Anda pernah dengar terma Menorrhagia atau lebih tepat haid berpanjangan/dalam kuantiti yang banyak?
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Haw Wan Lye berkata, hampir tiga puluh peratus atau tiga daripada 10 wanita mengalami haid yang berlebihan atau menorrhagia dari tempoh mereka baligh sehingga menopaus.
"Namun mereka mungkin malu untuk berbicara mengenainya dan ramai yang tidak faham bahawa menorrhagia sebenarnya satu masalah yang boleh dirawat. "Kebanyakan mereka hanya membiarkan sahaja walaupun menyedari ia sebenarnya sangat mengganggu aktiviti harian, sosial dan kekeluargaan," kata beliau.
Malah katanya, lebih merunsingkan kerana menorrhagia juga sangat berkait dengan mood seseorang. Mereka yang mengalami masalah ini akan mendapat simptom seperti sakit ketika haid, rasa pening disebabkan anemia, sesak nafas dan sakit kepala.
Jelas beliau, haid luar biasa dengan kuantiti yang berlebihan untuk tempoh yang lama boleh dikelaskan sebagai menorrhagia. Atau andai anda mengalami haid melebihi tujuh hari atau ia terlalu banyak sehingga memaksa anda menukar lampin wanita setiap satu atau dua jam, itu menandakan anda sedang mengalami masalah menorrhagia.
"Sebenarnya untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami menorrhagia tidak sukar. Namun kadangkala ia agak subjektif kerana dari segi pertukaran lampin wanita, ada sesetengahnya kerap menukar kerana berasa tidak selesa," kata beliau.
Bagaimanapun kata kata Dr. Haw, seseorang itu mungkin tidak sedar mereka mengalami menorrhagia kerana menganggap pendarahan mereka normal kerana ia berlaku setiap bulan tanpa berbincang dengan orang lain. Tambah Dr. Haw lagi, masalah itu bukan sekadar melibatkan keadaan fizikal sahaja malah 60 peratus wanita yang mengalaminya terpaksa melupakan aktiviti sosial dan bersukan, 80 peratus terganggu aktiviti seksual manakala 33 peratus lagi menjejaskan urusan di tempat kerja. Dari segi emosi pula, 77 peratus mengalami kemurungan dan moody, 75 peratus rasa berdebar-debar dan 57 peratus lagi hilang keyakinan diri. Sumber artikel: SINI
Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan
1. Ketumbuhan bukan kanser.
Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.
2. Kanser Pangkal Rahim.
Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.
3. Penggunaan alat perancang keluarga.
Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.
4. Kehamilan luarbiasa.
Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.
Atasi masalah haid berpanjangan dengan GLA Complex. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik. (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di SINI
Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Testimoni GLA Complex bagi masalah period berpanjangan
No comments:
Post a Comment