Friday, 27 July 2018

Masih SID yang aktif ID: 1070787

Lama blog bersawang tapi business masih diteruskan seperti biasa.

Untuk post kali ini, Ieyka nak beritahu semula yang Ieyka adalah Shaklee Independent Distributor yang sangat aktif dan komited untuk bantu korang dapat consultation terbaik untuk kecantikan dan kesihatan.

Dalam sibuk dengan kerja hakiki, Ieyka adalah seorang SID yang aktif dan sah berdaftar di bawah empire Master Zura

Kalau korang nak dapatkan sebarang rangkaian produk shaklee atau skincare Youth, jangan malu/segan untuk contact Ieyka. Yang dekat dengan branch Shaklee, anda boleh guna ID Ieyka untuk purchase produk Shaklee. Nanti snap proof dan whatsapp Ieyka untuk panduan cara makan (consultation)

Antara yang paling famousss sekali yang selalu orang order, antaranya:

❤Set Kecantikan Aura Seri
❤Set Hamil
❤Set Penyusuan
❤Set Pantang
❤Set Detoks (turun berat badan)

Dan macam-macam lagi


Atau whatsapp je, 📲013-734 2887

Nak lagi senang, klik je link ni 👇🏻
www.wasap.my/60137342887



Demam akibat tonsil pada kanak-kanak

Anak sulung Ieyka sekarang dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Masih teringat lagi masa dia bawah setahun pernah 2x dia kena demam tonsil

Yang peliknya siang elok je dia bermain berlari sana sini. Malam tiba-tiba start panas. Tengah malam lagi suhu naik kan. Dan yang paling runsing tak nak makan dan susu sangat. Nasib tak reject terus lagi Mama susah hati

Dan macam biasa kami tuju klinik untuk jumpa doc la. Tak berani pepandai bagi ubat demam bagai heeehee

Sah TONSIL BENGKAK. Tekak merah. Aduh anak, sian awak. So doc bekalkan antibiotiks dan ubat demam la mcm biasa. 


Rawatan Sakit Tonsil Kanak-kanak Secara Semulajadi

Nasihat Ieyka, jangan bertangguh berjumpa doc kalau anak demam especially memang ada history tonsil. Biasa doc akan periksa dan berikan ubat yg bersesuaian dgn sakit tonsil anak. 

Macam anak Ieyka doc bekalkan ubat demam (Paracetamol), ubat sakit tekak, ubat antibiotik. 

Di antara rawatan sakit tonsil secara semulajadi tanpa ubat ialah:


  • Banyakkan minum air suam, ataupun lemon suam.
  • Berikan ais krim atau soft cream perisa Vanilla untuk bantu meredakan bengkak tonsil.
  • Kumur dengan air garam suam, bagi mematikan kuman di kawasan yang terkena jangkitan. Hati-hati jangan sampai tertelan air garam tersebut.
  • Berikan vitamin untuk meningkatkan antibodi anak.


Sekiranya sakit tonsil berulang-ulang dan membawa mudarat, doktor pakar ENT mungkin akan menyarankan Tonsillectomy (tonsil dibuang sepenuhnya).

Antara supplemen Shaklee yang most recommended untuk bantu tingkatkan sistem pertahanan badan sikecil lawan jangkitan kuman pada tonsil yg bengkak adalah


NutriFeron, MealShakes & Chewable Vitamin C


NutriFeron : Immune booster untuk aktifkan Interferon (sistem pertahanan badan) di dalam badan. Sistem imun yang kuat, bantu melawan jangkitan kuman pada tonsil.

Meal Shakes : Multivitamin dan multimineral lengkap dengan protein, untuk tampung keperluan nutrisi hariannya. Sangat digalakkan pengambilan Meal Shakes ini, terutama jika anak tak mahu dan tiada selera makan.

