supplement cadangan sesuai untuk anda yang ingin berhenti merokok secara sihat dan kekal. Anda tidak perlu mengambil semua supplement cadangan dibawah. Pilihlah mengikut kesesuaian anda. Untuk mengetahui set yang sesuai untuk anda boleh terus hubungi saya dan saya akan consult mengikut keperluan dan budget anda.

Berikut antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

Antara testimoni pengguna Vivix dari si perokok tegar



 
Berikut adalah hasil perkongsian Rakan Shaklee Golden Lounge. Credit to Mama Fisha.

Salam warga SGL semua.. Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...

Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...