Sunday, 27 April 2014

Sakit Jantung - Pembunuh No 1 Di Malaysia

5 August 2006. Perginya ayahanda tersayang akibat serangan jantung. Ketika itu saya berusia 18 tahun. Allahuakbar remuk hati seminggu saya ponteng sekolah Form6 ketika itu. Bertahun saya cuba tahan dari mengalirkan air mata setiap kali ada mulut-mulut yang bertanyakan arwah ayah tapi gagal. Tak pernah saya sesensitif begitu sekali. Alfatihah buat arwah ayahanda (1953-2006)

Saya kini aktif mencuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Sementelah arwah nenek juga pergi kerana serangan jantung.



Tahukah anda, sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. 

Tanda sakit jantung

Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan. 


Faktor serangan sakit jantung

a) Merokok - 3-6 kali lebih tinggi menghadapi serangan (perokok tegar berpotensi sangat tinggi) - kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

b) Tekanan perasaan - degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat.

c) Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung. 

d) Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.



Cadangan pemakanan yang bersesuaian

a) Tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. 
b) Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. 
c) Pengambilan supplement/vitamin yang membantu kesihatan jantung. (Omega Guard + CoqHealth Plus Shaklee - Set Jantung Shaklee)

Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya :-

a)  Membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok.
b) Mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. 
c) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan memakan makanan yang pedas 
d) Menolak tawaran rokok daripada orang lain. 
e) Ambil vitamin bersesuaian bagi mengurangkan ketagihan merokok. Set Berhenti Merokok Shaklee telah membantu ramai perokok diluar sana kurangkan ketagihan nikotin seterusnya berhenti merokok

Tingkatkan aktiviti senaman seperti berjoging, menghadirkan diri ke gimnasium dan sebagainya. Ini kerana aktiviti bersenam mampu mengurangkan risiko sakit jantung. 

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah:

a) Senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. 
b) Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. 
c) Mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. 
d) Lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. 
e) Pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. 
f)  Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.


p/s: Sebahagian info diperolehi dan diolah dari SINI. Semoga bermanfaat 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...