Wednesday, 1 January 2014

Vitamin C Sustained Release Shaklee

Tahukah anda beribu manusia didunia sanggup menghabiskan beribu ringgit demi menyuntik Vitamin kedalam badan/wajah. Ini kerana Vitamin C mampu membuatkan pengamalnya lebih nampak cantik, berseri, awet muda. Kulit juga terlihat lebih cerah gebu dan bebas jerawat

Tahukah anda Vitamin C mudah termusnah?
  • Vitamin C merupakan vitamin yang paling mudah rosak.
  • Vitamin C mudah teroksidasi dan proses tersebut dipercepat oleh panas, sinar, alkali, enzim, oksidator, serta oleh katalis tembaga dan besi.
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C (perokok lebih banyak kehilangan Vitamin C)
  • Stres, pil penahan sakit dan kontraseptif akan menyusutkan banyak vitamin C dari badan
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari?

1. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh disimpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. 
2. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. 

Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan harus meningkatkan pengambilan vitamin c seharian mereka.



Panduan memilih Vitamin C yang bagus?

Menurut Dr Bruce Miller, panduan untuk memilih Vitamin C adalah seperti berikut:

1. Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500mg per tablet.
2. Ianya adalah dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa (sustained release/time release)

3. Mengandungi “bioflavonoids” yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg “bioflavonoids”.
4. Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tubuh badan.


Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah tertekan (stress)
  • Kulit sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah selesema atau bersin
  • Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah mendapat ulcer
  • Mudah demam
  • Penyakit skurvi
  • Membawa kepada resdung



Manfaat Utama Vitamin C Sustained Release Shaklee :
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Klik untuk baca personal review saya setelah mengamalkan Vitamin C Shaklee sehingga sekarang: SINI

1 botol mengandungi 180biji dan tahan sehingga 6 bulan jika diambil sebiji sehari.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


My Review: Vitamin C Shaklee Sustained Release

Assalamualaikum dearies

Harini nak berkongsi tentang pengambilan supplemen semulajadi Vitamin C Shaklee Sustained Release. Saya panggil ia Vitamin Cantik. Vitamin C Shaklee adalah produk Shaklee pertama yang saya makan. Sejujurnya saya tidak sukakan vitamin/pil tapi atas desakan jerawat yang menghimpit sedari bangku sekolah saya rasa tak boleh bertangguh lagi. Another reason saya ambil Vitamin C adalah saya takutkan wajah yang tua sebelum usia atau kelihatan tua. Padahal ketika itu umur saya baru sahaja 24 tahun tapi takut sangat fikir beberapa tahun lagi akan 3series hehe. Kebaikan Vitamin C ianya akan merangsang penghasilan kolagen so struktur kulit lebih cantik dan tegang.

Ok pengalaman sendiri zaman sekolah berasrama, setiap kali pulang ke rumah ketika bercuti dari asrama, ibu pasti membekalkan Vitamin C dengan tujuan menghilangkan jerawat teruk diwajah ketika itu. Tapi tak makan malah dibiarkan sampai expired dalam locker asrama. Menyesal ikut kata hati taknak lawan perasaan tak suka telan pil/vitamin.

Penghujung 2012, ingat lagi tarikh 06/10/2012 saya order kat salah seorang pengedar Shaklee yang dikenali ketika dialam maya. Jangan tak tahu drama ok nak mendapatkan sebotol Vitamin C Shaklee ini sebab selalu OUT OF STOCK @ TEMPORARILY OUT OF STOCK. Memang hot demand sehingga saya pernah terputus bekalan selepas habis stok. October 2013 baru Shaklee release batch Vitamin C semula. Dan kalau nak tahu itulah vitamin pertama saya beli dengan gaji sendiri. Nostalgia kan hehe. Everyday makan tanpa skip. Kalau terlupa sehari tuh mungkin sebab tertidur awal sebab kadang-kadang saya makan pagi before pergi kerja or malam before tidur.





Ok mari saya senaraikan sedikit kisah saya dengan Vitamin Cantik ini

1. Masalah jerawat: semakin pulih dan pulih. Allah sahaja yang tahu betapa menggerutunya kulit saya dahulu. Kasar! Sekarang lebih lebih baik. :)
2. Masalah liang pori besar: pori-pori semakin mengecil dari dulu tapi belum memuaskan hati. Nak liang pori yang kecil. Tapi memang ada perubahan. Suka :)
3.  Imunisasi meningkat: kurang dijangkita demam/selesema. Sementelah saya sendiri jarang jatuh sakit. Alhamdulillah. Jika demam/selesema cuba patahkan dua Vitamin C dan telan. Lebih cepat kebah. Atau ambil 2 biji sekaligus
4. Gusi berdarah: Kekerapan gusi berdarah salah satu punca saya bertekad ambil Vitamin C. Sehingga kini tiada lagi masalah skurvi/gusi berdarah. Syukur Alhamdulillah
5. Kulit kusam: saya perasan kulit lebih cerah berbanding dahulu sebab dulu kulit kusam sebab banyak sangat parut jerawat dan parut jerawat semakin hilang. Sedih tengok gamba zaman study, macam lori kicap tumpah :(

