Fakta: Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik dan beberapa permasalahan lain.
Jeragat adalah masalah kulit yang sering juga menghantui ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat).
Biasanya berwarna perang/coklat muda dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.
Biasanya berwarna perang/coklat muda dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.
Apa Penyebab Masalah Jeragat Berlaku?
- pendedahan secara berlebihan kulit terhadap cahaya matahari
- masalah genetik
- ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.
Walaupun jeragat ini boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh, namun kebiasaannya ia akan menyerang pada sekitar kawasan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.
Faktor lain punca jeragat adalah pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang, salahguna produk penjagaan kulit (yang mengandungi bahan terlarang) dan masalah kesihatan (hati tidak boleh menyahtoksin) pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.
Kaedah Semulajadi Mengatasi Masalah Jeragat
Memang ada rawatan kosmetik yang khas untuk membuang jeragat, tetapi ianya boleh menjadi sangat mahal hingga mencecah kos ribuan ringgit. Anda boleh menyingkirkannya dengan mudah dengan mencuba beberapa rawatan semulajadi berikut di rumah.
1. Jus Lemon
Jus lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
Sapukan jus lemon segar pada kulit yang terjejas dan perlahan-lahan urut bahagian itu. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam. Ulang aktiviti ini dua kali sehari.
Pilihan lain adalah dengan menggunakan skrub lemon. Potong lemon separuh dan taburkan setengah sudu teh gula di atasnya. Perlahan-lahan gosok kulit anda dengan ia selama beberapa minit dan kemudian basuh kulit anda dengan air. Anda boleh amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu secara tetap.
2. Krim Yogurt
Asid laktik dalam yoghurt boleh membantu untuk menghilangkan jeragat. Ia amat berguna untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Sapukan sedikit krim masam pada kulit yang terjejas dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Selepas membilasnya dengan air, perlahan-lahan lap dengan tisu lembut atau tuala. Kemudian letakkan pelembap. Petua ini tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit atau kekeringan. Ulang sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga jeragat hilang dan pudar.
Secara alternatif, anda boleh basuh dan bilas kulit yang terjejas dengan yoghurt setiap hari.
3. Madu
Madu sangat baik untuk memudarkan jeragat kerana ia mengandungi enzim yang membantu meringankan pigmentasi kulit. Sebagai tambahan, sebagai pelembap semulajadi, ia bagus untuk melempapkan kulit muka anda.
Campurkan madu dan air panas. Panaskan sebentar dengan ketuhar gelombang mikro. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan biarkan ia selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas bahagian tersebut sehingga bersih dengan air suam. Ulang ini setiap hari untuk beberapa minggu.
Anda juga boleh membuat masker herba dengan mencampurkan gandum dengan madu suam. Pakai masker ini dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Bilas kawasan tersebut dengan air suam dan kemudian basuh sekali lagi dengan air sejuk. Ulangi dua hingga tiga kali seminggu untuk beberapa bulan. Ini adalah salah satu remedi yang paling berkesan untuk jeragat.
Satu lagi pilihan adalah untuk membuat campuran madu dan yogurt, dan sapukan pada kawasan bermasalah dan biarkan selama 30 minit setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang diharapkan.
4. Betik
Jus betik adalah satu lagi ramuan berkesan untuk menghilangkan jeragat. Betik mengandungi papain, sejenis enzim yang boleh membantu menghilangkan jeragat.
Sapukan jus betik segar ke atas jeragat menggunakan bola kapas dan urut perlahan-lahan kawasan tersebut. Selepas 10 minit, bilas kulit dengan air sejuk. Ulang petua ini sekali setiap hari untuk sekurang-kurangnya untuk beberapa minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
5. Bawang
Bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat kerana kandungan sulfur yang bersifat ‘exfoliative’. Untuk hasil terbaik, gunakan bawang merah.
Potong satu bawang merah menjadi kepingan tebal dan sapukan hirisan perlahan-lahan ke atas jeragat dua kali sehari. Teruskan sehingga jeragat pudar.
Satu lagi pilihan adalah untuk memarut satu bawang merah, ekstrak jusnya dan sapukan jus pada kulit yang terjejas dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, tambah satu sudu teh cuka. Ulangi petua ini setiap hari untuk satu atau dua minggu.
6. Dadih
Dadih juga mengandungi sifat peluntur yang boleh membantu menghilangkan jeragat. Di samping itu, ia akan menjadikan kulit anda licin dan lembut.
Hanya sapukan dadih ke atas kawasan jeragat dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Ulang dua kali setiap hari untuk beberapa minggu.
Satu lagi pilihan adalah untuk membuat sebatian likat dengan mencampurkan serbuk oat dan dadih. Sapukan sebatian ini di kawasan yang terjejas dan biarkan selama kira-kira 30 minit. Kemudian cuci dengan air sejuk. Ulangi sehari sekali sehingga anda mendapat hasil yang positif.
Secara alternatif, campurkan satu sudu makan dadih dengan satu sudu teh jus lemon. Sapukan pada kulit anda dan biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air.
Semoga membantu. Pilihan saya pastinya supplement Shaklee. Banteras jeragat dari dalaman untuk kulit sihat bebas jeragat,
No comments:
Post a Comment