Wednesday, 27 August 2014

Tips & Petua Kecilkan Pori Wajah

Pori-pori besar sangat. Terasa ke tidak? Hahah den terasaaaa... Naseb sejak ambil Shaklee makin okay.

Credit to: faizdickievp IG

Hari ini nak share tujuh(7) tips/petua tradisional untuk kecilkan pori-pori wajah yang sebesar bulan berkawah-kawah.

1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Masker dari putih telur / coklat / madu / oat boleh dijadikan contoh panduan

8. Konsisten pengambilan Vitamin E (petua saya tambah sendiri hehe)

Pilihan saya semestinya Shaklee. Lengkap dengan Selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan berkesan. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Vitamin E






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...