Monday, 2 February 2015

Pil/Vitamin Dengkur Anda: Ditegur suami kerana dengkur: Wanita Tidur Berdengkur

Salam,

Boleh saya katakan hampir kebanyakan regular customer saya adalah mereka yang mencari supplement kurangkan dengkur. Tak terkecuali wanita tau. Setelah ditegur suami, beliau nak cepat-cepat cari alternatif untuk kurangkan dengkur. Siapa tak takut suami lariii oiii. 


Before kahwin memang boleh terima, 
Dah lepas kahwin sakit telinga la.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebut saja tentang berdengkur, kita akan membayangkan simpton ini membabitkan kaum lelaki sahaja 

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu di sebalik ribuan lelaki, wanita juga berdengkur ketika tidur. Bagi kebanyakan wanita, berdengkur tanpa disedari ketika tidur adalah sesuatu yang memalukan tambahan pula apabila ditegur oleh suami atau rakan sebilik.

Disebabkan teguran, rasa malu dan berdengkur boleh mengganggu ketenteraman dalam bilik tidur, kaum hawa akan berusaha sedaya upaya menjalani pembedahan bagi menghindarinya.

Malah bilangan mereka mengikut nisbah 3:2 atau setiap tiga lelaki, dua wanita datang ke hospital untuk merawat penyakit berdengkur membuktikan bahawa wanita turut mengalami simpton ini.

Ketua Jabatan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Abdullah Sani ketika mengulas perkara ini berkata, wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan untuk mengatasi masalah ini.



Menurut beliau, selain mengganggu keharmonian di bilik tidur, ia boleh menjurus kepada pergaduhan hingga berlakunya perceraian terutamanya apabila si suami tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Berdengkur terjadi disebabkan saluran pernafasan tersumbat dan ia berkait rapat dengan hidung, lelangit dan anak tekak.

Katanya lagi, perkara ini sering berlaku kepada mereka yang suka tidur terlentang hingga mengakibatkan otot-otot pada lelangit dan lidah mengalami kerehatan penuh hingga mengecil serta menyumbatkan injap saluran pernafasan.

Seterusnya, apabila mereka menarik nafas, angin yang masuk dalam ruang sempit akan menyebabkan berlakunya dengkur.

Tambah beliau lagi, biasanya masyarakat selalu memandang ringan kepada berdengkur.

Katanya, walaupun berdengkur ini dilihat tidak serius tetapi sekiranya ia tidak diubati akan mengakibatkan penyakit lain seperti sleep apnoea yang menyebabkan kegagalan jantung dan angin ahmar.

Beliau yang mengkelaskan berdengkur kepada tiga peringkat:-

  1. Berdengkur peringkat pertama ialah, berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
  2. Kedua, berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
  3. Ketiga, berdengkur yang serius diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil sleep apnoea.

Jelasnya lagi, kebanyakan wanita tergolong dalam kelas pertama dan kedua dan mereka jarang sekali mengalami dengkuran yang serius.


Menurut beliau, mereka yang mengalami keletihan juga boleh mengakibatkan berdengkur.

Golongan ini katanya, dikelaskan dalam berdengkur ringan kerana hanya berdengkur sekali sekala dan bukannya setiap malam. Disebabkan terlalu letih di siang hari, jelasnya, mereka akan berdengkur apabila otot-otot di bahagian leher kepala dan mulut mengalami kerehatan yang berlebihan.

Ini juga berlaku kepada individu yang suka meminum minuman keras.

Setiap kali beliau menemui pesakit, pertanyaan yang akan diajukan sama ada mereka mengalami mengantuk yang berlebihan pada waktu siang.

Ini kerana katanya, gejala mengantuk itu menandakan pesakit mengalami sindrom sleep apneoa.

Katanya lagi, para pesakit boleh mengesan sendiri simpton ini apabila mereka sering tertidur tatkala memandu, menaiki bas atau membaca.

