Sunday 1 February 2015

My Review: Ostematrik Hilangkan Cramp / Kaki Kejang dan Tarik Mengkarung Ketika Tidur

Assalamualaikum..

Sejujurnya saya bukan seorang peminum susu. Malahan teh tarik/milo etc yang ada unsur susu pun hanya minum di kedai makan. Itu pun selalu order air masak/limau ais. So manfaat kalsium saya dari susu memang sangat-sangat kurang. 


Mari nak cerita pengalaman kejang kaki saya dan kaitannya dengan kalsium. Sakit sungguh tak boleh gerak. Kena adjust sikit-sikit baru rasa sakit hilang. hari-hari boleh dikatakan kena serangan hampir dua minggu

Baru teringat dah lama saya tak ambil ostematrix sebelum tidur. Nekad malam semalam mesti ambil. Cadangan pengambilan adalah 4 biji sekali telan, tapi saya ambil 2 biji saja sebelum tidur malam tadi

Alhamdulillah bangun pagi subuh tanpa rasa kejang yang sakit. Ostematrix adalah asbab, Dia jua mengizinkan kesembuhan. 

Petanda kejang kaki - Kaki akan terasa berdenyut-denyum dan sakit apabila digerakkan. 

Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:
  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, Rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. 
  • Atlet akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. 
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):
  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream

Pilihan saya -- tentunya Ostematrix Shaklee. Sebotol ada 120 biji dan saya ambil tahan selama 2 bulan (pengambilan 2biji sehari). Lagi satu memang lawas betul bila bangun tidur tau. Pembuangan lancar dan sakit pinggang semasa period pun takde. InsyaAllah

Jika anda perlukan consultation boleh terus sms/whatsapp saya untuk konsultansi dan tempahan. Saya menjanjikan consultation dan harga terbaik. InsyaAllah. 

Belanja satu lagi testimoni senasib saya. Jangan biarkan cramp / kejang kaki mengganggu kualiti tidur anda. Bulan February adalah bulan promosi Ostematrix (tablet kalsium) tau. Sangat murah kos sebiji tak sampai 0.50sen tau. 




Harga: RM60 sebotol 120biji (tidak termasuk pos). Untuk promo boleh hubungi sy terus ya



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...