Thursday, 28 August 2014

Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 - Tips Jawab Exam Online SPA & Contoh Soalan

Terujaaaaaaaaaaaaa. Walau saya graduan IT dan masih bekerja di sebuah syarikat perisian, terujaaa kot nak ambil exam jawatan W41 ini. Sebab software company semua dah enhance untuk comply dengan GST. 

So selalu dah jugak join seminar GST dan pernah ke jabatan kastam untuk wakil presentation GST software (im not the presenter actually haha cuma diberi peluang ikut serta so banyak tak banyak dapat knowledge jugak dapat)

Tuan/Puan, 

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41 

Dengan hormatnya tuan/puan ditawarkan menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan PENGUASA KASTAM GRED W41. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut: 

PEPERIKSAAN: PENGUASA KASTAM GRED W41
NO. ANGKA GILIRAN:  XXXXXXXXX
PAUTAN: http://examonline56.spa.gov.my

TARIKHPEPERIKSAANSEKSYENDARIHINGGA
06/09/2014PENGETAHUAN AMA9.00 AM9.40 AM
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB9.55 AM10.40 AM
UJIAN PSIKOMETRIKC10.55 AM11.55 AM


TIPS SAYA UNTUK JAWAB ONLINE EXAM PENGUASA KASTAM GRED41 (I'M NERVOUS ACTUALLY HAHA)

Pra-persiapan (prepare awal sehari sebelum exam, sign in jer barang dah ready)

1. Banyakkan pembacaan dalam bidang kastam, isu semasa, senang citer buka buku Pengajian Am time form6 pun boleh. Or else beli buku apa tah nama kat book store pasal kenegaraan
2. Practice soalan penyelesaian masalah (maths), analisis data, gambar rajah yang tricky (paham kan hehe)
3.

Sebelum/semasa menjawab

1. Calculator - penting ya. Pengalaman exam SPA before ini mana boleh bawak kalkulator kan. Exam PTD dan PTM congak guna otak dan kepantasan jari haha. Sayang dua-dua exam not passed
2. Login sesiap awal-awal. Klik pautan exam hall masing-masing. Bukan apa saya paling takut server penuh a.k.a jam traffic la..then tak dapat login on time. Jenuh masak. Hope dijauhkan
3. Jangan gelabah/panik/kalut. Relax sebab buat kat rumah jer kan. Agak tak tahu jawapan tanya orang haha
4. Semak jawapan betul2 sebelum tekan butang hantar. Actually saya takde experience tapi rasa sistem online lebih kurang jer kan. Dah siap terus tekan butang Hantar.
5. Paling penting pastikan internet conection korang superb. Bayar bill unifi ke internet ke dulu to make sure internet takde masalah.
6. On lebih dari 1 laptop untuk standby takut connection lost ke (aduiii takutnya minta dijauhkan) dan paling penting untuk cari jawapan hahahaha
7. Standby adik2/family untuk tolong carikan jawapan in case duduk dengan family


Sedikit Info Deskripsi Tugas Kastam W41: 
  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

GOOD LUCK !!!! DOAKAN SAYA JUGA KALIAN !!!! INSYAALLAH KITA SAMA-SAMA BERJAYA !!!


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx UPDATE xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Alhamdulillah exam went well. Well la sangat sebab petang lepas solat Zuhur baru dapat login dengan berjaya dan completed all section tanpa sebarang masalah. Tergerak hati nak give up after tried beribu kali (refresh skrin, login, logout, relogin but to no avail - I open two laptop for your info). lepas solat Zuhur panjatkan doa if ada rezeki aku nak jawab kastam, permudahkan lah Ya Allah. 

Check laptop konon last try, kalau tak boleh memang give up nak shut down. MasyaAllah, Allah makbulkan doa. Dapat jawab dan alhamdulillah now menanti panggilan temuduga

Wish us all the best !!!!!!!!


Wednesday, 27 August 2014

Tips & Petua Kecilkan Pori Wajah

Pori-pori besar sangat. Terasa ke tidak? Hahah den terasaaaa... Naseb sejak ambil Shaklee makin okay.

