Friday 26 February 2016

Pengalaman & Tips Minum Air Gula Supaya Tidak Muntah (Ujian MGTT)

Assalam,

Sebelum pengalaman pertama #journeyfirsttimemomtobe ini lupus dari ingatan meh nak recap semula pengalaman pertama minum air gula semalam di KK Paya Jaras. 

Seperti semua sedia maklum, lepas first checkup normally nurse memang akan bagi date minum air gula. Macam saya first checkup di KK dan buka buku was on 18/02/2016 that time dah  12w++. Before that dah checkup and scan kat clinic swasta and scan that time 5-7weeks ++

So after checkup hari tu, nurse bagi date minum air gula on 25/02/2016. Tak tahu la siapa golongan terkecuali minum air gula but apa yang saya dengar if anda hamil selepas usia 25 tahun memang kena wajib minum air gula. Macam kes saya hah betul la tuh dah lepas 25 tahun haha plus family history ibu memang ada kencing manis. Lagi la nurse suruh minum air gula.


Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Apa tujuannya?

Ujian ‘minum air gula’ ini secara lebih tepatnya MOGTT (modified oral glucose tolerance test).

Ujian ini merupakan salah satu ujian makmal penunjuk diabetes untuk mengesan penyakit kencing manis, jika dalam hal ibu hamil – mengesan diabetes kehamilan, yang juga disebut gestational diabetes mellitus (GDM)

Kenapa ujian MOGTT ini dilakukan kini? Kenapa mak-mak kita dahulu tidak perlu melakukannya?

Ujian mengesan kemungkinan diabetes mellitus ini dilakukan ke atas ibu hamil sejajar dengan peningkatan statistik penyakit kencing manis dan faktor risikonya yakni obesiti, yang semakin meningkat dengan mendadak di Malaysia.


Bagaimana MOGTT ini dilakukan?
  • Ibu hamil perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian. Macam saya start 10malam memang tak makan/minum apa sampai la masa minum air gula (hatta air kosong pun tak minum)
  • Sampel darah akan diambil untuk diuji paras gula/glukosa sebelum minum air gula
  • Ibu hamil perlu minum air gula (75gm glukosa dilarutkan dalam 250ml air) dan perlu diminum dalam masa tidak melebihi 15 minit
  • Dalam tempoh ini, tiada makan dan minum dibenarkan
  • Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi

Bacaan normal air gula
  • Ujian darah yang pertama : 3.0 mmol/L hingga 5.5 mmol/L
  • Selepas 2 jam minum air gula : kurang daripada 7.8 mmol/L

Sedap ke air gula nie?

Nama pun air gula kan. Memang manis tapi tak sempat bayangkan ianya coklat/kek pun. Sebab nak telan cepat habis. Tapi pada saya rasanya boleh telan lagi. Sebab telan 2x teguk terus. Ikutkan boleh habiskan terus tapi curi nafas sat hehehe

Mindset saya before minum air gula ni ianya sangat pekat likat melekat2 semua. Tapi bila minum dalam keadaan suam tu okay plak. Before minum tuh 3x saya baca ayat dibawah




Ok itulah serba sedikit pengalaman saya minum air gula pada usia 28 tahun dan baby pertama hehe

#sayanganakibu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...