Wednesday, 27 January 2016

Makan dengan SIHAT semasa mengandung


Dikongsi dari blog Dr Norman: Link article HERE


Pemakanan yang sihat dan betul adalah amat penting semasa wanita mengandung. Pemakanan mempengaruhi perkembangan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Mengikut kajian kesihatan , ibu mengandung perlu menambahkan kalori sehingga 300kcal semasa mengandung berbanding sebelum mengandung untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan. Walaupun mungkin terdapat masalah loya, muntah-muntah dan hilang selera makan semasa awal mengandung tetapi ianya adalah sementara sahaja dan ibu-ibu masih perlu makan makanan yang sihat semasa melaluinya. 

Tetapi terdapat sesetengah ibu mengandung yang makan lebih dari 300kcal dan mengikut selera sahaja tanpa mempertimbangkan faktor makanan sihat. Walaupun digalakkan menambahkan kalori makanan semasa mengandung , makan berlebih-lebihan semasa mengandung boleh mengakibatkan masalah kegemukan, darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung. Oleh kerana itu, adalah amat penting ibu-ibu mengandung mempunyai ilmu yang betul tentang pemakanan sihat. 


Ada beberapa tips tentang pemakanan yang sihat dan betul semasa mengandung: 

1. Makan pelbagai jenis makanan dan jangan hanya banyak makan karbohidrat sahaja jika terasa lapar. Anda tidak digalakkan terlalu banyak makan makanan proses seperti kek, roti putih, biskut, mee segera, kuih-muih, mee, mee hoon, jajan, kerepek dan sebagainya kerana ianya tidak mengandungi zat-zat yang secukupnya.Makanlah nasi dengan sayur atau ulam dan lauk seperti telur, ikan, ayam atau daging. 



2. Makanlah sayuran jenis berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebaginya patut dimakan selalu untuk mencegah masalah sembelit disamping membantu mendapatkan zat besi yang ama penting untuk ibu mengandung. Sayuran berdaun hijau mengandungi zat asid folik dan zat besi yang penting untuk proses membina sel-sel darah merah dan mengelakkan masalah anaemia atau kekurangan hemoglobin darah. Kekacang seperti kacang kuda, kacang hitam, kacang merah juga mengandungi zat ini. Zat asid folik juga boleh mencegah masalah kecacatan tulang belakang atau spina bifida pada bayi. 



3. Makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, oat, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan kegemukan melampau dan juga melawaskan buang air besar. 

4. Anda juga digalakkan mengambil susu atau apa-apa produk tenusu seperti dadih, yogurt atau sebagainya untuk membekalkan zat kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Susu juga mengandungi protein yang baik. Kadar RDA untuk kalsium sehari adalah 1000mg hingga 1300mg untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Sumber kalsium yang lain adalah keju, sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam, makanan laut, ikan bilis dan kekacang. Pengambilan vitamin D juga amat penting untuk memastikan kalsium yang diambil diserap sepenuhnya. Vitamin D boleh didapati dengan mendedahkan kulit pada cahaya matahari setiap pagi dan juga melalui suplemen atau makanan yang ditambah dengan vitamin D seperti susu, telur dan ikan. 


5. Makanlah banyak buah-buahan pelbagai jenis seperti buah mangga, betik, jambu, pisang, tembikai, epal, limau, oren, tembikai susu, pear, anggur, buah naga dan pelbagai jenis buah lagi mengikut kesukaan anda. Buah-buahan amat kaya dengan semua jenis vitamin seperti vitamin C, B kompleks, mineral seperti magnesium,zink, kalium dan sebagainya. Keperluan Vitamin C bertambah semasa mengandung untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma, buah tin, apricot dan lain-lain juga digalakkan. Buah kurma adalah amat baik untuk ibu mengandung dan digalakkan diambil dengan susu. 


6. Pemakanan yang tinggi dengan zat Vitamin A seperti lobak merah, keledek, labu, bayam, apricot, mangga, betik dan sebagainya juga amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat. 


7. Ibu-ibu mengandung juga digalakkan mengambil supplemen mutivitamin, vitamin C, vitamin E, Omega 3 sebagai zat makanan tambahan semasa mengandung untuk memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan dalam pemakanan seharian. Tetapi pemakanan sihat setiap hari adalah amat penting dijaga dan diteruskan walaupun anda mengambil pil-pil suplemen. 



Terdapat juga beberapa makanan dan tabiat buruk yang patut dielakkan semasa mengandung kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan dan ibu yang mengandung.


1. Kurangkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula akan menyebabkan masalah naik berat badan yang tidak terkawal. Disamping itu ia juga menyebabkan risiko mendapat masalah Diabetis semasa mengandung. 



2. Elakkan makanan proses seperti mee segera, jajan, kerepak yang kaya dengan pengawet, perasa tiruan dan pewarna makanan yang tidak sihat untuk bayi dalam kandungan.

3. Elakkan juga penggunaan gula tiruan atau saccharin. Bahan ini banyak diletakkan dalam makanan proses dan minuman manis. Saccharin boleh menembusi uri dan masuk kedalam bayi dalam kandungan dan menyebabkan masalah kemudian apabila bayi membesar. Saccharin dikaitkan dengan risiko kanser. Elakkan juga pemanis tiruan lain seperti aspartame, acesulfame dan sucralose kerana ia boleh meransang ibu-ibu mengandung untuk makan benda-benda manis dan selera makan yang tidak terkawal. 

4. Kurangkan minum kopi dan minuman berkarbonat kerana kandungan kafein yang berlebihan adalah tidak sihat untuk bayi dalam kandungan. Hadkan kopi kepada dua cawan sahaja sehari maksimum. Cokelat juga mengandungi kafein, oleh jangan makan cokelat yang berlebihan semasa mengandung. 

5. Bagi yang bukan muslim, elakkan minuman beralkohol secara total semasa mengandung kerana alokohol boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, terencat akal pada bayi, kecacatan semasa kelahiran dan berat bayi yang rendah. Alhamdulillah bagi umat Islam , minuman arak ini sememangnya diharamkan sepanjang masa.

6. Kurangkan makan ikan yang besar seperti ikan jerung, tuna, ikan todak, jenahak kerana ikan-ikan yang besar ini mengandungi kandungan logam raksa atau merkuri yang tinggi dan ianya tidak sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 


Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang keterlaluan boleh lah makan sikit-sikit secara kerap. Tiada masalah mengambil buah-buahan yang masam untuk mengurangkan rasa loya, tetapi janganlan makan jeruk atau buah kering seperti asam masin untuk mengurangkan rasa loya kerana ianya tidak sihat kerana penuh dengan pengawet dan perasa tiruan.

Bagi ibu yang menghadapi masalah sembelit terutama pada bulan-bulan terakhir semasa mengandung, anda dinasihatkan makan lebih banyak sayuran hijau, ulam-ulaman dan juga buah-buahan disamping minum air kosong yang lebih sehingga 10 gelas sehari. 

Ada juga ibu-ibu yang menghadapi masalah pedih ulu hati semasa sedang sarat mengandung. Untuk mengatasi masalah ini makanlah secara kerap dengan jumlah makanan yang lebih sedikit sepanjang hari dan minumlah susu dengan lebih kerap. Ibu juga boleh minum susu kacang soya jika tidak suka minum susu biasa. Elakkan minuman berkarbonat, jus oren, kopi dan lain-lain minuman masam jika anda mempunyai masalah pedih ulu hati.

Makanlah secara sihat semasa mengandung untuk mendapat anak yang sihat dan comel dan mengurangkan risiko mendapat penyakit pada kemudian hari. 



Wassalam 

Dr Norman Mohd Norawi 
(MBBS, FAGE, MScAAARM)



Tuesday, 12 January 2016

Doa Untuk Bayi Dalam Kandungan



Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam



Saturday, 14 November 2015

Petua Cepat Hamil Dengan Taugeh (kacang hijau)

PETUA CEPAT DAPAT ANAK (copy paste from FB)



Bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak (mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.


************************************************************************

Atau anda juga boleh beriktiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Terdiri dari set asas sehingga set premium untuk suami dan isteri. Refer SINI






Testimoni #1





Tuesday, 3 November 2015

Meruang

Credit to Siti Aishah (Kak Ice)

RAWATAN MERUANG

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


POSISI MERUANG


Gaya mcm ni pun boleh. Angkat satu kaki ke atas

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl


CARA MERUANG





Kira ruas jari. Wanita dh berkahwin kena jolok jari smpai ruas ke 3. Anak daro...sampai aras 1 sudah.....jgn melobih2. Pocah daro lak kang.

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. 
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha , perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu.


Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.

Selepas dikorek, bilas sehingga bersih. Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat. Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dan lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur. 

Selamat mencuba!



Note: I still takut nak buat. Lagi 24 days nak bergelar Puan. Nak cuba takut-takut haha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...