Thursday, 21 November 2013

GLA Complex - Cyst Ovari kecut dan berjaya hamil





Apakah Ovarian Cysts?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah


Kebanyakkan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin mebesar dan terus membesar.




Perlukah di bedah? (sumber SINI)

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Jika anda salah seorang daripada wanita yang mengalami Ovarian Cyst, jangan panik dan jangan terus membuat keputusan untuk di bedah. Berbincang sehabisnya dengan doktor dan minta nasihat dari doktor pakar.

Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan. 

1- Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
2- Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalag yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
3- Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya di sangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer.

Walaupun bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;
  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm
  • Ovarian maish kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit tidak pernha mengalami kitaran haid langsung
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
  • Pesakit telah menopause
  • Pesakit adalah gadis remaja.

Namun ada juga cyst yang bahaya jika tidak dibedah:   Sumber : Dr.Hamid Arshat (pakar sakit puan)

1. Follicular cyst - mengandui air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar , sehingga cecah 5cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu dibedah dan airnya diserap dalam badan. Cyst ini TIDAK PERLU DIBEDAH.

2. Corpus luteal cyst - bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ovulation dan kehamilan berlaku. Peranan corpus ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Kadang kadang ia membesar sehingga 8cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap ke badan.

3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah. Ianya bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melimpah merata dalam perut dan menyebabkan kesakitan yang kuat. PERLU PEMBEDAHAN CEMAS .

4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan PERLU DIBEDAH segera.

5. Endometriotic cyst ovary - mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim.PERLU DIBEDAH.

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut , catilage, gigi atau tulang. PERLU DIBEDAH.




Bagaimana GLA Complex membantu merawat cyst?

  • GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untukmembentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.
  • Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst barusekaligus merawat masalah cyst anda.
Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual (haid tidak teratur), monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.


Testimoni berjaya hamil penghidap cyst dengan GLA Complex











* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...