Monday, 7 September 2015

Senarai KK yang menjalankan ujian HIV (Selangor)


Klinik Kesihatan Kapar 03-32508355
Klinik Kesihatan Meru 03-33921355
Klinik Kesihatan Pandamaran 03-31658770
Klinik Kesihatan Pulau Ketam 03-31104206
Klinik Kesihatan Pulau Indah 03-31012035
Klinik Kesihatan Pelabohan Klang 03-31658459
Klinik Kesihatan Bukit Kuda 03-33488174
Aneka Klang 03-33748019
Klinik Kesihatan Ibu Anak Klang 03-33718025

DAERAH KUALA LANGAT
Klinik Kesihatan Banting 03-31871333
Klinik Kesihatan Sijangkang 03-31226686
Klinik Kesihatan Teluk Datok 03-31871117
Klinik Kesihatan Kanching Darat 03-31871934
Klinik Kesihatan Tanjung Sepat 03-31972880
Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang 03-31227433
Klinik Kesihatan Jenjarom 03-31913066
Klinik Kesihatan Bukit Changgang 03-31491355
Klinik Kesihatan Bandar 03-31201333

DAERAH GOMBAK
Klinik Kesihatan Rawang 03-60916353
Klinik Kesihatan Kuang 03-60371355
Klinik Kesihatan Batu Arang 03-60352287
Klinik Kesihatan AU2 03-42579466
Klinik Kesihatan Selayang Baru 03-61878564
Klinik Kesihatan Taman Kenanga 03-61873039
Klinik Kesihatan Taman Ehsan 03-62727471
Klinik Kesihatan Sg. Buloh 03-61576775

DAERAH KUALA SELANGOR
Klinik Kesihatan Tanjung Karang 03-32698355
Klinik Kesihatan Kuala Selangor 03-32891142
Klinik Kesihatan Jeram 03-32647075
Klinik Kesihatan Ijok 03-32791167
Klinik Kesihatan Batang Berjuntai 03-32719151
Klinik Kesihatan Bandar Tanjung Karang 03-32698333

DAERAH HULU LANGAT
Klinik Kesihatan Semenyih 03-87238355
Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras 03-91758046
Klinik Kesihatan Beranang 03-87667577
Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat 03-90211414
Klinik Kesihatan Ampang 03-42923332
Klinik Kesihatan Kajang 03-87395764
Klinik Kesihatan Ibu Anak Bandar Baru Bangi 03-89258707
Klinik Kesihatan Ibu Anak Cheras Baru 03-42975853
Klinik Kesihatan Ibu Anak Kg. Pandan 03-92847881

DAERAH HULU SELANGOR
Klinik Kesihatan Kubu Bharu 03-60641257
Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu 03-60751261
Klinik Kesihatan Soeharto 03-60461003
Klinik Kesihatan Rasa 03-60573264
Klinik Kesihatan Kalumpang 03-60491426
Klinik Kesihatan Serendah 03-60812500
Klinik Kesihatan Ibu Anak Kuala Kubu Bharu 03-61641257
Klinik Kesihatan Selisek 05-4541352

DAERAH SABAK BERNAM
Klinik Kesihatan Sungai Besar 03-32241358
Klinik Kesihatan Sekinchan 03-32410331
Klinik Kesihatan Bandar Terap 03-32162722
Klinik Kesihatan Parit Baru 03-32136223
Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar 03-32136227
Klinik Kesihatan Sabak Bernam 03-32161355

DAERAH PETALING
Klinik Kesihatan Puchong 03-80611814
Klinik Kesihatan Seri Kembangan 03-89455929
Klinik Kesihatan Shah Alam 03-55186531
Klinik Kesihatan Kelana Jaya 03-78045001

DAERAH SEPANG
Klinik Kesihatan Sg. Pelek 03-31411242
Klinik Kesihatan Salak 03-87061302
Klinik Kesihatan Dengkil 03-87686355


Semoga membantu, as for me saya akan terjah Klinik Kesihatan Sg Buloh, esok try call tanya samada nak buat appointment or terus terjah je




Friday, 5 June 2015

Soya Penyebab Kanser - Benarkah Soya Berbahaya Pada Kesihatan Manusia ?


Soya Bahaya Pada Kesihatan? Shaklee ESP Tidak Elok Untuk Kesihatan?


Sebenarnya dah lama isu ini timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau soya bahaya pada kesihatan terutama dilaman FB. Sampaikan ESP Shaklee yang merupakan Non GMO Soy terkena tempias juga.

Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang agak popular ini memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul inginkan kepastian, teruskan pembacaan anda sehingga selesai ya.

Jika anda rajin mencari artikel atau bahan bacaan mengenai soya, pasti anda disajikan dengan keburukan soya. Cuma yang menjadi persoalan, kebanyakan artikel mengenai soya ini adalah general atau umum dimana hanya menyebut perkataan soya sedangkan soya pada zaman sekarang ada dua jenis iaitu GMO soya dan Non GMO soya, Terdapat perbezaan yang besar antara kedua jenis soya ini.



Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya.

Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika:

  • Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
  • Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari

Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.


Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.


Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan. Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.

Tapi tidak dengan ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP Shaklee dicuci dengan air untukmemastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.


Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik.

Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tips berhenti merokok: Vivix Shaklee



Bagaimana Vivix Shaklee membantu perokok berhenti merokok?

Vivix bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki daripada peringkat yang paling asas iaitu DNA.

Apabila anda minum Vivix, ia akan menyebabkan anda rasa tak suka / kurang rasa lagi pada rokok kerana Vivix akan buatkan rokok anda terasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sedang menolak rokok tersebut.

Vivix sebenarnya membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan. Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan merasa pahit apabila merokok. Yang mana akhirnya perokok akan berhenti sendiri merokok ekoran dari rasa yang mereka alami tersebut.





Monday, 1 June 2015

Promosi Shaklee May-Oct 2015: YES Pack

Apa itu YES Pack?

YES Pack merupakan satu cara untuk anda berjimat kerana dengan setiap pembelian YES pack anda LAYAK untuk mendapat pertambahan 5% untuk setiap vitamin-vitamin dan supplement dalam pakej-pakej wellness yang ditawarkan.

Bayangkan anda beli dengan harga ahli yang mana lebih 10-25% lebih rendah dari harga pasaran, YES Pack add lagi 5% diskaun dari harga ahli. Untung kan.


Terdapat 4 YES PACK yang ditawarkan:
  • YES Healthy Prenatal
  • YES Healthy Postnatal
  • YES Healthy Fitness
  • YES Healthy Young Living

Lagi Best untuk sepanjang bulan Mei hingga Oktober 2015 jika anda daftar ahli, anda LAYAK untuk dapat sebotol VITALEA secara PERCUMA sempena 100 tahun VITALEA SHAKLEE. Kenapa anda perlu daftar ahli sepanjang promosi YES ni?





Sebab selain dari dapat Vitalea percuma, point/uv yang ditawarkan bersama YES PACK lebih dari biasa dan pelbagai lagi tawaran HEBAT jika anda menjadi Ahli Shaklee.


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

**HARGA BARU BERKUATKUASA 1 APRIL 2015 ADD 6% GST**







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...