Chewable Vitamin C : untuk kuatkan antibodi, dan legakan tekak. Boleh gantikan dengan buah oren kerana sekarang out of stock di seluruh Msia






Thursday, 26 July 2018

VITAMIN C MURAH DAN BERKUALITI. RECOMMENDED

Salam,

Antara supplement yang menjadi rutin harian saya sejak anak dara sehingga menjadi ibu sekarang adalah VITAMIN C

Sebelum mengambil keputusan untuk menambah vitamin C dalam diet seharian saya, saya kaji dulu mengenai kriteria vitamin C terbaik untuk badan kita

Tahulah saya, vitamin C yang bagus haruslah terkandung BIOFLAVANOID (boleh tengok pada ingredient) dan bersifat sustain release. Dimana ia dilepaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh dalam masa 5-7 jam. Jadi badan kita mendapat khasiat vitamin C secara berterusan

Jadi vitamin C manakah yg menepati kriteria diatas. Maka saya bertemu dengan Shaklee VITAMIN C SUSTAIN RELEASE




Dalam buku Five Basic by Dr Bruce Miller salah satu panduan memilih Vitamin C ialah:
  • Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids"

Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C.


Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
1. anti-radang
2. anti-alergi
3. anti-virus
4. anti-kanser


Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
1. melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. mempunyai kesan antibakteriai
3. menggalakkan peredaran darah
4. merangsang pengeluaran hempedu
5. mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. merawat dan mencegah katarak
7. bertindak sebagai antihistamin
8. mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. mengurangkan gejala herpes mulut


Dan kenapa saya memilih Shaklee berbanding jenama lain di pasaran selain harganya yang sangat mampu milik?



Sebotol vitamin C Shaklee berharga RM92 sebotol dan ada 180 biji tahan selama 6 bulan penggunaan





Sunday, 1 July 2018

Dr Hamid Arshat: Cara Penjagaan Rahim Yang Semua Wanita Patut Tahu

Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu.

Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat.

Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim. Atas sebab itu Pakar sakit Puan terkenal Dr. Hamid Arshat membuat perkongsian ini.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak berfungsi

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.

Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-cara menjaga rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Di antaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Thursday, 17 May 2018

Vitamin Masalah Resdung Teruk dan Kulit Kusam

Salam, entry pertama 2017, saya ingin berkongsi satu testimonial resdung dan kulit kusam. Asbab pengambilan Shaklee, resdung kembali pulih





Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !

Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.

Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!

Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.

Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.

Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua.


*********************************************************************************

Anda juga mengalami masalah yang sama? Resdung jangan dibiarkan melarat kerana banyak kesan buruk menanti dan yang paling ditakuti adalah kanser hidung!




Antara komplikasi penyakit resdung: 
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata 
  • Jangkitan otak (meningitis) 
  • Sakit tekak yang kronik 
  • Jangkitan tulang muka 
  • Memburukkan keadaan lelah 
  • Berdengkur yang kronik 
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak 
  • Alahan hidung atau hidung sensitif 
  • Selesema biasa yang melarat 


Kombinasi terbaik masalah resdung 


Alfalfa Complex 
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). 
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). 
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen. 
Vitamin C 
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. 
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. 
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 
  • Mari dapatkan consultation mengenai vitamin terbaik bagi membantu mengurangkan gejala resdung secara selamat dan berkesan

Hubungi saya segera bagi mendapatkan consultation mengenai vitamin untuk mengurangkan masalah resdung anda. Rawat sebelum parah




Monday, 15 August 2016

GDM Semasa Hamil: Minyak Kelapa Dara Bantu Stabilkan Gula Dalam Darah

Apa itu GDM
GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes Gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.

Berapa bacaan paras gula untuk GDM
Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.

Bagaimana GDM boleh berlaku?
Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitulactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi


So ibu-ibu yang ada GDM perlu menjalani prosedur BSP (Blood Sugar Profile) sebanyak empat kali sehari. Sepei saya pada minggu 38 bermula "my first time BSP" so ambil darah pada pukul 8am, 11.30am, 5pm dan 9pm

Seperti yang disarankan saya juga pengguna minyak kelapa dara, nanti saya update result sendiri. Sebelum itu saya up kan satu testimonial VCO dalam membantu wanita hamil with GDM




👉 Minyak Kelapa Dara (VCO) Treenea berfungsi memperbaharui sel-sel. Dalam masalah ini, Minyak Kelapa Dara (VCO) Treeneaakan membantu memperbaiki dan memperbaharui beta sel dalam pankreas untuk menghasilkan Insulin.
👉 Minyak Kelapa Dara (VCO) Treenea juga berperanan mengawal dan menstabilkan hormon Insulin.
👉Insulin berfungsi sebagai hormon yang mengawal paras gula dalam darah kerana ia akan membuka jalan gula terserap ke dalam sel badan.

