Showing posts with label Mealshake Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Mealshake Shaklee. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Mealshake Shaklee Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Promo Sept'14 - Mealshake (Beli 3 Percuma 1)


Memandangkan bulan ini adalah promo Mealshake dari Shaklee, ramai lah yang menaikkan promo Mealshake Shaklee ni. Haaa lepas tu tak kurang jugalah sebilangan orang mula mempersoalkan status Mealshake Shaklee ni terutama isu selamat atau tidak untuk diambil oleh kanak-kanak.

Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.

Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?




Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.

Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?



3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu,serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.

Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.










Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake Shaklee tidak selamat ni ya.. pada saya terpulang pada ibu sendiri. Saya memang berikan anak saya Mealshake Shaklee sejak usianya setahun dan sebab itu saya berani cadangkan kepada ibu-ibu semua. Dan jangan lupa bulan ini Special Promo untuk Mealshake.. harga gerenti terbaik.. Berminat? Hubungi saya…


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Saturday, 10 May 2014

Mealshake Shaklee: Atasi alahan/morning sickness semasa kehamilan

Pernah terjadi pada anda dimana bau suami sendiri juga sangat tidak menyenangkan pada fasa kehamilan? Hampir kesemua ibu hamil mengalami pengalaman morning sickness yang berbeza sepanjang kehamilan. 

Morning sickness semasa mengandung terjadi kerana peningkatan hormon estrogen, kandungan gula yang rendah dan juga alah terhadap bau-bauan (seperti tumisan masakan dan sebagainya. Selalunya orang akan kaitkan morning sickness dengan waktu pagi, tetapi berkemungkinan berlaku sepanjang hari atau hanya malam hari. 

Simptom yang biasa dikaitkan dengan morning sickness adalah mual-mual, muntah, pening kepala dan hilang selera makan. 

Sudah pasti apabila kurang selera makan dimana apa yang anda makan dimuntahkan semula sangat merunsingkan anda lebih-lebih lagi pada awal kehamilan. 



MealShake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. 

Siapa yang perlukan Meal Shakes Shaklee?
  • Semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit ataupun boleh juga di minum oleh kanak-kanak obesiti. Selain itu, ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja 
  • Ibu mengandung, ibu menyusu
  • Pesakit yang dalam proses pemullihan selepas pembedahan
  • Inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat). 
  • Dicipta juga untuk anda yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana 
  • MealShake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan.

Rasa French Vanilla yang sedap. Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang sangat lazat. Juga boleh dicampur pada jus, dan apa jua jenis minuman yang disukai.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, 4 May 2014

Berpuasa Semasa Hamil - Tips dan Panduan

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?




Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
  • Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
  • Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Apakah makanan tambahan yang SESUAI semasa berpuasa, SELAMAT & TERBUKTI SECARA KLINIKAL ?

  • Anda boleh mencuba Set Mighty 3 Gem. Ianya terdiri drpd 3 jenis produk iaitu Energizing Soy Protein, Meal Shake & Performance Drink.



ESP (perisa natural vanilla)
Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.


MEALSHAKE (perisa french vanilla)
‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.


PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange)
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Friday, 2 May 2014

Set Alahan/Alergi Shaklee (Eczema, Ruam, Kulit Sensitif)

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam.

Eczema pada bayi

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Antara supplemen SHAKLEE yang sesuai untuk atasi masalah eczema dan alahan adalah seperti berikut 

Untuk Kanak-Kanak :
  • Meal Shakes
  • Omega Guard
  • Chewable Vitamin C
  • Herbal Blend (multipurpose cream)
Tambahan Untuk Wanita/Lelaki :
  • GLA Complex
  • Energizing Soy Protein
Untuk Bayi (diambil ibu menyusu - khasiat dipindahkan kepada bayi) :
  • ESP (Energizing Soy Protein)
  • Omega Guard
  • Herbal Blend (sapuan secara luaran pada bayi)




Bagaimana suplemen Shaklee membantu dalam mengatasi masalah ECZEMA dan ALAHAN?

a) VITAMIN C (CHEWABLE & SUSTAINED RELEASED)

