Saturday, 7 June 2014

Diabetes Ketika Hamil (Diabetes Gestasi)

Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 






Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 




Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 

Sumber Artikel: SINI


Cadangan Pemakanan

Boleh ikhtiar dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) Treenea dimana VCO bantu stabilkan paras gula dalam darah

Sedikit pencerahan saya dapatkan dari Google:

VCO mempunyai terutamanya tinggi tahap asid laurik, asid lemak rantaian sederhana bahawa badan menukarkan kepada monolaurin, mengikut Gursche. Bahan ini boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada orang-orang dengan diabetes. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan pameran antiviral, serta aktiviti antibakteria.

Terdapat banyak bukti bahawa kebaikan minyak kelapa memang tidak dapat disangkal lagi dan penggunaan minyak kelapa dara adalah pilihan yang baik, bukan sahaja untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk mereka yang tidak mempunyai penyakit. Menggantikan minyak yang tidak sihat dalam diet anda dengan minyak kelapa boleh membantu mencegah kencing manis, serta mengekalkan ia dengan merendahkan kolesterol dan mengawal gula dalam darah. Tetapi sentiasa berbincang apa-apa perubahan kepada diet anda dengan doktor anda, terutamanya jika anda mempunyai diabetes.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...