Wednesday, 10 August 2016

Punca Dengkur : Minyak Kelapa Dara Treenea Boleh Membantu

via FB Dr Zubaidi Hj Ahmad : SEBAB BERDENGKUR

Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat kesan minum alkohol atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.

Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.

Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar juga mudah berdengkur.

Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Saluran pernafasan juga mudah tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam sehingga mengakibatkan dengkuran.

Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.



                                **************************************************





Kaitan VCO dan dengkur. Bagaimana VCO MEMBANTU merawat dengkur?

♥ Dengan amalkan memakan VCOA Treenea ia boleh menghilangkan bunyi dengkuran ketika tidur.

♥ Ini kerana VCO bertindak menghasilkan sel-sel baru & bukan sahaja bertindak pada kulit malah turut mengembalikan keanjalan & elastik pada saluran pernafasan & anak tekak. 

♥ Apabila otot2 di belakang mulut kembali anjal & elastik maka saluran pernafasan kembali luas & memudahkan aliran keluar masuk udara ketika tidur.

♥ Secara tak langsung membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong seterusnya mengurangkan dengkur!

♥♥♥ VCOA Treenea juga menyembuhkan masalah sinus, mengurangkan berat badan berlebihan yang juga menjadi faktor utama tidur berdengkur



RM40 (SM) RM43 (SS) - 60biji
RM75 (SM) RM78 (SS) - 120biji

RM40 (SM) RM43 (SS) - Jenis cecair perisa original 180ml
RM45 (SM) RM48 (SS) - Jenis cecair perisa nenas 180ml




Hubungi admin: 013-734 2887 secara SMS/Whatsapp untuk tempahan

Perut merekah / Stretchmarks Tiada: Amalkan VCO !

MENGHILANGKAN PARUT PADA KULIT ABDOMEN KETIKA HAMIL

"Salam doktor, saya telah hamil masuk minggu ke 34. Saya mengalami banyak parut pada abdomen saya. Bolehkah saya sapukan kream?"

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya mencadangkan puan menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCO), sama ada dalam bentuk cecair atau cream.

Ia lebih selamat dan VCO mmg minyak terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menghilangkan parut akibat regangan kulit.

via FB Dr Zubaidi Hj Ahmad



Testimoni VCO Treenea untuk stretchmarks 






RM40 (SM) RM43 (SS) - 60biji
RM75 (SM) RM78 (SS) - 120biji

RM40 (SM) RM43 (SS) - Jenis cecair perisa original 180ml
RM45 (SM) RM48 (SS) - Jenis cecair perisa nenas 180ml


Hubungi admin: 013-734 2887 secara SMS/Whatsapp untuk tempahan





Friday, 24 June 2016

Tiroid pada ibu hamil: Testimoni minyak kelapa dara

TIROID boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera !

Apatah lagi jika ia menyerang pada ibu hamil. Ini kerana risiko terhadap bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Salah satu gejala tiroid seperti sakit pada bahagian leher(bengkak). Maka VCO nie berfungsi untuk mengecilkan bengkak pada kelenjar tiroid. 


Bagaimana VCOA Treenea membantu pesakit tiroid ??

VCO mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma. Seterusnya membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan mengaktifkan metabolisma. Selain itu, asid lemak dalam VCO juga TIDAK menyebabkan terkumpulnya lemak dalam tubuh dan meminimumkan kenaikan berat badan dan pembentukan selulit. 


Testimonial: Minyak Kelapa Dara Treenea & Tiroid

TIROID boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera

Punca:
  • kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
  • kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran
  • goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid
  • radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid
  • genetik
  • Autoimmune Graves Disease

Gejala/Simptom Hipertiriodisme
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah / sentiasa gelisah
  • cepat berpeluh / tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar/berdebar
  • kitaran haid tidak teratur
  • penurunan berat badan / selera makan bertambah
  • rambut gugur, masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata / penglihatan terjejas / kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit , tubuh badan lemah & osteoporosis

Gejala/Simptom Hipothiroidisme:
  • kaki bengkak
  • kurang tenaga / badan rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan (boleh akibatkan masalah jantung jika tidak dirawat)
  • kemurungan / malas/kuat tidur
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering / rambut gugur/ sembelit
  • beguk / suara serak
  • nafsu seks turun

MINYAK KELAPA DARA & TIROID



Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.