Credit to: faizdickievp IG

Hari ini nak share tujuh(7) tips/petua tradisional untuk kecilkan pori-pori wajah yang sebesar bulan berkawah-kawah.

1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Masker dari putih telur / coklat / madu / oat boleh dijadikan contoh panduan

8. Konsisten pengambilan Vitamin E (petua saya tambah sendiri hehe)

Pilihan saya semestinya Shaklee. Lengkap dengan Selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan berkesan. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Vitamin E






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday, 20 August 2014

Prosante Shaklee - Rangkaian Penjagaan Rambut Shaklee

Rambut adalah mahkota wanita. Kalau rambut berbau busuk, ada masalah like berkudis (ada ya bukan tiada), kelemumur, rambut gugur (common problem kan) dan lain-lain, kita wajib ikhtiar. Kenapa saya cakap wajib?

Sebab saya orangnya suka belai rambut sendiri, jaga rambut walau bertudung. So janganlah sebab kita bertudung ambil remeh ya bab penjagaan rambut. Nanti jadi Kak Limah pula. Ada pernah saya jumpa jenis rambut berbau walau bertudung. Hmmm bau rambut sampai terhidu pada tudung kurang manis kan bila kawan duduk rapat dengan kita. Amboii panjang saya berceloteh. Nak introduce set penjagaan rambut Shaklee sebenarnya. 

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan







Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadiLightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 

Long Lasting Finishing Spray 
  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

Nourishing Scalp Treatment 
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
  • ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Perlu pilih dan pakai semua diatas ke? Tidak ya. Bergantung pada permasalahan rambut anda. 

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:

1.Revitalizing Shampoo 
2.Lightweight Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 

(note : set ni boleh digunakan secara harian)


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:

1.Purifying Shampoo 
2.Replenishing Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 

(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)


Mengapa rangkaian penjagaan rambut Shaklee terbaik

ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
  • Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
  • Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.




Tuesday, 19 August 2014

Set Jeragat Shaklee & Testimoni

Jeragat: Penyebab kulit tidak cantik dan nampak kusam! Betul? Rimas kan dengan jeragat walau hanya setompok dua. Kalau bertompok dua belah pipi anda harus bertindak dari sekarang sebelum anda dilihat tua sebelum usia.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik dan beberapa permasalahan lain.




Antara supplement Shaklee yang dicadangkan bagi merawat masalah jeragat adalah Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, ESP dan Carotomax. Namun demikian anda tidak perlu mengambil semua. Anda boleh consult saya untuk ketahui lebih lanjut set yang bersesuaian dengan masalah jeragat anda. 


Vitamin C

[✔] Meningkatkan sistem imun
[✔] Membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
[✔] Melindungi kulit dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Penting untuk kolagen dan tisu penghubung


Vitamin E


[✔] Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit
[✔] Memudarkan parut jerawat
[✔] Anti-penuaan terbaik
[✔] Membekalkan oksigen dan mempertingkatkan pemulihan
[✔] Mengurangkan bintik penuaan


Energizing Soy Protein (ESP)

[✔] Mempertingkatkan pemulihan luka
[✔] Mengurangkan parut
[✔] Mencerahkan dan mencantikkan kulit
[✔] Membaiki dan membina semula sel-sel baru


GLA Complex

[✔] Menstabilkan hormon yang menjadi penyebab jerawat
[✔] Membantu mencairkan sebum yang berminyak
[✔] Mengurangkan rongga dari tersumbat
[✔] Mengurangkan gatal dan inflamasi
[✔] Menggalakkan kulit sihat


Carotomax

[✔] Anti-oksidan yang kuat dan tinggi sumber beta carotena
[✔] Memulihkan tisu kulit yang telah rosak akibat jerawat
[✔] Mengawal penghasilan sebum yang berlebihan
[✔] Melegakan kekeringan kulit dan gatal



Set Basic Jeragat Most Popular



Testimoni Set Jeragat Shaklee

\









* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...