Showing posts with label Set Mata Sihat Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Mata Sihat Shaklee. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Kebaikan Carotenoid Kepada Kesihatan Mata - Carotomax Shaklee




Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap. 

Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya. Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.


Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?
  • Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas (kulit lebih cantik)
  • Sumber Vitamin A terbaik (untuk kesihatan mata dan kulit)
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membetulkan fungsi organ tubuh
  • Mencegah kanser
  • Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  • Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
  • Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
  • Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
  • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
  • Membina semula sel-sel yang rosak.
  • Melindungi dari rabun malam.
  • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
  • Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya


Mengapa Carotomax Shaklee adalah pilihan terbaik

a) Lebih selamat dari Vitamin A

Pengambilan Vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kesan toksik. Beta karotena, iaitu prekursor Vitamin A, didapati selamat untuk diambil. 

b) Mempertingkatkan Penglihatan

Mengekalkan penglihatan dalam gelap, membantu masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata lesu, tidak boleh fokus, glaukoma, katarak, eyebags dll. 

c) Meredakan penyakit kulit

Pengambilan yang banyak boleh membantu masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. penggunaan luaran juga boleh untuk pustule, scabies, akne dan ulser kulit. 

d) Melindungi sel epithelial

Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga mulut, usus, perut, paru paru, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, dan merawat ulser saluran usus. 

e) Membantu melawan kanser dan Oksidasi

Pengambilan yang kerap (beta-karotene) mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel kanser. 
mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel mati yang teroksida. 

f) Menghalang Infeksi/ Imunisasi

Ia merangsang enzim pembunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respirotari seperti batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema. 

g) Menggalakan perkembangan yang normal

Merangsang perkembangan kanak kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduktif. 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Saturday, 18 January 2014

Carotomax Shaklee - Penawar Rabun/Silau/Katarak

"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata"



Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.
Antara fungsi fungsi terpenting mata adalah:
  • Ketajaman penglihatan (Visual acuity)
  • Penglihatan binokular & stereoskopik
  • Persepsi warna
  • Keseimbangan badan dalam mobiliti
Gangguan terhadap salah satu fungsi pebglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom gangguan fungsi penglihatan adalah:
  • Pening kepala
  • Pedih mata
  • Cepat mengantuk
  • Hilang kosentrasi
  • Kabur penglihatan
  • Mata berair



Shaklee juga mempunyai Vitamin A untuk kesihatan mata yang lebih dikenali dengan Carotomax. Vitamin A umumnya membantu kesihatan penglihatan, pertumbuhan dan memperbaiki tisu serta menjaga kesihatan kulit dan rambut. Tidak hairanlah ada pengguna Carotomax menyatakan kulit lebih licin malah masalah kulit berlubang dapat diatasi. Rabun hilang bonus kulit yang cantik. 

Bagaimana Carotomax Shaklee membantu dalam kesihatan mata?

Carotomax menyalurkan 5 daripada karotenoid penting yang di pilih gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.  Perlindungan sel-sel dari dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. 





5 Sebab CarotoMax Shaklee Paling Berkhasiat :-


• Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta karotena adalah 8 mg setiap hari. Dengan CarotoMax, kita akan memperolehi 13 mg.

• Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang dan menjaga secara khusus kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostate dan serviks.

• CarotoMax berfungsi menguatkan sistem imun.
• Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak broccoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
• Pengambilan carotomax menyamai dengan Beta Karotena yang sama dengan pengambilan 102 hidangan Pisang, Lycopena yang sama dengan pengambilan 714 hidangan Apricot, Lutein dan Zeaxanthin yang sama dengan pengambilan 285 hidangan Anggur Pink, Alpha Karoten yang sama dengan pengambilan 89 hidangan Raspberi.


Carotomax amat berguna dalam :-


• Kesihatan retina mata - Mengurangkan Rabun.

• Kesihatan tulang.

• Kesihatan tisu kulit - Memudarkan jeragat.
• Pembentukan sel darah putih dan sel darah merah.
• Pembentukan membran mukus.
• Mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat


Nota penting :-

Vitamin A terdapat dalam 2 bentuk iaitu Preformed Vitamin A dikenali sebagai Retinol dan Pro-Vitamin A yang dikenali sebagai Carotene. Beta Carotene merupakan bentuk vitamin A yang SELAMAT kerana tidak memberikan kesan toksik jika diambil berlebihan seperti Retinol. Tambahan pula ianya menunjukkan potensi untuk mencegah beberapa jenis kanser, membantu merendahkan tahap kolestrol, berkesan dalam meningkatkan system imunisasi badan dengan meningkatkan bilangan infection-fighting T lymphocytes ( T-cells)  serta dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.** 


Sedikit testimoni Carotomax Shaklee:-







** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat

Assalamualaikum. Hari ini teringin nak berkongsi dengan anda 6 makanan terbaik untuk mata yang sihat. Sambil mendapatkan khasiat sayur, kita juga dapat meningkatkan kesihatan mata. Saya sendiri tidak bercermin mata tapi sejak bekerja faham sahajalah duduk menghadap komputer dari pagi hingga petang. Boleh berpinar mata. Lagi-lagi orang IT memang menghadap PC sahaja lah

Ok mari saya kongsikan 6 makanan terbaik untuk mata yang sihat. Sumber saya perolehi dari SINI. Semoga bermanfaat. 

        


Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi
dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan. Merujuk kepada American Optometric Association,  lutein dan zeaxanthin (yang terkandung di dalam sayur tersebut) digambarkan sebagai "internal sunglasses" yang berfungsi "menapis gelombang biru" yang berada di persekitaran kita.





Tiram (Oysters)

Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.

Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram, anda juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.





Aprikot

Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.

Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.







Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)

Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.

Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.



Telur

Telur adalah satu lagi makanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.

Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adlah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.







Gandum

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.

Selain daripada gandum, anda juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.


Selain 6 makanan diatas, Carotomax Shaklee juga sangat-sangat membantu penglihatan yang baik. Dengan izinNya jua. Lihat testimoni dibawah.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...