Showing posts with label Vitamin C Chewable. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Chewable. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Set Alahan/Alergi Shaklee (Eczema, Ruam, Kulit Sensitif)

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam.

Eczema pada bayi

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Antara supplemen SHAKLEE yang sesuai untuk atasi masalah eczema dan alahan adalah seperti berikut 

Untuk Kanak-Kanak :
  • Meal Shakes
  • Omega Guard
  • Chewable Vitamin C
  • Herbal Blend (multipurpose cream)
Tambahan Untuk Wanita/Lelaki :
  • GLA Complex
  • Energizing Soy Protein
Untuk Bayi (diambil ibu menyusu - khasiat dipindahkan kepada bayi) :
  • ESP (Energizing Soy Protein)
  • Omega Guard
  • Herbal Blend (sapuan secara luaran pada bayi)




Bagaimana suplemen Shaklee membantu dalam mengatasi masalah ECZEMA dan ALAHAN?

a) VITAMIN C (CHEWABLE & SUSTAINED RELEASED)

Adalah bahan terpenting bagi mengatasi masalah eczema dan alahan ini. Ini kerana ketika badan diserang penyakit alahan, badan anda akan membebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine ini akan menyebabkan tubuh diserang ruam, gatal-gatal, bersin dan sebagai penyakit alahan sekunder yang lain. Vitamin C pula akan membantu untuk mengawalpenghasilan histamine di dalam bdan kerana ia bertindak balassebagai anti-histamine. Vitamin C juga membantu menguatkan sistem imun tubuh badan dan mempercepatkan penyembuhan tisu.

b) VITAMIN B COMPLEX

Penghidap eczema dan alahan cenderung untuk merasa tertekan berbanding seseorang yang normal. Pengambilan Vitamin B Complex akan membantu menghilangkan rasa tertekan kerana ia bertindak sebagai anti stress. Selain itu, Vitamin B Complex juga membantu anda membersihkan ruang pernafasan, memeilhara sistem saraf, membina protein di dalam badan dan membantu pengeluaran antibodi.

c) GLA COMPLEX

GLA Complex adalah asid lemak yang dikenali sebagai Omega ^. Sebagai penghidap eczema dan alahan, pengambilan GLA akan membantu untuk mengurangkan risiko eczema kerana ia akan menguatkan sistem imnu badan dan menjaga kesihatan kulit. Kulit akan menjadi cantik dengan kuat pengambilan GLA Complex.

d) ESP (Energizing Soy Protein)

Salah satu sebab mengapa tubuh selalu diserang eczema adalah kerana tisu-tisu yang kurang sihat. Vitamin dan suplemen protein akan membantu tubuh untuk menghasilkan sel-sel dan tisu-tisu baru dimana ia akan menyingkirkan tisu-tisu yang tidak sihat yang mungkin penyebab kepada masalah eczema dan alahan.

e) VITAMIN E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

f) OMEGA GUARD

Penghidap ekzema mempunyai kulit sensitif dan kering. Kulit terasa gatal dan penghidap akan menggaru. Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Omega Guard menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan

g) MEALSHAKE

Mealshake mampu mengurangkan masalah ekzema dengan membantu membaikpulih sel sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit ekzema lazimnya mengalami pertumbuhan sel sel abnormal. Mealshake dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Mealshake yang lengkap dengan multivitamin, protein, kalsium dan serat boleh diambil bermula dari kanak kanak setahun hingga dewasa. Sumber Mealshake adalah susu lembu.

h) HERBAL BLEND
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). 
  • Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak. 
  • Sesuai digunakan oleh bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  • Kesannya adalah optimum kerana krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit kita.
  • Bebas daripada paraben

Testimoni









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Saturday, 15 February 2014

Set Resdung Shaklee ( Alternatif Rawatan Resdung Secara Semulajadi)




Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka.

Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Petua Mencegah Resdung

  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

 

Set vitamin Shaklee untuk pesakit resdung :



 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Sedikit testimoni:





Mengapa Vitamin Shaklee: Produk semulajadi & bebas dadah. Atasi resdung segera sebelum ia melarat dan memberi jangkitan dan komplikasi pada otak yang membawa MAUT


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Saturday, 30 November 2013

Vitamin C Chewable Shaklee (sesuai untuk kanak-kanak & dewasa)

Saya seorang peminat Vitamin C kerana saya percaya Vitamin C membantu pencerahan secara sekata pada tubuh badan, meningkatkan imunisasi badan (tidak mudah demam, tiada selesema) dan yang paling best ianya memudarkan parut jerawat. Vitamin C adalah supplement pertama Shaklee yang saya ambil (jenis telan) dan bersifat Sustained Released.

Secara asasnya Vitamin C Chewable ini sama manfaatnya dengan Vitamin C Sustained Release cuma ianya boleh dihisap. Oleh kerana setiap tablet mengandungi 100mg Vitamin C maka boleh diambil sebanyak 5x sehari = 500mg (dewasa) sehari. 


Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.




 Manfaat Vitamin C Chewable Shaklee:
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
 
Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga


Mengapa Vitamin C diperlukan setiap hari? Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri! Maka diperlukan didalam diet seharian.

  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

 
Vita C Chewable sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Ini kerana setiap tablet adalah 100mg Vitamin C. Dewasa boleh ambil sehingga 1000mg-2000mg sahaja sehari

Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
 Testimoni




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...