Saturday, 5 April 2014

Set Buasir Shaklee

Kerap cirit birit dan sembelit punca najis berdarah !!

“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,”

Menurut Perunding Pakar Bedah Laparoskopik dan Kolorektum, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Yunus Gul Alif Gul, masalah buasir yang berlaku di peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit.


Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Antara penyebab lazim buasir ialah: 
- tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.
- terlalu kerap mengangkat barangan berat
- sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air
- pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama
- obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.
- amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar 

Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

a) Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
b) Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
c) Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
d) Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.

Rawatan

a) Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.
b) Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat - Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).
c) Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) - Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.
d) Menggunakan laser - Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.

Panduan mengelak buasir.

- Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari
- Kurangkan pengambilan daging,merah kerana boleh menyebabkan sembelit
- Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
- Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.

Alternatif merawat buasir dengan supplement Shaklee


Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...