Showing posts with label pengalaman makan Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label pengalaman makan Ostematrix. Show all posts

Monday, 23 February 2015

Review Ostematrix: Atasi sembelit terutama semasa dan selepas bersalin

Salam to all my readers. 

Anda pernah kena serangan sembelit atau susah nak membuang air besar. Berbeza ya sembelit dengan buasir. Hari ini saya nak bincangkan cara mengatasi masalah sembelit di kalangan orang dewasa samada lelaki atau perempuan, wanita selepas bersalin serta ketika hamil. Bayi dan kanak-kanak juga antara golongan terkena sembelit ini. 

Tanda-tanda diserang SEMBELIT
  • Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  • Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras dan berketul
  • Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.
  • Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.

Punca SEMBELIT
  • Pemakanan tidak seimbang – kurang serat dan air, banyak ambil makanan yang telah diproses.
  • Pengambilan ubat-ubatan atau jamu yang boleh menyebabkan sembelit.
  • Tidak bersenam antara punca yang menyebabkan berlakunya sembelit.
  • Tabiat ke tandas yang kurang baik (suka bertangguh untuk ke tandas). Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.
  • Kurang minum air kosong – pengambilan air kosong sehari adalah minimun 3L sehari
  • Banyak makan makanan berlemak serta manis 
  • Kurang makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Cara atasi SEMBELIT
  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian. Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih makanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.

My personal review: Ambil Ostematrix setiap hari sebelum tidur membantu pelawasan yang sangat baik pada esok paginya. Badan rasa segar, lenguh-lenguh kejang/cramp tiada lagi semasa tidur. 



Bagaimana Ostematrik membantu dalam mengatasi masalah sembelit?

Kandungan utama di dalam OSTEMATRIX adalah;
  • kalsium
  • magnesium
  • vitamin D
  • boron
  • manganese, copper, zink

Bahan yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit adalah MAGNESIUM

Bagaimana magnesium membantu mengatasi masalah sembelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus – ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium ‘menarik’ air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan ‘menarik’ air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplement OSTEMATRIK.

Kepada mereka yang mengalami masalah sembelit sangat digalakkan untuk mencuba OSTEMATRIX Shaklee. 




OSTEMATRIX bukan sahaja membantu dalam masalah sembelit ketika pantang tetapi juga membantu untuk banyakkan susu ibu. Salah satu keperluan ibu menyusu adalah sumber kalsium yang cukup. 4 biji ostematrix juga memenuhi keperluan ibu menyusu.

InsyaaAllah bonus lain untuk ibu adalah dari segi tenaga dan mengelakkan keletihan kerana magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebsasn tenaga keseluruhan badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

ATASI SEGERA MASALAH SUKAR MEMBUANG AIR BESAR. DIKHUATIRI ANDA TERKENA BUASIR. LAGI TERUK DAN SAKIT


Jika anda perlukan full consultation boleh terus sms/whatsapp saya seperti tertera dibawah. Saya menjamin full consultation dan follow up after purchase. InsyaAllah. 

Harga: RM60 sebotol 120biji (tidak termasuk pos). Untuk promo boleh hubungi sy terus ya




Sunday, 1 February 2015

My Review: Ostematrik Hilangkan Cramp / Kaki Kejang dan Tarik Mengkarung Ketika Tidur

Assalamualaikum..

Sejujurnya saya bukan seorang peminum susu. Malahan teh tarik/milo etc yang ada unsur susu pun hanya minum di kedai makan. Itu pun selalu order air masak/limau ais. So manfaat kalsium saya dari susu memang sangat-sangat kurang. 


Mari nak cerita pengalaman kejang kaki saya dan kaitannya dengan kalsium. Sakit sungguh tak boleh gerak. Kena adjust sikit-sikit baru rasa sakit hilang. hari-hari boleh dikatakan kena serangan hampir dua minggu

Baru teringat dah lama saya tak ambil ostematrix sebelum tidur. Nekad malam semalam mesti ambil. Cadangan pengambilan adalah 4 biji sekali telan, tapi saya ambil 2 biji saja sebelum tidur malam tadi

Alhamdulillah bangun pagi subuh tanpa rasa kejang yang sakit. Ostematrix adalah asbab, Dia jua mengizinkan kesembuhan. 

Petanda kejang kaki - Kaki akan terasa berdenyut-denyum dan sakit apabila digerakkan. 

Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:
  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, Rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. 
  • Atlet akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. 
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):
  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream

Pilihan saya -- tentunya Ostematrix Shaklee. Sebotol ada 120 biji dan saya ambil tahan selama 2 bulan (pengambilan 2biji sehari). Lagi satu memang lawas betul bila bangun tidur tau. Pembuangan lancar dan sakit pinggang semasa period pun takde. InsyaAllah

Jika anda perlukan consultation boleh terus sms/whatsapp saya untuk konsultansi dan tempahan. Saya menjanjikan consultation dan harga terbaik. InsyaAllah. 

Belanja satu lagi testimoni senasib saya. Jangan biarkan cramp / kejang kaki mengganggu kualiti tidur anda. Bulan February adalah bulan promosi Ostematrix (tablet kalsium) tau. Sangat murah kos sebiji tak sampai 0.50sen tau. 




Harga: RM60 sebotol 120biji (tidak termasuk pos). Untuk promo boleh hubungi sy terus ya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...