Adalah bahan terpenting bagi mengatasi masalah eczema dan alahan ini. Ini kerana ketika badan diserang penyakit alahan, badan anda akan membebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine ini akan menyebabkan tubuh diserang ruam, gatal-gatal, bersin dan sebagai penyakit alahan sekunder yang lain. Vitamin C pula akan membantu untuk mengawalpenghasilan histamine di dalam bdan kerana ia bertindak balassebagai anti-histamine. Vitamin C juga membantu menguatkan sistem imun tubuh badan dan mempercepatkan penyembuhan tisu.

b) VITAMIN B COMPLEX

Penghidap eczema dan alahan cenderung untuk merasa tertekan berbanding seseorang yang normal. Pengambilan Vitamin B Complex akan membantu menghilangkan rasa tertekan kerana ia bertindak sebagai anti stress. Selain itu, Vitamin B Complex juga membantu anda membersihkan ruang pernafasan, memeilhara sistem saraf, membina protein di dalam badan dan membantu pengeluaran antibodi.

c) GLA COMPLEX

GLA Complex adalah asid lemak yang dikenali sebagai Omega ^. Sebagai penghidap eczema dan alahan, pengambilan GLA akan membantu untuk mengurangkan risiko eczema kerana ia akan menguatkan sistem imnu badan dan menjaga kesihatan kulit. Kulit akan menjadi cantik dengan kuat pengambilan GLA Complex.

d) ESP (Energizing Soy Protein)

Salah satu sebab mengapa tubuh selalu diserang eczema adalah kerana tisu-tisu yang kurang sihat. Vitamin dan suplemen protein akan membantu tubuh untuk menghasilkan sel-sel dan tisu-tisu baru dimana ia akan menyingkirkan tisu-tisu yang tidak sihat yang mungkin penyebab kepada masalah eczema dan alahan.

e) VITAMIN E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

f) OMEGA GUARD

Penghidap ekzema mempunyai kulit sensitif dan kering. Kulit terasa gatal dan penghidap akan menggaru. Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Omega Guard menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan

g) MEALSHAKE

Mealshake mampu mengurangkan masalah ekzema dengan membantu membaikpulih sel sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit ekzema lazimnya mengalami pertumbuhan sel sel abnormal. Mealshake dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Mealshake yang lengkap dengan multivitamin, protein, kalsium dan serat boleh diambil bermula dari kanak kanak setahun hingga dewasa. Sumber Mealshake adalah susu lembu.

h) HERBAL BLEND
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). 
  • Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak. 
  • Sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  • Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.
  • Bebas daripada paraben

Testimoni









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday, 27 April 2014

Set Mighty 3 Gems Shaklee

Assalamualaikum......

Kali ini nak bercerita pasal Set Mighty 3 Gems Shaklee ini. Selalunya set ini sangat popular menjelang ramadhan. Best kan walaupun berpuasa badan bertenaga, tak mudah letih dan sebagainya. Alternatif buat mereka yang tidak gemar bersahur berat. Sajian mengenyangkan bersama Mighty 3 Gems

Secara asasnya, tiga produk asas tersebut adalah Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Fungsi ketiga-tiga supplement ini adalah untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari dan memastikan bendalir badan pada tahap memuaskan walaupun anda berpuasa/ bekerja berat (seperti di tapak pembinaan etc)





Energizing Soy Protein

- Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
- Membekalkan tenaga,
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat



Performance Drink (Orange Flavour)


- Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum di waktu berpuasa. 


French Vanilla Mealshakes

- Diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Juga sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik mampu memberikan tenaga yang berpanjangan di bulan puasa.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Golongan perlukan Mighty 3 Gems Shaklee

- Ibu mengandung 
- Ibu yang menyusukan anak
- Individu yang berkerja berat (buruh @ sepenuhnya menggunakan tenaga)
- Warga tua
- Kanak-kanak (terutama yang baru belajar berpuasa)
- Remaja / Pelajar
- Lelaki & Perempuan yang mementingkan kesihatan


Testimoni









Sudahkah anda membuat persediaan untuk menghadapi Ramadhan lagi 2 bulan ini? Terutama ibu hamil yang sedang sarat mengandung. Pasti anda menginginkan pengalaman puasa tanpa longlai yang teruk dan tidak bermaya. Buat ibu menyusu juga, anda pasti menginginkan pengeluaran susu tetap tidak terjejas walaupun anda berpuasa. Berpuasa sambil menyusukan anak juga mencabar. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Saturday, 18 January 2014

Set Pelajar & Kanak-Kanak Pintar Shaklee - Nutrien Penting untuk Otak Cerdas & Badan Cergas



