Thursday, 9 October 2014

Testimoni ESP Merawat Gastrik

Dengar sahaja perkataan gastrik, pasti yang mengalami gastrik sahaja tahu peritnya gastrik. Anda boleh lihat entry penuh mengenai bagaimana punca dan apakah gastrik itu pada entry di SINI
Bagaimana ESP merawat gastrik?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Testimoni ESP sembuhkan gastrik











Sekiranya anda sudah lama menghidap gastrik dan hanya bergantung pada ubatan setiap kali gastrik menyerang, saya serius cadangkan anda ambil ESP ini. InsyaAllah kelak anda tidak perlu bergantung pada ubatan lagi malahan gastrik semakin pulih bonus kulit licin berseri dengan pengambilan ESP




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Wednesday, 8 October 2014

Tips Merangsang Kehamilan & Cadangan Supplement Yang Bersesuaian

Kehamilan adalah sesuatu yang dinanti oleh seorang wanita bergelar isteri. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, tidak semua wanita cepat diberikan rezeki untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan. Pokok pangkal, jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa pada Dia.




Berikut antara tips bagi merangsang kehamilan yang mungkin boleh dijadikan panduan buat kita semua. Sumber: SINI

  • Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.
  • Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  • Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  • Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  • Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  • Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  • Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  • Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  • Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  • Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:



Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:

1) Zinc Complex


Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 


Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.



3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex


Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

7) Vitamin C

Memiliki tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Vita -C Shaklee adalah jenis ' sustained release ' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

8) Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday, 30 September 2014

Busaba Heavenly Thai @ Bangsar Shopping Centre (BSC)

Assalam,

Melayan kegilaan tekak boss yang always looking for Thai food, boleh naik jemu haha sebab everytime keluar site dengan dia mesti cari Thai Food

Boss: Nurul, you want Thai food or western for lunch? If Thai we go to Ayutthaya if western we go Victoria Station
Me: Thai la *dalam hati nak makan western tapi dia suka sangat Thai food*

So time haritu kami pergi Sri Ayutthaya. Walaweyhhh kesedapan ayam pandan dia teringat sampai hari ini. By the way entry ini nak cerita pasal Busaba Thai la hehe. Lets proceed. 

Kebetulan, saya ada kerja di Menara Mercu dekat dengan KL Sentral, so lunch time boss ajak pergi Banana Leaf yang quite famous kat Bangsar. Saya ini fikir halal ke tak saja. Finally boss bawak pergi Thai Food lagi *hehe*

So ke Busaba Heavenly Thai la kami, actually boleh dikatakan ini lah kali pertama saya jejak kan kaki ke BSC haha padahal semenjak lahir kat Selangor. 

Saya ambil pengajaran lepas taknak dah order banyak2 sebab boss suka order banyak lepas itu menangis nak habiskan. So saya pilih 3 jenis menu sahaja + dessert.

Mango Juice

Prawn Tomyam, Chicken Pandan, Kerabu Mangga

Menu diatas sedap alhamdulillah. Menepati citarasa cuma chicken pandan sedap lagi kat Sri Ayutthaya kot. Tomyam terbaik dan kerabu mangga paling WIN. Sedapp sebab ada serdak2 like ayam goreng macamtuh. 

So for dessert, boss go for water chesnut ....besar betul dalam buah kelapa siap ada hirisan isi kelapa. Recommended. 



and me pulut mangga... kuah santan tuh sedap cuma mangga tak berapa fresh kot. 




Note: Restoran ini serve arak as well so tiada logo HALAL. Masa di receptionist pun the young lady dah well explain and she is Muslim too. So insyaAllah halalan toyibban.

Sebab memang ramai melayu muslim makan sini masa hari jumaat saya pergi tu.


Macam mana nak ke sini? Ada hari yang penuh ya so better make a call for reservation. 

F15,1st Floor. Bangsar Shopping Centre (BSC) 285, Jalan Maarof. Bukit Bandar Raya. 59000 Kuala Lumpur
Tel : +603 - 2093 7708
Fax : +603 - 2093 7710

Operating Hours:
Sunday - Thurday : 12.00pm - 10.00pm
Friday & Saturday : 12.00pm - 11.00pm


Sunday, 28 September 2014

Tempat Makan Best Di Ipoh - Pakeeza Restaurant

Assalam buat readers sekalian,

Anda tercari-cari restoran HALAL, SEDAP dan INGIN MENCUBA KELAINAN, saya suggestkan anda pergi ke Pakeeza Restaurant. They all serve INDIAN cuisine or lebih kepada Pakistan cuisine kot?

Tapi masyaAllah memang mula-mula anda masuk, restoran ini memang boleh tahan cantik deko nya, dan kalau anda nak tahu, lagu Hindustan berkumandang 24 jam dimainkan di TV. Barulah feeling kat India kan hehe

Rating food memang sedap 4.5/5. At first nervous juga takut tak dapat terima dek tekak Melayu ini tapi atas cadangan client kami, kami try la. Worth to try darling. Tapi ikut tekak memasing la ya. 

Oh yaa, owner restaurant ini pun peramah, datang ke meja pelanggan bertanya itu ini, dan dia juga beritahu ada satu lagi restaurant kepunyaan beliau di Greentown, Ipoh which is Ipoh Nasi Ayam Hainan. Dah try juga hari ke3 kami di Ipoh and okay la..like usual nasi ayam hainan, 

Okay bawah ini menu yang saya pilih untuk makan berdua. Boss memang bagi kebebasan memilih pada saya jika kami keluar makan bersama. Untung lagi sebab orang belanja hahahaha. Kita tinggal pilih dan makan saja kan. Time outstation gini memang save poket tau sebab semua boss bayar hehe




♧ Plain briyani
♧ Mutton kerahi (palinggggggggg sedaaaapppppp)
♧ Aloo gobi masala (atas recommend waiter dan sedapp)
♧ Garlic with cheese nan
♧ Tandoori chicken
♧ Kashmiri Tea (pahit sedikit tapi sedap - ada almond flake)

So pastikan JJCM anda di Ipoh termasuk Pakeeza Restaurant okay. Ini bukanlah entry or review berbayar ya tapi review saya sendiri selepas makan direstoran ini.


Macam mana nak datang ke sini?

Pakeeza Restaurant
15-17, Jln Dato Seri Ahmad Said (Green Lane), 30450 Ipoh. 

Specifically, it is situated in Greenhill area, opposite Regal's Lodge hotel on the other side of the road. Tel : 15-17 Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...