Postage: 1-2 kotak = RM6 (SM) RM9 (SS)





Thursday, 2 June 2016

Skincare: Chahaya Beauty Aura

Assalamualaikum,

Buat semua pelanggan dan bakal pelanggan kami, kedai online kami masih menjual set penjagaan wajah : Chahaya Beauty Aura. Sebab ramai sangat tanya masih jual lagi ke.

Ye masih jual dan harga masih sama RM85 per set yang terdiri daripada Soap, Toner, Cream. Rujuk dibawah bagi gambaran set lengkap CB Aura.




Pembelian secara berasingan (loose item) juga boleh. Harga loose item refer dibawah:

Soap Aura    : RM20
Toner Aura   : RM30
Cream Aura  : RM35

(harga tidak termasuk kos poslaju, sila add RM6 untuk semenanjung dan RM9 untuk sabah sarawak)

Belian dua set keatas free penghantaran bagi promosi Ramadhan




Friday, 25 March 2016

Tamar Cocoa Bantu Naikkan HB Ibu Mengandung

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun, serta cerdas pemikirannya."

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit.

Testimonial Tamar Cocoa naikkan HB ibu mengandung





Tamar Cocoa juga bantu ibu mengandung yang mengalami masalah kesihatan seperti :-

  • Stress - Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (stress)
  • Anemia - Kurma dgn zat besi sesuai bagi orang yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yg terlalu banyak setiap bulan jugak memerlukan zat besi.
  • Kulit - Koko melambatkan proses penuaan.
  • Tekanan Darah Tinggi - Kandungan salasilat (sejenis zat yg menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak spti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan jugak bertindak sebagai anti keradangan menurunkan tekanan darah.
  • Sembelit - Kurma membantu masalah usus & sembelit.
  • Dan sebagainya - Kaya dengan khasiat protein serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."


Harga :

  • RM22 sepeket 900g atau 20sachet (tidak termasuk penghantaran
  • Free membership Alhaddad
  • Pembelian seterusnya boleh beli sebarang produk Alhaddad (contoh minyak kelapa dara, minyak zaitun dll) dengan harga ahli. Contoh beli Tamar Cocoa harga ahli RM19.10
  • Taknak jadi member tapi nak beli harga ahli? Terus PM saya ye seperti no dibawah





Friday, 26 February 2016

Pengalaman & Tips Minum Air Gula Supaya Tidak Muntah (Ujian MGTT)

Assalam,

Sebelum pengalaman pertama #journeyfirsttimemomtobe ini lupus dari ingatan meh nak recap semula pengalaman pertama minum air gula semalam di KK Paya Jaras. 

Seperti semua sedia maklum, lepas first checkup normally nurse memang akan bagi date minum air gula. Macam saya first checkup di KK dan buka buku was on 18/02/2016 that time dah  12w++. Before that dah checkup and scan kat clinic swasta and scan that time 5-7weeks ++

So after checkup hari tu, nurse bagi date minum air gula on 25/02/2016. Tak tahu la siapa golongan terkecuali minum air gula but apa yang saya dengar if anda hamil selepas usia 25 tahun memang kena wajib minum air gula. Macam kes saya hah betul la tuh dah lepas 25 tahun haha plus family history ibu memang ada kencing manis. Lagi la nurse suruh minum air gula.


Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Apa tujuannya?

Ujian ‘minum air gula’ ini secara lebih tepatnya MOGTT (modified oral glucose tolerance test).

Ujian ini merupakan salah satu ujian makmal penunjuk diabetes untuk mengesan penyakit kencing manis, jika dalam hal ibu hamil – mengesan diabetes kehamilan, yang juga disebut gestational diabetes mellitus (GDM)

Kenapa ujian MOGTT ini dilakukan kini? Kenapa mak-mak kita dahulu tidak perlu melakukannya?

Ujian mengesan kemungkinan diabetes mellitus ini dilakukan ke atas ibu hamil sejajar dengan peningkatan statistik penyakit kencing manis dan faktor risikonya yakni obesiti, yang semakin meningkat dengan mendadak di Malaysia.