''Selain itu, berdengkur boleh dikesan ketika mereka yang menjalani pemeriksaan fizikal mendapati anak tekak dilelangit lebih panjang daripada biasa sehingga mencecah lidah,'' katanya lagi.

Selain itu ujar beliau, ia boleh dikesan apabila anak tekak itu bengkak dan merah.

Menurut beliau, rawatan akan dilakukan untuk membuka ruang pernafasan yang telah tersumbat dengan pembedahan.

Cara lain atasi berdengkur:
  • Dr. Abdullah Sani menasihati mereka yang berdengkur supaya tidak tidur terlentang tetapi tidur mengiring.
  • Kaedah lama pula dengan cara menjahitkan poket di belakang baju atau seluar dan masukkan bola tenis ke dalam poket yang telah dijahit.
  • Cara ini boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika tidur khususnya kepada mereka yang suka tidur terlentang dan mengelakkan berdengkur.
  • Sebagai mengakhiri perbualannya beliau memberitahu, dengan membeli bantal yang direka khas seperti contour pillow boleh menghindarkan masalah berdengkur. Bagaimanapun katanya, doktor tidak dapat memastikan sama ada ia boleh dihindarkan sepenuhnya ataupun tidak.

Oleh: HAFIDAH IBRAHIM (SINI)

Pilihan customer saya adalah seperti dibawah

Minyak Kelapa Dara Treenea - best seller

Vitamin E Shaklee

Sunday, 1 February 2015

My Review: Ostematrik Hilangkan Cramp / Kaki Kejang dan Tarik Mengkarung Ketika Tidur

Assalamualaikum..

Sejujurnya saya bukan seorang peminum susu. Malahan teh tarik/milo etc yang ada unsur susu pun hanya minum di kedai makan. Itu pun selalu order air masak/limau ais. So manfaat kalsium saya dari susu memang sangat-sangat kurang. 


Mari nak cerita pengalaman kejang kaki saya dan kaitannya dengan kalsium. Sakit sungguh tak boleh gerak. Kena adjust sikit-sikit baru rasa sakit hilang. hari-hari boleh dikatakan kena serangan hampir dua minggu

Baru teringat dah lama saya tak ambil ostematrix sebelum tidur. Nekad malam semalam mesti ambil. Cadangan pengambilan adalah 4 biji sekali telan, tapi saya ambil 2 biji saja sebelum tidur malam tadi

Alhamdulillah bangun pagi subuh tanpa rasa kejang yang sakit. Ostematrix adalah asbab, Dia jua mengizinkan kesembuhan. 

Petanda kejang kaki - Kaki akan terasa berdenyut-denyum dan sakit apabila digerakkan. 

Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:
  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, Rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. 
  • Atlet akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. 
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):
  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream

Pilihan saya -- tentunya Ostematrix Shaklee. Sebotol ada 120 biji dan saya ambil tahan selama 2 bulan (pengambilan 2biji sehari). Lagi satu memang lawas betul bila bangun tidur tau. Pembuangan lancar dan sakit pinggang semasa period pun takde. InsyaAllah

Jika anda perlukan consultation boleh terus sms/whatsapp saya untuk konsultansi dan tempahan. Saya menjanjikan consultation dan harga terbaik. InsyaAllah. 

Belanja satu lagi testimoni senasib saya. Jangan biarkan cramp / kejang kaki mengganggu kualiti tidur anda. Bulan February adalah bulan promosi Ostematrix (tablet kalsium) tau. Sangat murah kos sebiji tak sampai 0.50sen tau. 




Harga: RM60 sebotol 120biji (tidak termasuk pos). Untuk promo boleh hubungi sy terus ya



Saturday, 27 December 2014

Tips Cantik Untuk Suami: Rawat Kulit Bermasalah Menjadi Licin Dan Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. 

Sekiranya anda sudah pun mendirikan rumah tangga, diminta anda masih berterusan mengekalkan kecantikan dizaman anak dara. Bukan untuk orang lain tapi untuk mata suami anda

Tidaklah berkelawar 24 jam, dengan muka berminyak sambut suami pulang dari kerja. Bercantiklah sentiasa dihadapan suami. Pasti suami lebih sayangggg. 