Pengalaman adik perempuan saya sendiri yang menghidap resdung kini simptom resdung semakin berkurang. Tiadalah setiap hari asyik bersin setiap waktu pagi lagi. Yang adik lelaki pula juga ada simptom resdung and muka banyak naik jerawat sejak habis latihan PLKN. After saya suggest makan Vitamin C, perubahan pertama jerawat semakin berkurang day by day, bekas and jerawat2 lama yang besar makin pudar in other word kulit semakin licin and surprisingly makin cerah. Serius muka dia teruk naik jerawat after PLKN. Makin hensem la adik teman sejak berShaklee hehe




Oleh kerana ia supplement pertama, saya telah membaca banyak artikel berlainan bahasa untuk mengukuhkan pemahaman saya tentang Vitamin Cantik ini. Berikut adalah rumusan saya ketika itu. 
  1. jangan pilih vit c yang without bioflavonoids..ok apakah bioflavonoids? kalau nak tau, vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids cuma ada semata-mata asid askorbik saja. Asid askorbik mesti kena berganding bahu dengan bioflavonoids. Dengan kata lain, kalau korang usha ingredients kat botol Vit C cuma ada asciorbik acid, saja, ia tak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.  Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus dimana ia  membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. So bioflavonoids yang ada dalam Shaklee contohnya bioflavonoids dari oren, lemon dengan grapefruit..pergi buat survey kat famasi
  2. Sustained Release..Vitamin c shaklee adalah bersifat sustained release atau lebih mudah, pelepasan perlahan-lahan...dimana sebagai contoh if vit c yang kita ambil 500mg, maka ia akan dilepaskan secara perlahan-lahan..so kita akan mendapat manfaat setiap beberapa jam 
  3. No artificial flavours, sweeteners, colours or preservatives added.
  4. dan yang pasti vit c shaklee nie 1 biji = 7 biji oren...WOW...sebijik oren pon susah nak habis...hebat aku nanti makan sebiji vitamin c saja dah dapat manfaat tujuh biji oren..

Lagi satu dari anda beli jenama Vitamin C diluar sana yang mahal tetapi tiada Bioflavanoid, dan bukan vitamin semulajadi seperti Shaklee, better beralih pada Shaklee. 180biji tahan 6 bulan. Harga tersangat berbaloiiii. PM saya untuk harga istimewa dan boleh chat untuk dapatkan full consultation.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Testimoni Vitamin E Shaklee (Awet Muda Bebas Jerawat & Jeragat)

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.


Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 


VITAMIN E juga bertindak sebagai:

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Kebaikan Grape Seed dalam Vitamin E: 
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Testimoni Vitamin E Shaklee










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Vitamin E Shaklee (400IU)

Anda pernah mengamalkan pengambilan supplement Vitamin E? Jika anda teruskan pembacaan pasti anda terasa alangkah ruginya tidak berkenalan dengan Vitamin E sejak dulu. Selaian terkenal sebagai perawat masalah  kulit terutama sekali kulit bermasalah, jeragat, Vitamin E juga mampu merawat masalah kesuburan jika diambil oleh suami. Tidak hairan ia juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Ehemm ehemm :)


Sedikit panduan jika memilih Vitamin E, pastikan ia dilengkapi dengan Selenium. Selenium bekerja bersama-sama Vitamin E untuk mempertahankan sel dan tisu bdan dari dimusnahkan. Jika anda mengambil supplement Vitamin E selain Shaklee, perhatikan botol vitamin anda samada terkandung Selenium atau tidak.


1 kg  benih gandum || 500ml minyak safflower || 8kg bayam || 500g badam 400 UI Vitamin E

Perbezaan Vitamin E Shaklee
  • ia diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta)
  • Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran
  • Ia mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memeliharan membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot
  • Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina
  • Tambahan Se dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma
Manfaat Utama Vitamin E Shaklee
1. Melindungi jantung
  • pengambilan harian 800 iU vitamin E elok untuk jantung yang sihat
  • melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid
  • meningkatkan kolesterol HDL
  • mengurangkan tekanan darah
  • menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri
  • menghalang anemia hemolitik
  • penyakit jantung dll
2. Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Kajian menunjukkan vitaminE mampu memulihkan kemampuan refroduktif
  • para lelaki yang mengambil 600 iU – 800 iU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
3. Anti-penuaan
  • 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan
  • mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan
  • ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
4. Anti-oksidan yang kuat
  • pengambilan lebih dari 1,200 iU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser
  • mengukuhkan sistem imun
  • menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor
  • mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan
5. Kelestarian tenaga
  • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
6. Memperbaiki arthritis
  • meningkatkan keanjalan salur darah
  • memperbaiki kitaran darah
  • merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
7. Menghalang keguguran
  • merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, simptom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush
  • digunakan pada kajian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
8. Memperbaiki parut
  • memperbaiki bengkak dan ulser kulit
  • boleh digunakan terus pada bahagian luka untuk mengurangkan kesan parut
Nota: Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas

Cara kenalpasti Vitamin E Semulajadi

1. Sumber vitamin E dari d-alpha tocopherol  -'d' yang mana ianya adalah semulajadi dan dapat diserap oleh badan sebanyak 2 kali lebih mudah daripada vit e sintetik
2. Mengandungi Selenium supaya penyerapan Vitamin E yang baik dalam badan

Jika tidak, anda umpama mengambil Vitamin E kosong. Membazir duit dan tiada kebaikan sepenuhnya dari vitamin E. Vitamin E Shaklee mengandungi 120 biji, tahan selama 4 bulan. Sangat jimat. 

Set Lengkap Kecantikan Shaklee
Set Lengkap Kecantikan Shaklee & Testimoni : Klik SINI

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...