Bagaimana MOGTT ini dilakukan?
  • Ibu hamil perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian. Macam saya start 10malam memang tak makan/minum apa sampai la masa minum air gula (hatta air kosong pun tak minum)
  • Sampel darah akan diambil untuk diuji paras gula/glukosa sebelum minum air gula
  • Ibu hamil perlu minum air gula (75gm glukosa dilarutkan dalam 250ml air) dan perlu diminum dalam masa tidak melebihi 15 minit
  • Dalam tempoh ini, tiada makan dan minum dibenarkan
  • Selepas 2 jam, sampel darah akan diambil sekali lagi

Bacaan normal air gula
  • Ujian darah yang pertama : 3.0 mmol/L hingga 5.5 mmol/L
  • Selepas 2 jam minum air gula : kurang daripada 7.8 mmol/L

Sedap ke air gula nie?

Nama pun air gula kan. Memang manis tapi tak sempat bayangkan ianya coklat/kek pun. Sebab nak telan cepat habis. Tapi pada saya rasanya boleh telan lagi. Sebab telan 2x teguk terus. Ikutkan boleh habiskan terus tapi curi nafas sat hehehe

Mindset saya before minum air gula ni ianya sangat pekat likat melekat2 semua. Tapi bila minum dalam keadaan suam tu okay plak. Before minum tuh 3x saya baca ayat dibawah




Ok itulah serba sedikit pengalaman saya minum air gula pada usia 28 tahun dan baby pertama hehe

#sayanganakibu

Monday, 1 February 2016

Tamar Cocoa Alhadad: Damansara Damai / Sungai Buloh / Kota Damansara / Kepong / Sri Damansara


Tamar(kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada masak atau mentah.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0%manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. 

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

Ia juga memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit. 

Sabda Rasullullah SAW, “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

(Riwayat Imam Bukhari). 





Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao. Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.

Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E. Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.

Dianggarkan 100 gram coklat susu juga menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi,47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

Senergi antara Tamar dan Cocoa menjadikan dua sumber ini bertambah khasiat. 



Memperkenalkan "TAMAR COCOA"




  • TAMAR COCOA sesuai dengan lapisan umur bermula umur 2 tahun dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang anda sedang alami malah menjadi minuman kesihatan rutin harian anda.
  • Masalah kesihatan seperti Stress, Anemia, Jantung, Kulit, Tekanan Darah, Sembelit dan Sebagainya
  • TAMAR COCOA juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu yang sedang menyusukan anak.
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan juga memerlukan zat besi.
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangandan menurunkan tekanan darah.
  • Kaya dengan khasiat protien serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids.
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (Stress).
  • Koko melambatkan proses penuaan




Note: Sebarang penghantaran adalah secara POSLAJU sahaja. COD ditangguhkan atas kekangan kerja dan berada luar daerah. 

Friday, 29 January 2016

Cara penggunaan Minyak Kelapa Dara untuk ibu hamil/mengandung




  • Amalkan 2 kapsul 2 kali sehari @ 2 sudu 2 kali sehari.
  • Boleh tingkatkan pengambilan jika hampir dgn due bersalin
  • Boleh amalkan 30 minit sebelum makan @ selepas makan.
  • Elok ambil waktu pagi. Petang @ malam sebelum tidur
  • Boleh gunakan Minyak VCO untuk urutan perineum (urutan mengurangkan koyakan semasa bersalin)
  • VCO Treenea 100% pure oil & 100% selamat.
  • Dikaji oleh saintis MARDI, Dr Kamariah Long







Minyak Kelapa Dara (VCO) bantu naikkan HB ibu mengandung

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN (HB) SEMASA HAMIL?


Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.



Kesan HB rendah pada ibu hamil?


  • Akan cepat berasa letih, kadang-kadang akan mengalami sesak nafas, pening-pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rasa berdebar-debar (palpitation)
  • Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
Makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
Makan makanan laut, kerang, ikan bilis - boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :

Makan pil/vitamin tambah darah (yang doktor selalu bagi) mengikut ape yg ditetapkan. Perlu makan setiap hari kerana Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
Jangan makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut







Wednesday, 27 January 2016

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL & BAYI DALAM KANDUNGAN


PELINCIR SEMULAJADI!
VCO Treenea bertindak sebagai pelincir semulajadi.. InsyaAllah bila meneran nanti,mudah baby untuk keluar..


ENERGY BOOSTER!
VCO Treenea sebagai 'Energy Booster' segera yg membantu bekalkan tenaga masa di labour room nanti..


VAGINA ELASTIK!
VCO Treenea juga bagus diamalkan masa hamil & membantu menjadikan Kulit & Otot Vagina lebih elastik. InsyaAllah dapat kurangkan risiko koyakan. Digunakan untuk sapuan pada perineum pada minggu-minggu terakhir kelahiran,




Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


credit pic: mengandung.com

Teknik urutan perineum:

1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali. Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.


