Showing posts with label Set Puasa Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Puasa Shaklee. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Tips Persediaan Berpuasa Ibu Menyusu - Mengelakkan Dehidrasi Dengan Performance Drink

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi. Sumber: SINI


Simptom-simptom dehidrasi yang teruk:
  • Terasa ingin pitam terutamanya selepas sesi mengepam dan menyusu anak.
  • Sakit kepala dan rasa seperti hendak demam.
  • Air kencing bertukar pekat dan berbau kuat.
  • Tekak loya dan rasa ingin muntah.
  • Tubuh menggigil.
  • Tubuh terasa lesu dan otot sakit.
  • Emosi tak stabil dan mudah marah.



Tips yang membantu untuk para ibu:
  • Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang dan minum cukup air.
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa dan bertawakallah banyak-banyak kepada Allah SWT.
  • Bersedia dari segi fizikal dan mental






Umumnya, ibu yang menyusu anak diberikan kelonggaran atau istilahnya ‘ruhksah’ dalam Islam untuk berbuka dengan syarat yang diizinkan syarak. 

Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. 

Secara tuntasnya, sebagai langkah proaktif bagi ibu- ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang- wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah. Sumber: SINI


rasa oren yang sedapppp


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday, 19 June 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014

Menurut takwim Islam, umat Islam akan mula berpuasa pada awal ramadhan, Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri di Malaysia juga akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi siaran televisyen. 

Klik pada negeri masing-masing dibawah untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak di tempat anda

Disini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pelanggan setia kami dan seluruh umat Islam di Malaysia

Hayati keindahan puasa bersama Shaklee agar kekal bertenaga sepanjang hari. 





Friday, 21 March 2014

Performance Drink Shaklee - Membantu Mengelakkan Dehidrasi


Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal - Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
  • Kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.






Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee:
  • Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  • Para pesakit yang menghidap gout.
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  • Anak-anak yang demam.
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...