Showing posts with label faraj berbau. Show all posts
Showing posts with label faraj berbau. Show all posts

Tuesday, 3 November 2015

Meruang

Credit to Siti Aishah (Kak Ice)

RAWATAN MERUANG

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


POSISI MERUANG


Gaya mcm ni pun boleh. Angkat satu kaki ke atas

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl


CARA MERUANG





Kira ruas jari. Wanita dh berkahwin kena jolok jari smpai ruas ke 3. Anak daro...sampai aras 1 sudah.....jgn melobih2. Pocah daro lak kang.

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. 
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha , perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu.


Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.

Selepas dikorek, bilas sehingga bersih. Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat. Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dan lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur. 

Selamat mencuba!



Note: I still takut nak buat. Lagi 24 days nak bergelar Puan. Nak cuba takut-takut haha



Tuesday, 6 May 2014

Kegatalan Pada Bahagian Faraj - Rawat dengan Supplement Shaklee

Kegatalan pada faraj sehingga memaksa anda menggaru dengan kuat? Kesannya kawasan terlibat menjadi pedih terutama sekali ketika membuang air. Adakah anda pernah mengalami situasi ini. Nasihat saya jangan sesekali ambil remeh hal berkaitan alat sulit ini. Mencegah lebih baik dari merawat kan. 



Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.


a) Infeksi

Kegatalan faraj juga disebabkan infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus. Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru).


b) Kudis buta

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam.



Rawatan


Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk tiga malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci.

Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Hanya dengan cara meniadakan penyebab gatal-gatalnya, keluhan yang biasa mengganggu tidur malam itu, boleh diredakan. Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, pengharum pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen.

Sumber artikel: SINI


Tips dan panduan untuk mengelakkan masalah berulang atau terjadi (sumber: SINI)
  • Elakkan guna sabun/feminine wash. Ini boleh menyebabkan faraj menjadi kering dan ia boleh mengubah keadaan pH yang sepatutnya normal pada faraj hingga menyebabkan rasa gatal 
  • Elakkan guna tissue yang wangi pada faraj (yang biasa digunakan untuk mengelap)
  • Amalkan mencuci faraj dari depan ke belakang, iaitu dari lubang kencing ke bawah, bukan bawah/belakang ke atas/depan. Ini untuk mengelakkan terkena lubang dubur (yang ada bakteria) ke dalam lubang kencing/faraj
  • Tukar pakaian dalam dan lain-lain secepatnya apabila lembab. Pastikan pakaian dalam anda adalah kering. Pakaian terutama seluar dalam yang dibiarkan lembab boleh menyebabkan masalah gatal
  • Pastikan kawasan faraj kering dan bersih sentiasa - seluar dalam sering ditukar setiap hari, guna jenis cotton atau hypoallergenic
  • Kurangkan berat badan jika berat berlebihan


Shaklee juga menawarkan cadangan supplement yang membantu mengatasi masalah kegatalan pada faraj yang disebabkan oleh masalah keputihan yang melampau. Berikut ialah cadangan supplement dan bagaimana supplement berikut membantu mengawal masalah keputihan.


a) GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


b) Alfalfa Complex (recommended)
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

c) ESP (Optional)

ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baiksemua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan, fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...