Showing posts with label Supplement Untuk Sendi. Show all posts
Showing posts with label Supplement Untuk Sendi. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Assalamualaikum....biasa dengar ibu ayah kita mengeluh sakit sendi, sakit lutut, dan sebagainya? Anda silap jika mengatakan bahawa hanya warga berusia saja mengalami sakit sendi. 

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan:
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

"Fakulti Kesihatan Umum di Universiti Michigan menyatakan orang yang terlalu banyak berlutut atau berdiri setiap hari lebih mudah mendapat serangan radang sendi atau sakit lutut"

Hasil kajian yang disiarkan dalam American Journal of Industrial Medicine menunjukkan risiko radang sendi bergantung pada pekerjaan. Sebanyak hampir 30 peratus wanita bekerja sambil berdiri dan 21 peratus lelaki mempunyai pekerjaan yang memaksa mereka berlutut lebih daripada 14 jam bekerja. Golongan ini menghadapi risiko tiga kali lebih besar untuk mendapat radang sendi.

Menurut Dr Nizar, pengambilan suplemen antioksidan dan vitamin sendi seperti chondrotin-glucosamine amat digalakkan untuk proses penyembuhan sendi dan memperlahankan proses penuaan.





Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.




1. Meningkatkan Keselesaan Sendi 

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya (lebih 5,000 tahun ~ merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis). Bahan aktif utama extrak Boswellia ialah Asid Boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulan rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. 
Kajian klinikal mendapati ekstrak boswelia dalam Advanced Joint Health Tablet berkesan dalam masa 5 hari pengambilan dan ia lebih berkesan berbanding jenama terkemuka Osteo Bi-Flex®1 dalam kategori yang sama.

2. Bertindak Sebagai Kusyen

Ekstrak Jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir (bendalir sinovial) bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, penggerakkan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara Tisu Penyambung yang Sihat


Zink, tembaga, mangan dan vitamin c membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan kompenan tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.





Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)



Berminat untuk mencuba produk diatas? Full consultation and harga istimewa PM saya ya.


anda boleh:

✉ SMS | ✆ Whatsapp : 013-734 2887
SID: 1070787
Page : Treenea Damansara Damai - Dinda Beauty & Wellness

Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya (1070787), anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE JADUAL MAKAN EKSLUSIF UNTUK CUSTOMERS SHJ

Saturday, 25 January 2014

Set Sendi Shaklee ( Set Ibubapa Paling Popular )

Entry kali ini akan menerangkan lebih mendalam mengenai Set Sendi dan juga dikenali antara Set Ibubapa yang popular ini dimana ia membantu mereka yang mengalami masalah sakit sendi. 

Itulah dia Set Sendi Shaklee dimana ia terdiri dari gabungan vitamin hebat Ostematrix, Omega Guard dan Advanced Joint Health Tablet.



Set Sendi Shaklee ini memperuntukkan 3 kaedah penting dalam memberikan kesihatan sendi dan tulang yang optimum

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara 
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Boswellia: tumbuhan herba yang tumbuh subur di India. Ia dilihat mampu memberikan banyak kebaikan kepada sendi kerana bahan ini bertindak sebagai ejen anti inflamasi dengan kehadiran asid boswellic.


Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 



Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.



Antara testimoni:- 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sakit sendi: Kenali Mendalam Mengenai Sendi Tidak Sihat

Assalamualaikum. Salam ceria Sabtu :)

Entry kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda set ibubapa popular Shaklee iaitu Set Sendi Shaklee






Simptom-simptom sendi yang tak sihat: 
** Ketegangan
** Lenguh
** Bengkak 
** Kesakitan 
** Berkeriut atau bunyi klik bising


Apakah itu Osteoartritis?

Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.

Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.
Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.

Sendi-Sendi Yang Terlibat
  • Sendi-sendi jari. - Mengakibatkan bonjolan di sendi-sendi hujung jari. Ia lebih kerap di kalangan kaum wanita yang mempunyai penyakit yang sama di kalangan ahli keluarga.
  • Tulang belakang.
  • Sendi-sendi yang terlibat dalam menampung berat badan seperti sendi pinggul, lutut dan kaki.

Faktor Faktor Risiko Osteoartritis
  • Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  • Obesiti (kegemukan).
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi.




Sendi yang tidak sihat:

1. Rheumatoid arthritis (RA) 

•Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. 

•Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA .

2. Osteoarthritis (OA) 

•Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 

•Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

3. Seliuh

•Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 

•Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.


4. Tendinitis

•Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon. 

•Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Cara untuk melegakan kesakitan sendi:

## Ubat atau suntikan - Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa & merosakkan organ-organ dalaman

## Pembedahan - mahal & pergerakan terhad

## Pengmbilan supplemen 




Set Sendi Shaklee



Atasi sakit sendi dengan Set Sendi Shaklee: Penerangan (SINI) Testimoni Set Sendi Shaklee (SINI)




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...