Showing posts with label kelebihan & Kebaikan Vitamin B-Complex. Show all posts
Showing posts with label kelebihan & Kebaikan Vitamin B-Complex. Show all posts

Saturday, 11 January 2014

Kepentingan Asid Folik Sepanjang Kehamilan & Merancang Hamil

"Teringat kata-kata kakak saya semalam, kerana keinginan untuk dapatkan cahaya mata selepas beberapa minggu berkahwin, beliau amalkan Asid Folik. Sebulan selepasnya, dapat khabar gembira dan hari ini anak buah kesayangan saya genap sebulan satu hari. Alhamdulillah auntie ieyka love baby Zhafran so mucho!" ok jom baca manfaat asid folik untuk hamil dan ketika awal kehamilan


Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen yang ada  FOLIC ASID?
Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

Vitamin B-Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.




Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)? 
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saturday, 4 January 2014

Vitamin B-Complex Shaklee

Perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
  • Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
  • Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
  • B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
  • Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
  • Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
  • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
  • Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.
Khasiat utama vitamin B-Complex
1. Menukar makanan kepada tenaga
  • Membantu penghadaman
  • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut
5. Baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
6. Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9. Detoksifikasi
  • meredakan alahan
Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
  • mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
  • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
  • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
  • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN
  • B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan

Set Lengkap Kecantikan Shaklee & Testimoni : Klik SINI

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...