Showing posts with label Set Mengandung Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Mengandung Shaklee. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Set Mengandung Shaklee - Nutrien & Vitamin Penting Bagi Ibu Hamil

Ibu hamil pasti tercari-cari supplement yang bersesuaian untuk diambil sepanjang kehamilan. Nasihat saya jika anda sedang mengambil supplement kecantikan bercollagen dan sebagainya yang berlambak dipasaran konon bersesuaian dengan ibu hamil. FIKIR SEMULA.


Point Utama:

a) Multivitamin - penting untuk kesihatan ibu dan membina darah merah bagi mencegah kurang darah
b) Kalsium - untuk membina tulang bayi dan memastikan keperluan kalsium ibu dan bayi mencukupi.
c) Folic Acid - membina sel-sel janin
d) Fish Oil - sumber omega 3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi berkembang





OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard - Fish Oil) - 1 biji sehari (diambil pada trisemester 2&3)

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin Shaklee) -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.




Buntu supplement mana yang patut diambil. Set asas juga disediakan. Boleh consult dengan saya mengkiut bajet dan keperluan anda. 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sakit & Kebas di Bahagian Jari Ketika Hamil (Sindrom Terowong Karpus - Carpal Tunnel Syndrome)

Assalamualaikum, tumpang gembira dengan berita kawan-kawan seperjuangan ketika belajar sedang meniti fasa hamil. Ehem! Ini yang rasa tak sabar nak kahwin. Bukan apa seronok dapat bermain dengan baby hehe 

Ok bila tengok timeline Facebook, ada kawan-kawan mengadu alami simptom kebas-kebas ketika hamil. Anda sendiri yang hamil pernah tak rasa kebas-kebas tangan atau kaki? Apa yang saya faham, itu petanda kekurangan kalsium didalam badan membawa kepada kebas-kebas. Jom audit diri sendiri samada hamil atau tidak samada cukupkah pengambilan kalsium dalam sehari. Anda yang tidak sukakan susu, pasti semasa mengandung kesan lebih hebat. Yang penting buat anda yang hamil dan menyusu sangat-sangat memerlukan kalsium. Jika tidak, bayi anda akan menarik kalsium dari gigi dan tulang anda. Pernah dengar, ibu hamil gugur kesemua giginya kerana kekurangan kalsium? Gerun bukan!



Apakah penyebab kebas ketika hamil?

Sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan.

Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan.


Apakah tanda-tanda lain bagi sindrom terowong karpus?

Simptom-simptom sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini termasuk:

  • sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari
  • sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;
  • genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;
  • jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk.


Bilakah kemungkinan besar saya akan mengalami sindrom terowong karpus?

Simptom-simptom sindrom terowong karpus boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi biasanya ia berlaku dalam trimester kedua atau ketiga, iaitu apabila tangan anda telah mula membengkak.


Apakah penyebab sindrom terowong karpus?

Sindrom terowong karpus berlaku dalam kehamilan apabila terowong karpus di pergelangan tangan (tiub laluan saraf ke bahagian tangan dan jari) membengkak dan menekan saraf di dalamnya.

Apabila kehamilan semakin meningkat, wanita sering mengalami bengkak pada bahagian tangan dan pergelangan tangan, begitu juga di pergelangan kaki dan tapak kaki. Oleh sebab inilah sindrom terowong karpus lebih kerap berlaku dalam trimester kedua dan ketiga, iaitu apabila anda lebih berkemungkinan mengalami bengkak-bengkak.

Tekanan pada saraf oleh terowong karpus yang membengkak itulah yang menyebabkan masalah pada saraf utama yang menuju ke tangan anda dan seterusnya saraf-saraf kecil yang menuju ke ibu jari dan jari-jari yang lain.







Apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kesakitan ini?

Jika anda seperti ramai wanita hamil yang lain, anda mungkin mengalami simptom-simptom sindrom terowong karpus ini pada waktu malam. Setiap kali anda rasa sakit atau kebas, tukarlah posisi tidur anda kerana ini dapat melegakan ketidakselesaan yang anda rasa itu.

Tip-tip lain yang boleh anda amalkan termasuk:
  • elakkan tidur beralaskan tangan anda;
  • jika anda rasa sakit ketika tidur, cuba kibas-kibaskan tangan anda sehingga kesakitan atau rasa kebas itu berkurangan;
  • meregangkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap sepanjang hari mungkin membantu, namun dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan masalah ini semakin teruk;
  • jika boleh, elakkan tugas-tugas yang memerlukan pergerakan tangan berulang-ulang kerana ini boleh menyebabkan simptom-simptom anda semakin teruk;
  • duduk dengan tangan ditinggikan mungkin membantu, contohnya dengan meletakkan tangan di tempat sandar apabila anda duduk menonton tv di sofa.


Tidak banyak kajian dibuat mengenai kaedah rawatan sendiri bagi sindrom terowong karpus, oleh itu anda mungkin perlu mencuba beberapa kaedah bagi mengenal pasti apa yang berkesan bagi. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor atau ahli fisioterapi yang mungkin dapat memberi anda anduh pergelangan tangan - lihat di bawah.





Contoh anduh: Google




Berapa lamakah saya akan mengalami sindrom terowong karpus ini?


Simptom-simptom sindrom terowong karpus, begitu juga dengan bengkak, biasanya akan hilang selepas anda bersalin. Walau bagaimanapun, jika kesakitan itu berterusan selepas bayi dilahirkan, anda mungkin memerlukan pembedahan kecil untuk menghilangkan tekanan pada saraf median, iaitu saraf yang mengunjur dari lengan atas hingga ke tapak tangan anda.


Semasa pembedahan, satu hirisan kecil akan dibuat pada tapak tangan supaya doktor boleh memotong ligamen karpus transvers, iaitu ligamen yang menekan saraf median apabila terowong karpus membengkak dan menyebabkan saraf ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Sebaik sahaja potongan pada ligamen dilakukan, tekanan akan hilang dan membolehkan saraf median berfungsi semula. Sembilan daripada 10 pesakit yang tidak lagi rasa sakit selepas menjalani prosedur ini.


Bilakah saya harus menghubungi doktor saya?

Rujuklah kepada doktor anda jika sakit dan kebas itu mengganggu tidur atau rutin seharian anda. Jangan ambil sebarang ubat penahan sakit tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Doktor anda mungkin mencadangkan supaya anda memakai anduh pergelangan tangan pada waktu malam dan jika boleh pada waktu siang juga, sekiranya simptom-simptom anda mengganggu aktiviti anda. Anduh ini akan mengekalkan pergelangan tangan anda pada posisi yang memaksimakan ruang dalam terowong karpus dan telah terbukti berguna kepada ramai pesakit sindrom terowong karpus.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa pengambilan vitamin B6 setiap hari dapat membantu, tetapi ini hanya benar bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin B6. Jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, anda pasti mendapat kesemua vitamin yang anda perlukan, tidak kiralah samada anda merancang untuk mengambil vitamin antenatal tambahan ataupun tidak.


(sumber artikel: SINI)


Testimoni kebas/bengkak/kejang tangan/kaki hilang dengan pengambilan supplement Calcium Shaklee: Ostematrix








p/s:  These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Berminat untuk mencuba produk diatas? Full consultation and harga istimewa PM saya ya.

anda boleh:

✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...