Testimoni ibu mengandung


Makan dengan SIHAT semasa mengandung


Dikongsi dari blog Dr Norman: Link article HERE


Pemakanan yang sihat dan betul adalah amat penting semasa wanita mengandung. Pemakanan mempengaruhi perkembangan dan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Mengikut kajian kesihatan , ibu mengandung perlu menambahkan kalori sehingga 300kcal semasa mengandung berbanding sebelum mengandung untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan. Walaupun mungkin terdapat masalah loya, muntah-muntah dan hilang selera makan semasa awal mengandung tetapi ianya adalah sementara sahaja dan ibu-ibu masih perlu makan makanan yang sihat semasa melaluinya. 

Tetapi terdapat sesetengah ibu mengandung yang makan lebih dari 300kcal dan mengikut selera sahaja tanpa mempertimbangkan faktor makanan sihat. Walaupun digalakkan menambahkan kalori makanan semasa mengandung , makan berlebih-lebihan semasa mengandung boleh mengakibatkan masalah kegemukan, darah tinggi dan kencing manis semasa mengandung. Oleh kerana itu, adalah amat penting ibu-ibu mengandung mempunyai ilmu yang betul tentang pemakanan sihat. 


Ada beberapa tips tentang pemakanan yang sihat dan betul semasa mengandung: 

1. Makan pelbagai jenis makanan dan jangan hanya banyak makan karbohidrat sahaja jika terasa lapar. Anda tidak digalakkan terlalu banyak makan makanan proses seperti kek, roti putih, biskut, mee segera, kuih-muih, mee, mee hoon, jajan, kerepek dan sebagainya kerana ianya tidak mengandungi zat-zat yang secukupnya.Makanlah nasi dengan sayur atau ulam dan lauk seperti telur, ikan, ayam atau daging. 



2. Makanlah sayuran jenis berdaun hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebaginya patut dimakan selalu untuk mencegah masalah sembelit disamping membantu mendapatkan zat besi yang ama penting untuk ibu mengandung. Sayuran berdaun hijau mengandungi zat asid folik dan zat besi yang penting untuk proses membina sel-sel darah merah dan mengelakkan masalah anaemia atau kekurangan hemoglobin darah. Kekacang seperti kacang kuda, kacang hitam, kacang merah juga mengandungi zat ini. Zat asid folik juga boleh mencegah masalah kecacatan tulang belakang atau spina bifida pada bayi. 



3. Makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti roti gandum penuh, oat, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan untuk mengelakkan kegemukan melampau dan juga melawaskan buang air besar. 

4. Anda juga digalakkan mengambil susu atau apa-apa produk tenusu seperti dadih, yogurt atau sebagainya untuk membekalkan zat kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Susu juga mengandungi protein yang baik. Kadar RDA untuk kalsium sehari adalah 1000mg hingga 1300mg untuk ibu-ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Sumber kalsium yang lain adalah keju, sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam, makanan laut, ikan bilis dan kekacang. Pengambilan vitamin D juga amat penting untuk memastikan kalsium yang diambil diserap sepenuhnya. Vitamin D boleh didapati dengan mendedahkan kulit pada cahaya matahari setiap pagi dan juga melalui suplemen atau makanan yang ditambah dengan vitamin D seperti susu, telur dan ikan. 


5. Makanlah banyak buah-buahan pelbagai jenis seperti buah mangga, betik, jambu, pisang, tembikai, epal, limau, oren, tembikai susu, pear, anggur, buah naga dan pelbagai jenis buah lagi mengikut kesukaan anda. Buah-buahan amat kaya dengan semua jenis vitamin seperti vitamin C, B kompleks, mineral seperti magnesium,zink, kalium dan sebagainya. Keperluan Vitamin C bertambah semasa mengandung untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Makan buah-buahan kering seperti kismis, kurma, buah tin, apricot dan lain-lain juga digalakkan. Buah kurma adalah amat baik untuk ibu mengandung dan digalakkan diambil dengan susu. 


6. Pemakanan yang tinggi dengan zat Vitamin A seperti lobak merah, keledek, labu, bayam, apricot, mangga, betik dan sebagainya juga amat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat. 


