sumber: Google |
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Sumber artikel: SINI
Pengalaman saya
April 2014, saya dijangkiti sakit mata which is lebih kepada ketumbit tapi mata sakit kemerahan. Mata saya jadi bengkak dan ketumbit lama pula semakin mengeras. Sebenarnya dah lama perasan ketumbit pada mata kiri (since last year 2013) tapi saya buat-buat busy kerana malas ingin berjumpa doctor. Hasilnya ketumbit mengeras (benjolan pada bawah mata kiri). Kemuncak semasa pulang kampung ibu, mata tiba-tiba sakit. Haru betul. Dekat dua minggu selepas itu baru jumpa doctor itupun dibawa oleh Lady Boss. 2 kali session jumpa doctor tapi still ketumbit tidak mengecil cuma mata tidak la berasa sakit.
Solution? Lady Boss buatkan jus belalai gajah + epal hijau. Terharu okay sampai office hulurkan jus epal + belalai gajah ini. Kenapa saya terharu sebab boss saya Chinese dan dia pergi buat juice ini dirumah salah seorang HR Officer company kerana takut saya was-was nak minum. Esoknya sanggup pula berhujan demi nak petikkan daun belalai gajah ini dirumah that HR Officer. Actually my Lady Boss pun pengamal tegar juice belalai gajah + carrot + apple + beet root dan apa tah lagi campurannya. Rumah dia pun ada pokok Belalai Gajah ini juga.
Pahit bagi saya tapi telan saja. Maybe first time makan so pahit la kan. Sekarang sedang dalam proses berBelalai Gajah lagi. Hope ketumbit makin kecil dan surut. Tapi yang saya tahu, Belalai Gajah sangat bagus especially bagi merawat kanser.
Sumber Google: Beginilah keadaan mata saya sekarang |
No comments:
Post a Comment