Monday, 28 January 2013

Makan supplement makin pening, jerawat keluar macam air :(

Hi semua..nak share info mengenai masalah nie..itu kita panggil healing crisis ye darling semua.any vitamins/supplements pon sama je..sebab badan kita lain-lain tindak balas. tapi secara ringkasnye, healing crisis nie nak buang toksin-toksin dalam badan before dia bertindak sepenuhnya kebaikan vitamin/supplement kita makan tuh


A healing crisis is the body’s sign of being overloaded and overwhelmed with the changes that are taking place on the road to becoming healthier.  This is often due to the body suddenly recognizing and eliminating toxins that otherwise had just been sitting there.

Some things that cause detoxification and are likely to trigger a healing crisis:
  • Epsom salt baths
  • B12
  • Coconut products- coconut oil is antimicrobial
  • Probiotics, including cultured foods
  • Herbs being used for detoxification purposes
  • Chiropractic or Acupuncture
More Info : HERE



APA ITU HEALING CRISIS SEBENARNYA ??



Pernah mengalami masalah di atas??Baca hingga habis ye kalau nak faham :)) dun wory.ia bukan negative effect.ia dipanggil HEALING CRISIS / KESAN PEMULIHAN

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun, pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, "Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?" Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.




Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, (VCO). Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.
Menurut 'Hering's Law of Cure', semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?

Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.



Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :
-sakit atau pening kepala
-ruam kulit
-demam/tak sedap badan
-bisul atau kudis
-sembelit
-cirit birit
-perut berangin
-letih atau kepenatan
-berdebar
-cepat marah
-selsema atau batuk (kahak yang banyak)
-demam
-jerawat keluar lebih banyak dari biasa



**ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara**

Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

  1. Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut. 
  2. Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis
  3.  Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
  4.  Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
  5. Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
  6. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  7. Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
  8. Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit
  9. Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.

DAN JANGAN LUPA.WORK OUT! ATAU BERSENAM ye :))
Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.

all info credit to HERE

 

Nak order..? macam biasa sms/call 013-734 2887 / 012- 326 6637 

boleh add saya di fb (ieyka dinda) & like page TREENEA DAMANSARA DAMAI

email us!
Nama:
Alamat penghantaran:
No. Tel:
Produk:
Kuantiti:

 love,
ieyka.dinda 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...