7. Ibu-ibu mengandung juga digalakkan mengambil supplemen mutivitamin, vitamin C, vitamin E, Omega 3 sebagai zat makanan tambahan semasa mengandung untuk memenuhi keperluan zat-zat surih yang kekurangan dalam pemakanan seharian. Tetapi pemakanan sihat setiap hari adalah amat penting dijaga dan diteruskan walaupun anda mengambil pil-pil suplemen. 



Terdapat juga beberapa makanan dan tabiat buruk yang patut dielakkan semasa mengandung kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan dan ibu yang mengandung.


1. Kurangkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula akan menyebabkan masalah naik berat badan yang tidak terkawal. Disamping itu ia juga menyebabkan risiko mendapat masalah Diabetis semasa mengandung. 



2. Elakkan makanan proses seperti mee segera, jajan, kerepak yang kaya dengan pengawet, perasa tiruan dan pewarna makanan yang tidak sihat untuk bayi dalam kandungan.

3. Elakkan juga penggunaan gula tiruan atau saccharin. Bahan ini banyak diletakkan dalam makanan proses dan minuman manis. Saccharin boleh menembusi uri dan masuk kedalam bayi dalam kandungan dan menyebabkan masalah kemudian apabila bayi membesar. Saccharin dikaitkan dengan risiko kanser. Elakkan juga pemanis tiruan lain seperti aspartame, acesulfame dan sucralose kerana ia boleh meransang ibu-ibu mengandung untuk makan benda-benda manis dan selera makan yang tidak terkawal. 

4. Kurangkan minum kopi dan minuman berkarbonat kerana kandungan kafein yang berlebihan adalah tidak sihat untuk bayi dalam kandungan. Hadkan kopi kepada dua cawan sahaja sehari maksimum. Cokelat juga mengandungi kafein, oleh jangan makan cokelat yang berlebihan semasa mengandung. 

5. Bagi yang bukan muslim, elakkan minuman beralkohol secara total semasa mengandung kerana alokohol boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, terencat akal pada bayi, kecacatan semasa kelahiran dan berat bayi yang rendah. Alhamdulillah bagi umat Islam , minuman arak ini sememangnya diharamkan sepanjang masa.

6. Kurangkan makan ikan yang besar seperti ikan jerung, tuna, ikan todak, jenahak kerana ikan-ikan yang besar ini mengandungi kandungan logam raksa atau merkuri yang tinggi dan ianya tidak sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. 


Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang keterlaluan boleh lah makan sikit-sikit secara kerap. Tiada masalah mengambil buah-buahan yang masam untuk mengurangkan rasa loya, tetapi janganlan makan jeruk atau buah kering seperti asam masin untuk mengurangkan rasa loya kerana ianya tidak sihat kerana penuh dengan pengawet dan perasa tiruan.

Bagi ibu yang menghadapi masalah sembelit terutama pada bulan-bulan terakhir semasa mengandung, anda dinasihatkan makan lebih banyak sayuran hijau, ulam-ulaman dan juga buah-buahan disamping minum air kosong yang lebih sehingga 10 gelas sehari. 

Ada juga ibu-ibu yang menghadapi masalah pedih ulu hati semasa sedang sarat mengandung. Untuk mengatasi masalah ini makanlah secara kerap dengan jumlah makanan yang lebih sedikit sepanjang hari dan minumlah susu dengan lebih kerap. Ibu juga boleh minum susu kacang soya jika tidak suka minum susu biasa. Elakkan minuman berkarbonat, jus oren, kopi dan lain-lain minuman masam jika anda mempunyai masalah pedih ulu hati.

Makanlah secara sihat semasa mengandung untuk mendapat anak yang sihat dan comel dan mengurangkan risiko mendapat penyakit pada kemudian hari. 



Wassalam 

Dr Norman Mohd Norawi 
(MBBS, FAGE, MScAAARM)



Tuesday, 12 January 2016

Doa Untuk Bayi Dalam Kandungan



Ya Allah, peliharalah anak ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,

Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam



Saturday, 14 November 2015

Petua Cepat Hamil Dengan Taugeh (kacang hijau)

PETUA CEPAT DAPAT ANAK (copy paste from FB)



Bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak (mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.


************************************************************************

Atau anda juga boleh beriktiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Terdiri dari set asas sehingga set premium untuk suami dan isteri. Refer SINI






Testimoni #1





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...