Showing posts with label Atasi masalah muka berlubang dengan VITAMIN E SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label Atasi masalah muka berlubang dengan VITAMIN E SHAKLEE. Show all posts

Wednesday, 27 August 2014

Tips & Petua Kecilkan Pori Wajah

Pori-pori besar sangat. Terasa ke tidak? Hahah den terasaaaa... Naseb sejak ambil Shaklee makin okay.

Credit to: faizdickievp IG

Hari ini nak share tujuh(7) tips/petua tradisional untuk kecilkan pori-pori wajah yang sebesar bulan berkawah-kawah.

1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri. Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Masker dari putih telur / coklat / madu / oat boleh dijadikan contoh panduan

8. Konsisten pengambilan Vitamin E (petua saya tambah sendiri hehe)

Pilihan saya semestinya Shaklee. Lengkap dengan Selenium yang membantu penyerapan Vitamin E dengan berkesan. Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai Vitamin E






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Thursday, 2 January 2014

Atasi masalah muka berlubang dengan VITAMIN E SHAKLEE

Assalamualaikum 1 Jan 2014. Entry pertama di tahun baru :)

Terpanggil saya untuk berkongsi masalah muka berlubang ini kerana bukan seorang dua yang mengalami masalah ini. Umum mengetahui wanita/lelaki yang mengalami masalah muka berlubang atau big open pores nie berpunca dari masalah jerawat. Orang cakap sebatu dah nampak muka berlubang kalau yang mengalami masalah berlubang yang teruk.

Kebanyakannya berpunca dari masalah jerawat yang serius. Saya juga tidak terkecuali namun semakin menampakkan perubahan positif sangat selepas mengamalkan set skincare Chahaya Beauty Aura dan amalan supplement kecantikan Shaklee dan tidak lupa Minyak Kelapa Dara Treenea

Bagaimana masalah muka berlubang terjadi?

1. Jerawat yang timbul berulang-ulang ditempat yang sama
2. Jerawat batu dimana apabila jerawat tersebut kecut ia menolak epidermis kulit kedalam
3. Mengutil jerawat/blackhead yang sudah keras lalu meninggalkan kesan berlubang pada wajah

Rawatan yang sesuai?

1. Laser (mahal dan mungkin berisiko)
2. Kaedah tradisional (lemon, tomato, ais dll)
3. Pengambilan supplement yang bersesuaian (Vitamin E sangat bagus merawat masalah kulit berlubang)

Kelebihan Vitamin E Shaklee

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



Testimoni Vitamin E merawat masalah kulit muka berlubang



Tips sebelum tidur selain makan Vitamin E (masker vitamin E)

1. Ambil satu softgel Vitamin E
2. Cucuk vitamin E dengan dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara rata. Urut perlahan-lahan agar Vitamin E menyerap kedalam kulit
3. Bangun pagi anda akan rasa kulit lebih bermaya, berseri.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...