Assalamualaikum.. Hari ini saya nak share tentang Set Pelajar Shaklee. Seringkali kita lihat, ada sebahagian pelajarkurang fokus didalam kelas dimana sering mengantuk dan tidak memahami dengan jelas apa yang disampaikan oleh guru. Tidak bersarapan dan kecenderungan tidur lewat adalah antara punca tidak fokus atau mengantuk dalam kelas. Biar saya terangkan mengapa perlunya makanan tambahan buat pelajar-pelajar ini. Antaranya ialah:

1.  Lebih fokus 
2.  Aktif dan tidak mengantuk
3.  Daya ingatan yang lebih kuat

Antara supplement/vitamin cadangan bagi Set Pelajar Shaklee adalah berikut:


[1] Omega Guard Shaklee



  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.



[2] B-Complex

  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam



[3] Mealshake 

  • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Ibu-ibu yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan boleh memberikan Mealshake kepada anak mereka menu sarapan pagi.



[3] Lecithin

  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Perlukah saya ambil semua sekali cadangan vitamin diatas? BOLEH jika anda tidak mempunyai limitasi budget. Namun Set Paling Popular adalah gabungan Omega Guard + Mealshake. Sumber DHA dan EPA yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee sangat-sangat membantu dalam perkembangan otak pelajar. Anda boleh bermula dengan Set Asas Pelajar Shaklee = Omega Guard + Mealshake.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, 14 January 2014

Set Weight Gain Shaklee: Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Assalamualaikum 14 January 2014. Alhamdulillah hari ini tarikh 12 RabiulAwal Nabi Muhammad S.A.W kita dilahirkan. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad kita.

Berbalik kepada tajuk entry diatas, saya pasti ramai mengalami masalah kekurangan berat badan. Bukan semua orang sibuk nak tambahkan berat badan. Okay mari saya bawa anda kenal lebih mendalam mengenai set tambah berat badan Shaklee.

Kurus kering | Skeleton bergerak | Macam lidi: adalah panggilan biasa bagi si bertubuh kurus kering


Di Shaklee, ada 3 jenis suplemen yang dapat menaikkan berat badan secara sihat dan semulajadi iaitu dengan Vita-Lea , MealShakes dan B- Complex

BAGAIMANA SET WEIGHT GAIN SHAKLEE INI MEMBANTU ? 

1. VITA-LEA : 

❀ Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
❀ Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya 
❀ Membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita) 
❀ Memberi tenaga agar tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening. 


2. MEAL SHAKES : 

❀ Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
❀ Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dgn protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll 
❀ Kaya kalsium, fiber dan protein. 
❀ Membantu menambah selera makan 
❀ Membantu memberi badan rasa bertenaga. 
❀ Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan 
❀ Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT) 
❀ Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit 
❀ Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa 

3. B COMPLEX : 

❀ Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. 
❀ Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan 
❀ Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular 
❀ Mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 







Untuk menambah berat badan, kita juga perlu mengambil lemak sihat. Lemak sihat boleh didapati daripada beberapa jenis ikan seperti salmon, sardin, herring, tenggiri dan tuna, yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Lemak ikan juga bagus untuk membantu pertumbuhan, perkembangan fungsi otak, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kita boleh memilih Omega Guard Shaklee untuk mendapatkan lemak sihat secara instant.

Lihat testimoni set tambah berat badan: SINI
Lihat cadangan jadual pemakanan Set Weight Gain: SINI




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Monday, 25 November 2013

Mealshake Shaklee Bukan Makanan Segera (Instant Food)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ramai-ramai ibu-ibu sangat peka akan pengambilan makanan seharian anak-anak. Tahniah. Anda ibu hebat.

Tahukah anda Mealshake Shaklee:
# Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic
# Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak

Baca entry penuh Mealshake Shaklee  : SINI

Mealshake Shaklee bukanlah makanan segera walaupun pada botol/jar tertulis instant protein. Kita baca penjelasan dibawah. Diharap persoalan yang bermain difikiran ibubapa terjawab. 
 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, 24 November 2013

Testimoni Mealshake Shaklee (Tambah Selera Makan Buat Si Cerewet)

  • French Vanilla Mealshakes
    • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
    • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
    • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
    • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
    • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik mampu memberikan tenaga yang berpanjangan di bulan puasa.
    • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.  













    Entry penuh mengenai Mealshake Shaklee: SINI

    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...