Sunday, 7 September 2014

Journey to Breastfeeding: Menyusu Anak Menurut Perspektif Islam



Memiliki cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan penyambung zuriat keturunan. Bagi ibu hamil saat si kecil menendang perut ibu adalah pengalaman terindah dalam hidup. Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan, mana-mana ibu pasti berkata “Tiada rasa sakit sehebat sakit melahirkan anak”.

Saat lahirnya si kecil dan diletak dalam dakapan ibu, automatik hilang semua rasa sakit tadi. Yang ada hanya air mata kegembiraan apabila melihat wajah si comel. Dan bermulalah tugas paling murni buat si ibu iaitu menyusukan anak.

Penyusuan susu ibu ini ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersirat. Malah penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam diri seorang wanita.

Secara azalinya, seorang bayi mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan (jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran. Dari sudut rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu dalam dunia asing yang serba baru baginya.

Maka sebab itulah, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:


“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anak ni. Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T buat ibu-ibu yang menunaikan kewajipan untuk menyusukan anak. Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid di mana ustaz itu memberitahu seorang ibu WAJIB menyusukan anaknya jika dia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.

Malah dalam riwayat lain ada diceritakan dengan terperinci bahawa salah satu seksa kubur adalah wanita yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu ada disebutkan Rasulullah S.A.W. bersabda

“Lalu dia mengajakku pergi dan aku mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya. Aku bertanya, “Ada apa dengan mereka?”. Ia menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya”.

Begitulah pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif Islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu-ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang ibu semasa buat check-up anak dan mereka terkejut saya masih fully breastfeed baby. Mereka dah lama stop sebab katanya leceh bila dah bekerja. Nak kena pump la. Jadi senang bagi formula je. Itu terpulanglah pendapat ibu masing-masing kan. Bukan hak saya untuk menilai orang. Tapi sabda Rasulullah di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa wajibnya ibu untuk berusaha menyusukan anak selagi mampu.
 
Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akan akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu kali pertama menyusukan anak kan. Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Betul tak mommies?

Set Menyusu Shaklee: Set Basic dan Set Lengkap: Klik SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...