Tips Tambahan: Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Cantik Mempesona

Sebelum kita pergi lebih jauh dengan kombinasi vitamin penjagaan untuk kulit cantik, saya ingin berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan kita menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting istiqomah dalam amalan walaupun sedikit. 

Kaedah Pertama:
  • Amalan ini dilaksanakan selepas waktu solat Isya’
  • Tuang segelas air
  • Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
  • Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
  • Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

Kaedah Kedua:
  • Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.
  • Ya Badiyah sebanyak sekali
  • Ya Nur sebanyak sekali
  • Ya Hadi sebanyak sekali
  • Ya Allah sebanyak 3 kali
  • Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

Kaedah Ketiga:
  • Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini: 
  • Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
  • Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.

tips credited to celikvitamin.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kombinasi Set Kecantikan Shaklee. My personal review, saya sangat-sangat berpuas hati dengan Set Kecantikan ini, masalah jerawat hilang (hanya sesekali muncul ketika mahu datang bulan), parut jerawat semakin pudar dan berkurang dan kulit kelihatan lebih bermaya. Tidak lagi kusam seperti dahulu. Seram saya bayangkan dengan kusam, jerawat timbul-timbul dan parut hitam. Thanks Shaklee. Alhamdulillah. 

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada kombinasi 3 vitamin cantik dan hebat untuk kulit anda kekal cantik dan gebu. Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin cantik iaitu ESP, GLA Complex dan Collagen Powder. Ingat ya semakin meningkat usia kita tidak terkecuali dari jeragat. Alhamdulillah setakat ini set ESP + GLA + Collagen Powder memang gandingan mantap untuk masalah jeragat


1. Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.

2. Vitamin E Shaklee 



  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Membaiki Parut – Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Membaiki bengkak dan ulser kulit. 

3. B-Complex



  • Anti stress - stress meningkatkan penuaan
  • Membentuk sel darah merah - Sel darah yang mempunyai oksigen yang cukup membantu memberikan kulit yang kemerahan 

Supplement tambahan (optional) tapi untuk hasil memuaskan anda boleh add on. Buntu nak pilih gandingan yang bersesuaian anda boleh hubungi saya terus ya 





*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Vitamin Dengkur Anda: Tips Kurangkan Dengkuran Suami Anda Dengan Vitamin Shaklee

Salam 27 December 2014. Semoga Allah mempermudahkan semua mangsa banjir di Pantai Timur. #prayforpantaitimur

Jika anda merupakan pasangan yang baru berkahwin, anda pastinya terkejut dengan pasangan anda yang tidur berdengkur. Malahan ada pasangan yang terganggu tidurnya diwaktu malam kerana bunyi bising dengkur pasangan terutamanya sang suami sendiri. Sebagai isteri anda perlu membantu untuk kurangkan dengkuran suami. Berikut saya kongsikan tips bagi mengurangkan dengkuran suami. 




1) Ubah posisi tidur
Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

2) Turunkan berat badan
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

3) Hidu wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

4) Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Tips kredit kepada http://vitamineshoppe.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun jika semua tips di atas telah dicuba tetapi masalah berdengkur belum berjaya diatasi, cuba amalkan pengambilan Vitamin E, B complex dan Ostematrix (tablet kalsium) dari Shaklee. Kesemua vitamin ini Vitamin terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kecantikan, kesihatan jantung, awet muda dan ia juga mampu membantu kurangkan dengkuran suami.

Jom kita lihat apa kelebihan & fungsi utama vitamin E.
  • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Melancarkan perjalanan darah



VITAMIN E UNTUK DENGKUR

VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien

Harga sebotol Vitamin E -- RM149 (120 biji). Anda boleh terus SMS/WA saya di 013-7342887 untuk harga super duper istimewa beserta consultation + panduan cara makan yang betul


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...